Esok Masih Ada

Saya Z, seorang teruna bujang berumur pertengahan 30-an. Saya terdetik untuk berkongsi masalah yang saya hadapi ini kerana berasa sangat tertekan sekiranya terus dipendam.

Masalah ini juga telah menyebabkan trauma terhadap diri dan kehidupan saya sehingga kini. So tired of dealing with NPD individuals and toxic atmosphere. Coretan kisah ini agak panjang untuk dibaca.

Saya merupakan seorang pelajar cemerlang SPM (sains tulen), namun memilih untuk tukar bidang ketika berada di menara gading. Hal ini disebabkan oleh trauma masa lalu (ketika berada di bangku sekolah i.e kehidupan di asrama sejak form 1 hingga form 5).

Baiklah. Saya akan berkongsi berkenaan pengalaman buruk ketika di alam pekerjaan. Setelah beberapa tahun tamat pengajian di peringkat undergraduate di sebuah university di utara tanah air, saya telah terima panggilan temuduga untuk menyertai sebuah badan beruniform.

Saya lulus temuduga sehinggalah berjaya menamatkan latihan, lalu ditempatkan di sebuah daerah di Borneo. Saya tiada masalah bekerja di sana, kerana jika bukan kerana kerjaya ini, saya mungkin tidak akan pernah menjejakkan kaki ke sana.

Beberapa tahun pertama setelah melaporkan diri, kehidupan sebagai penjawat awam beruniform agak mencabar dan kelam kabut. Saya harus cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dan masyarakat setempat, dan akhirnya saya berjaya harungi semua itu.

Namun, detik hitam hidup saya bermula apabila wujudnya manusia berhati busuk yang tidak kenal erti lelah dan penat untuk berhasad dengki terhadap saya, dari segala segi. Tidak kira lah dari segi pekerjaan, hal peribadi, malah pergaulan dengan orang disekeliling.

Izinkan saya menggelarkan individu ini sebagai betina iblis, yang tidak pernah tahu bersyukur dengan nikmat yang diperolehinya, malah lebih daripada apa yang saya ada, namun masih dengki dan busuk hati dengan saya yang tidak berapa nak ada ini.

Sejak awal lagi saya sudah menjarakkan diri kerana sudah nampak perangai red-flag betina iblis itu.

Kami lapor bersama (nak panggil squad mate pon jijik sebab perangai jahanam betina iblis tu) dua-dua asal tanah malaya. Betina iblis tu mempunyai masalah attitude, jenis yang kurang ajar sesama officemates dan dengan pegawai atasan (suka melawan kata dan gagal menurut arahan dengan baik).

Walau bagaimanapun, betina iblis ini agak hebat membodek, sampai satu masa nampak sangat effort try-hard nak bodek pegawai senior / atasan.

Namun, disebabkan masalah attitude, sape je tak hangin dengan perangai dia. Nak bodek, tapi tidak selari dengan attitude. Jadi, macam mana lah pegawai nak suka dengan orang macam itu.

Tapi, cerita tidak habis di situ, kerana betina iblis ini mula mereka-reka cerita bahawa saya yang memburukkan dia, sedangkan dia sendiri yang berperangai kurang ajar sampai orang lain tidak suka dia, termasuklah berperangai tersebut terhadap orang yang lebih senior.

Disebabkan itu juga, betina iblis itu mula menghasut officemates lain dengan menimbulkan syak wasangka sesama kami, sehingga saya merasakan sesuatu seperti seolah-olah “I don’t belong here anymore”. Padahal, saya langsung tidak bercampur dengan betina iblis tu dan tidak ambil tahu berkenaan hal dia.

Akhirnya, saya membuat keputusan untuk meninggalkan persekitaran toxic tersebut, dan mula bercampur dengan orang lain yang bukan officemates. Dan saya merasakan hidup saya lebih aman.

Namun, semua tak seindah yang disangka, kerana betina iblis itu akan terus berusaha untuk menjahanamkan hidup dan kerjaya saya, cuba mematahkan semangat kerja saya supaya saya tidak perform dalam tugas.

Kerap kali betina iblis itu memperlekehkan kerja saya apabila results kerja saya kelihatan lebih memuaskan berbanding kerja dia. Menjatuhkan air muka saya adalah perkara biasa yang dilakukannya terhadap saya di hadapan orang lain, kerana perkara tersebut akan membuatkan saya kelihatan kurang cerdik berbanding dirinya.

Hal ini kerana, betina iblis itu sering kali mengangkat bakul sendiri, memuji diri sendiri konon-konon bijak sangat dan hebat sangat kerja. Namun, apabila saya buat kerja and berusaha lebih daripada dia, mula lah nak perlekehkan dan hina itu ini. Ada saja yang tidak kena dimatanya.

Saya juga seorang yang suka belajar benda baharu, kerana hal ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya yang sedia ada. Hal ini termasuklah melanjutkan pelajaran di peringkat post graduate.

Namun, apabila betina iblis itu mengetahui perkara tersebut, saya teruk dihina dengan cara direndah-rendahkan apa yang saya belajar, termasuklah merendah-rendahkan institusi tempat saya menuntut ilmu, konon nya rangking universiti dia dulu lebih baik dan lebih tinggi dan ternama berbanding tempat saya menyambung pengajian itu.

Saya diamkan sahaja kerana saya tahu betina iblis itu sengaja provoke saya, kerana sekiranya saya melakukan apa-apa perkara buruk kepadanya, dia sudah bersedia untuk play victim.

Ketika itu, terdapat seorang lagi squad mate dalam pejabat yang sama, dan betina iblis itu berlindung dekat dia. Ala-ala back up plan just in case anything bad happen to her gitu. Akibat diasak berulang-ulang dengan penghinaan yang sama ketika itu, saya jadi semak kepala lalu mencarut “pukimak” kepadanya.

Disangkakan faham bahasa, namun makin menjadi pula penghinaan yang dihemburkan kepada saya. Dari situasi itu, tahulah saya bahawa betina iblis itu memang berniat untuk provoke saya and try to play victim just in case anything bad happen to her.

Disebabkan terlalu stress, saya beredar meninggalkan pejabat kerana sudah tidak dapat fokus lagi membuat kerja.

Di hari yang lain, betina iblis itu pernah melucah kepada saya dengan mengatakan mahu memegang (or meramas) kemaluan saya. Dan seperti biasa, betina iblis itu akan berlindung dengan seorang lagi squad mate yang satu itu.

Saya mula-mula terkejut dengan kata-kata itu, namun memilih untuk tidak melayan sebaliknya fokus kepada kerja. Namun begitu, kata-kata tersebut diulang-ulang sehingga saya terkesan dan tertekan, dan membalas dengan berkata dan memintanya melakukan perkara tersebut kepada squad mate yang berada di sebelahnya.

Dan seperti biasa juga, ku sangka faham bahasa (bahawa saya tidak suka dilucah sedemikian rupa), namun makin menjadi pula kata-kata lucahan ditujukan kepada saya.

Saya menjadi semakin tertekan lalu beredar daripada pejabat kerana sudah tidak dapat fokus lagi membuat kerja. FYI, it’s a fucking sexual harassment you fucking moron. Betina iblis sangap gersang desperate.

Akibat daripada kejadian itu, mula lah peristiwa hitam berikutnya apabila saya sering dihina dan diejek kerana tidak bernafsu dengannya.

Pernah sekali saya disindir apabila saya disamakan dengan geng-geng LGBT lelaki dia yang dikatakan pernah tidur sekatil bersama, namun tiada apa-apa berlaku sebab lelaki tersebut tidak bernafsu dengan betina iblis itu.

Ko hengat ko sapa? Dah la rupa busuk macam kain buruk, perangai iblis tiada attitude, hati macam bangkai kerja nak dengki memanjang. Betul-betul 100% pakej haramjadah tiada diskaun. Ko ingat ada ke lelaki normal nak hadap pakej betina iblis macam ko tu? Sedarlah sikit.

Ko jangan fikir hanya sebab ko berlubang puki, ada pangkat, ada jawatan, orang lain akan automatik suka ko? Cerminkanlah diri tu sikit wahai betina iblis. Entah-entah perogol bersiri pon takda nafsu tengok rupa ko tu. Dasar betina iblis berperangai bohsia rempit.

Pernah juga direka-reka cerita kononnya betina iblis itu ada hati dekat seorang lelaki yang mempunyai rupa dan berkerjaya, namun ditolak mentah-mentah. Disebabkan itu, lelaki itu diumpat dan difitnah songsang kerana telah menolak perasaan betina iblis itu.

Cerita itu dikisahkan kepada beberapa orang yang mendengarnya, sementara saya ketika itu sedang busy buat kerja. Seolah-olah sengaja menyindir saya kerana tidak bernafsu dengannya. Cibai.

Selain itu, pelbagai lagi hinaan dan cercaan berupa sexual harassment dilemparkan kepada saya dengan cara menyindir, seperti mengaitkan pakaian v-neck yang saya pakai pada hari kejadian, serta pemeliharaan kucing.

Ya, saya ada membela kucing. However, it’s not an indoor cat. Kucing itu dilepas bebas seolah-olah tidak bertuan. Saya juga pernah dihina di dalam group whatsapp kerja, namun tidak mengendahkan perkara tersebut kerana saya tahu itu semua provokasi yang sengaja dicetuskan semata-mata mahukan perhatian

Jika saya memberi respond, makin menjadi la perangai betina iblis itu. In the end, saya yang akan menanggung stress sorang-sorang, sedangkan betina iblis itu kepuasan. Namun, jika saya terus mendiamkan diri, makin bangga lah betina iblis itu kerana seolah-olah saya tunduk kepada dia.

Perkara ini pernah dikatakan sedemikian apabila saya dipersendakan seorang pegawai yang menyatakan saya tunduk kepada betina iblis itu kerana tidak memberi respond sekiranya dihina. What the fuck? Ko jadi pegawai pon bodoh tak boleh fikir ke? Ini ke level pemikiran seorang penjawat awam beruniform? Sampah.!!!

Saya memilih untuk mendiamkan diri kerana sekiranya saya melaporkan perkara tersebut, tiada tindakan wajar yang akan diambil. Sebaliknya keadaan akan menjadi lebih parah jika officemates yang lain mengetahui perkara tersebut kerana mereka akan mula mengejek dan mempersendakan saya.

Hal ini hanya akan menambah bebanan tekanan yang sedang saya tanggung.

Perkara sama (sexual harassment) juga ada berlaku di pejabat utama (pejabat kami terpisah dua i.e main office dan tempat kerja saya bersama yang lain), di mana ada seorang betina berperangai lorong ini berniat tidak baik terhadap saya i.e sering kali cuba bergesel bila mana ada kesempatan.

Disebabkan perangai yang kurang menyenangkan itu, saya mula menjauhkan diri darinya. Namun, saya dimaki hamun di hadapan officemates lain hanya kerana saya menjauhkan diri darinya. Akibat tekanan itu, saya makin kurang turun ke pejabat tersebut kerana jijik dengan sikap betina tak berakhlak tersebut.

Disebabkan saya tidak melayan, betina itu mula menyindir saya secara tidak langsung dengan menyanyi lagu berunsur LGBT (ikut perangai betina iblis lagi sekor tu). Selepas kejadian itu, ada pula officemates yang lain mula mempersendakan saya hingga membuatkan saya tertekan.

Di hari yang lain, betina iblis beragama islam ini gemar bermain dengan anak anjing. Ye, di sana kelibat anjing lebih meriah berbanding kucing.

Namun, perkara itu tidak menimbulkan masalah kepada saya. Sebaliknya, perkara yang menyebabkan masalah apabila selesai mengusap anjing-anjing tersebut, betina iblis itu akan sentuh bahagian-bahagian di pejabat tempat kami bekerja, sambil menjeling ke arah saya dan memberikan senyuman sinis.

Ya, kami duduk satu pejabat kecil yang crowded dan berhimpit macam kandang babi, sekali dengan pakej babi (manusia berperangai babi). Tindakan menyentuh bahagian-bahagian di pejabat itu menunjukkan sikap yang kurang sensitif terhadap kebersihan dan sengaja membuat provokasi terhadap saya.

Dan tiap kali provokasi dilakukan terhadap saya, saya akan beredar daripada tempat tersebut. Perkara ini sangat mengganggu emosi sehingga memberikan kesan negatif terhadap mutu kerja saya.

Berkenaan kerja, banyak sangat betina iblis itu mengelat. Kerja menipu, tapi cukup masa kutip APC & surat penghargaan.

Pernah pada tahun di awal perkhidmatan apabila betina iblis itu terima APC, namun diungkap berulang-ulang betapa bangganya diri kerana dapat APC (perangai macam beruk dapat pisang) semata-mata nak bagi saya dengar dan cemburu dengan pencapaian yang dimiliknya.

Tapi hakikatnya, dia sendiri yang tak pernah puas hati dengan hasil usaha orang lain. So narcissistic. Suka puji diri sendiri, at the same time cemburu & dengki dengan usaha orang lain.

Saya juga pernah dihina balaci semata-mata mengikut arahan pegawai atasan, berbanding dirinya yang suka melawan. Padahal betina iblis tu sama level je dengan pencacai pengangkut najis, kerana try-hard nak sucikan officemates yang buat tahi semata-mata nak recognition dan di-portray-kan molia di mata mereka.

Al-maklom-lah, betina iblis tiada attitude pakej kurang ajar, siapa je secara lahiriah akan suka kan? So terpaksalah buat sesuatu untuk dipandang molia.

Semua tekanan berupa provokasi dan penghinaan yang saya terima ini berlaku berpanjangan, sehingga satu masa saya di-diagnosed MDD (Major Depression Disorder).

Saya bukan tidak pernah berusaha memperbaiki keadaan, tapi setiap kali juga lah betina iblis itu akan mula nak menunjukkan sikap superior dengan merendah-rendahkan saya dengan pelbagai penghinaan.

Saya juga telah berkali-kali mohon pertukaran namun hanya dipandang sepi, sehinggalah saya mengambil keputusan mengundurkan diri dari jabatan beberapa tahun lalu.

Jika diperhatikan pattern perjalanan kerjaya saya ini, tidak mustahil saya akan menerima nasib malang yang sama dengan bekas-bekas penjawat awam yang terlebih dahulu dikhianati,

Sehingga ada yang berpuluh tahun masih fight di mahkamah, tidak kurang juga sehingga menyebabkan nyawa melayang. Pengorbanan yang sia-sia, apabila terkorban, tiada pembelaan yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca coretan ini.

– Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Tak mengapa tuan, jadikan apa yang telah terjadi sebagai pengajaran. Memang ada perempuan yang perangai dia nauzubillah macam tu. Asyik nak menang, play victim dan provok orang lagi-lagi lelaki. Saya doakan tuan cepat sembuh dari penyakit tuan.

    Lepas ni tuan boleh amalkan doa ini sebab dalam dunia ni, bila kita try jadi baik dan berusaha tak buat masalah memang ada je ujian dengan orang-orang toksik.

    اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
    Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”
    (Sahih Al-Bukhari, 7/158)

    Amalkan tiap2 pagi dan petang. Jangan pernah mengalah untuk teruskan hidup dan ingat, tuan tak lemah seperti mana yang pegawai-pegawai tu cakap kerana orang yang kuat adalah orang yang mampu tahan amarah. Wish your best, tuan. Sekian, Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *