Aku ada seorang kawan. Yang aku gelar Kuntum. Dah lama aku perhatikan sikap dia. Tak mudah untuk tetapkan pendirian untuk ikhlas dari semua aspek. Tanpa mengira sesiapa pun, dia tetap lakukan kebaikan walaupun dengan orang yang bencikan dia. Untuk sesiapa yang pertama kali kenal kuntum, dia terkenal dengan kegarangan, marah tak tentu hala, lagak macam lelaki, ganas dan tak pandai bersopan. Tak akan selesa dengan sikap dia yang aku sebut kan termasuklah aku suatu ketika dahulu.
Menyampah pun ada. Cara dia lindungi orang keliling dia sangat unik. Dalam marah dia ada kebaikan yang tersembunyi. Dia tahu siapa yang perlu dia lindungi. Dia selalu cakap “Allah hadirkan sesorang dalam hidup kita ni, sama ada dia ubah kita atau kita ubah dia”. Lepas kenal dia pasti semua tahu dia baik sebenarnya. Cara dia layan orang tak sama dengan orang lain. Ramah dia lain macam. Padahal kenal tak sampai sejam. Sembang macam dah bertahun kenal. Kau akan selesa bila kau nampak kebaikan dalam sikap dia yang kasar. Pergilah mana – mana dengan dia. Satu sifat dia yang tak kan lekang dari diri dia. Senyum. Sesiapa pun dia berselisih dia tetap senyum. Pasti ada yang kenal dan tegur dia. Tapi kelemahan dia tak ingat siapa yang tegur dia.
Dia sayang kawan – kawan dia macam keluarga dia. Dia pernah cakap “Aku berkawan bukan untuk setahun dua. Tapi untuk selamanya”. Kawan – kawan dia pernah abaikan dia tapi dia tetap dengan pendirian “pilihan ditangan kita, nak tinggalkan atau perbaiki hubungan”. Jawapan dia baiki hubungan. Walaupun air mata menjadi taruhan dia tetap dengan pendirian dia. Kawan dia sedih dia pergi kedai beli aiskrim walaupun dalam poket ada RM 2. “Alahai apalah nak di bandingkan duit dengan senyuman?”. Serbak aku tengok dia. Walaupun tak de sen tapi dia tetap pilih untuk bahagiakan orang. Siapa saja yang pernah naik motor bluekie dia pasti ada pengalaman yang hebat.
Ada ketika dia bawa pelahan. Tu tanda dia nak bersembang. Kadang kala melompat – lompat atas moto tu tandanya dia cuba happykan orang. Kalau dia bawa pusing tempat yang sama tu tandanya dia tengah bosan. Kalau dia bawa pergi pantai itu tandanya dia perlukan ketenangan. Kalau dia bawa pergi bengkel itu tandanya motor dia rosak. Hehe. Tapi kalau dia bawa pergi kedai makan walaupun dah tahu dia baru lepas makan. Itu tandanya dia tahu orang yang dia bawa tu tengah lapar dan tak de sen. Kalau dia bawa pergi kedai runcit beli gula – gula itu tanda orang yang dia bawa perlu kan kemanisan.
Bila dengar kawan – kawan dia masuk hospital. Seboleh habis dia cuba bantu dari segi apa pun. Pernah dia tidur lantai hospital sebab nak temankan kawan dia. Alasan dia “aku pernah rasa bila tak siapa teman aku dalam ward”. Ada satu hari satu keluarga pensyarah dia kemalangan. Berulang dia dari kampung ke hospital ziarah sekejap terus pergi tempat kerja. Balik kerja terus ke hospital. Tolong mana yang boleh. Lewat pagi balik kampung semula. Begitulah rutin dia untuk seminggu. Bila dia cerita aku tahu betapa risaunya dia kalau tak ziarah. Katanya pensyarah itu tak banyak berkira dengan dia masa zaman belajar dulu. Dia cakap “tak ada cara lain aku nak balas. Apa termampu aku buat tuk pensyarah aku. Berkorban masa dan berdoa agar lekas sembuh”.
Dia beberapa kali kena tahan ward tapi aku tahu bila dia dah keluar hospital. Selalu aku dengar dia tidur dalam ward tak berteman tapi bila masa melawat berkoyan – koyang manusia datang ziarah dia. Pernah dia buat pembedahan. Dia tak boleh bergerak. Dia tak tekan button panggil nurse. Dia tunggu nurse mai cheak baru dia bangun. Bila tanya kenapa tak tekan. Jawpan dia “nurse tu manusia juga perlu rehat”.
Dari segi belanja makan. Ni aku tak pasti dari mana semangat dia. Tiap kali ada saja dia cuba tuk memberi. Tak banyak tapi ada. Makan dengan dia tak dapat dipisahkan. Walaupun sedikit tetap nak berkongsi. Kalau ada kawan dia yang teringin nak makan. Sedaya upaya dia berusaha untuk dapatkan. Bagi dia kebahagiaan orang lain itu kebahagian dia bersama. Makan tak pernah berkira. Dia masak apa yang dia tahu. Semua masakan dia sedap. Pernah satu hari, 4 orang kawan dia demam serentak. Dia terus masakkan bubur ayam respi nenek dia. Cari daun bunga raya tuk ambil lendir daun tu. Letak kat kepala. Pastikan kawan – kawan dia makan panadol. Walaupun masa tu dia banyak program. Tapi bila dia sakit dia sendiri pergi klinik naik moto bluekie sesorang. Bila tanya kenapa tak minta bantuan kawan.
Jawapan dia “tak nak susahkan sesiapa”. Bekalan panadol tak pernah putus. Dia wajib telefon mak / nenek dia “Mak kuntum demam la. Mak kuntum sakit gigi” mak dia wajib jawab “dah tu nak mak buat apa?”. Dengar macam zalimkan tapi itu la ayat keramat kesembuhan dia. Mula aku tak percaya tapi bila dia telefon depan mata aku. Lepas dia cakap gan mak dia. Hyper aktif balik kawan aku ni. “Mak aku garang. Al maklum la teacher kan. Jangankan anak murid dia takut. Sekali dengan kuman lari dengar suara mak aku”hahahaha.
Baik dia ada yang ambil kesempatan tapi dia tetap “tak mengapa. Buat baik tanpa kenal sesiapa, apa sikapnya sebab dia juga manusia”. Dia mudah jatuh kesian dengan orang. Dia bahagiakan orang keliling dia dengan pelbagai cara. Dia ni bijak tau. Tapi kadang – kadang dia sengaja buat – buat biul. Dengan harapan ada yang terhibur. Kalau dapat panggilan dari dia ada dua jenis. Pertama ketawa selalu la dengar dia melalut dan kedua menangis. Ni jarang tapi bila dia betul – betul serbak.
Bab dia menangis ni aku lemah. “Aku sedih, aku tak tahu nak buat apa, aku habis akal”. Ada yang salah faham dengan kebaikan dia. Ada yang iri hati dengan dia. Sampai satu masa dia lemah juga. Dia penat nak jelaskan tapi orang lain tetap salah kan dia. Biasanya dia menangis ada 3 sebab. Pertama yang melibatkan keluarga dia. Kedua sebab dia sakit teramat dan terakhir orang yang dia anggap penting dalam hidup dia salah faham dengan dia. 3 sebab ni boleh buat dunia dia terbalik. Pernah dia menangis dari zohor membawa ke isyak. Tersendu – sendu dia cerita.
Esok dia call cakap dia dah ok. Betapa hebat dia menelan domba yang diberikan. Kalau tengok dia seorang diri. Jangan di tanya kenapa. Untuk legakan dia cukup sekadar peluk / tepuk bahu dia. Biarkan dia menangis nanti di akhir nanti dia akan senyum dan bangun pergi cari makanan. Macam tu juga kalau ada orang yang sedih teramat. Dia takkan beranjak hingga orang tu berhenti menangis. Tak dia hulur air mesti aiskrim. Tak pun coklat. Paling kurang pun dia akan peluk untuk bagi tahu dia ada untuk orang tu.
Dia susah nak sayang orang lain. Sekali dia dah sayang buat la buruk apa pun dia tetap terima walaupun terluka. Jangan sampai dia dah tak suka seseorang. Dia tetap takkan suka orang tu sampai bila – bila. Dalam tak suka dia, bila orang yang tak dia suka dalam susah dia tetap bantu. Walaupun dia di salah anggap. Sebab tu dia lain dari lain.
Mulut je cakap menyampah tapi kaki tetap jalan bantu mana yang termampu. Pernah la budak tu sakit. Kuntum tengah tidur budak tu menangis sakit. Terpisat – pisat kuntum bawa budak tu pergi klinik. “Hukuman tuk orang yang berbuat jahat dengan kita adalah buat kebaikan dengan dia”. Aku tahu dia pantang orang kacau dia tidur tapi kalau memerlukan bantuan, dia ketepikan keinginan dia tidur. Dia jadi urusetia satu program. Bebudak ni buat hal.
Dia “sekolahkan” budak – budak sampai 2 pagi. Lepas tu dia masuk tidur. Tak sampai 15 minit dia lelap. Seorang budak datang kejutkan dia sebab tak tahan sakit. Dia bagun terus siap. Call kenderaan dan bawa budak tu pergi hospital. Sementara tunggu no giliran dia terlelap kat kerusi. Dia tidur – tidur ayam. Sampai habis rawatan. Dia balik asrama. Terus sambung tidur. Esok budak tu ucap terima kasih. Dia tanya kenapa?. Budak tu cakap susah payah bawa dia pergi hospital. Sebab kan terlalu penat sampai dia tak ingat siapa yang dia bawa.
Dia bagi pinjam duit tak pernah aku tengok dia call untuk ambil hak dia. “Dia kalau kaya takkan pinjam duit kat aku. Kalau dia ada duit dia bayarlah. Kalau tak ada tak mengapa”. “Aku tolong dia hari ini, kalau Allah tak balas kat dunia mesti di akhirat. Tak pun pada keluarga aku”. “Sebagaimana aku mudahkan urusan orang. Aku harap Allah mudahkan urusan keluarga aku”. Dia suka bagi hadiah yang pelik kat kawan – kawan dia. Boleh jadi cincin tikam 20 sen. Ada tu dia bagi bungkus pakai surat khabar. Sebab dia nak tengok kawan dia terima tak hadiah yang tak seberapa. Pernah dia bagi kawan dia Bear dari funfair.
Nampak macam tak pandai bertikam. Sekali terserlah kehebatan dia dalam menikam. Dia gayat dengan tinggi. Sebabkan kawan dia nak naik top gun. Dia gagah jua naik walaupun dia rasa nak tercabut nyawa dia. Tanda dia kalau dah gayat. Muka dia automatik akan pucat dan berpeluh. Bibir dia kering serta merta. Tu dah tahap kritikal. Dia akan duduk serta merta. Tu tanda kena bawa dia turun cepat. Tapi yang pelik dia mahir dalam ikatan dan turun naik bangunan. Dia pernah pergi perak seorang lepas dapat tahu adik kawan dia kemalangan. Kerna dia dapat mesej “x ok” dari kawan dia. Hadiah yang dibawa dengan harapan kawan dia akan kembali ceria. Kawan dia dalam kecewa dengan sikap manusia yang iri hati.
Dia tak banyak cakap. Ambil iphone dia buka youtube “mat sabu”. Dia bagi kawan dia tengok video mat sabu yang boleh buat kawan dia ketawa berdekah – dekah. Kawan dia balik melaka pukul 4.44 pagi dia tetap bawa bluekie redah ke heningan pagi. Langgar semua lampu merah. Dia pesan kat kawan dia. Aku kalau kena saman kau bayar. Kawan dia balas “apa pasal aku pula kena bayar?”. Dia jawab “aku tak takut hantu, tapi hantu yang berani ikut aku”. Sekali kebaikan yang kau beri pada dia, 10 x ganda dia sanggup berkorban. Sekali kau “buat taik” 100 x ganda dia balas.
Dia selalu pesan “bahagiakan orang ada pelbagai cara” dia nampak ganas, brutal dan lasak tapi sebenarnya hati macam tisu. Kena air mengembang juga. Dia selalu memberi dari menerima. Dia susah nak berkira. Dia manusia biasa yang hebat. Aku belajar erti keikhlasan dari dia. Kebahagiaan adalah kepuasan hidup dia. Aku tahu dia sedang dalam proses pemulihan jiwa, fizikal dan mental. Wahai insan yang mengenali dia. Bertuahnya anda memiliki dia. Beruntung jua anda menjadi insan yang dia sayang selain keluarga dia. Indahnya nama anda menjadi siulan mulut dia dalam setiap doanya.
Berbahagialah selagi mana dia masih ada disekitar anda. Dia penyebar kebaikan tanpa mengharap balasan. Dia jua perlukan kasih sesama manusia. Dia tak suka dipaksa, tak suka di kawal. Biarkan dia dengan cara dia. Bantulah dia ketika dia jatuh dalam keperitan hidup. Aku terlalu jauh untuk berdamping dengan dia. Hanya telinga aku menjadi tempat luahan dia. Serapuh hati dia tuk insan lain. Tetap bahagiakan lebih utama. Aku berkisah tentang dia kerna aku bangga masih ada orang seperti dia menjadi pelangi dalam kehidupan insan yang lain.
Kepada kuntum.
Kisah kau pernah menjadi misteri suatu ketika dahulu, tak perlu kau mencari siapa aku. Doakan aku seperti selalu. Jadilah diri kau. Jangan lagi kau berduka jika tiada yang menghargai kau. Luka yang di beri akan terbalas dengan keindahan yang di janjikanNya. Moga kau terus tabah menempuh badai kehidupan. Jangan kau pernah mengalah untuk bahagiakan insan keliling kau. Jangan pernah berhenti buat kebaikan. Semoga kau baik – baik saja. Ikhlas dari aku si tulip.
– Tulip
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit