Essential Oil?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hopefully admin dapat menyiarkan luahan saya ini.

Rasanya jenama Essential Oil (EO) ini agak terkenal di Malaysia dan boleh dikatakan leading brand EO. Saya antara pengguna setia jenama ini dan sudah lama dan dah jadi ahli pun dah lama sejak tahun 2018.

Cuma sekarang makin famous jadi saya sekadar nak kongsi. Walau mungkin perkongsian akan trigger para leader mereka yang agak defensive dan bias tapi pandanglah dari sudut positif ya.

Tak dinafikan brand ini sangat bagus dan berkesan cuma saya kurang suka cara sesetengah team bekerja. Sekarang saya hanya pengguna dan tidak lagi menjual.

Pada awal saya membeli sekadar cuba dan sesuai dengan saya dan kawan yang menjual pun kata tak perlu jual tiada paksaan dan pelbagai.

Rezeki saya bila ada kawan-kawan lain turut serta dan daftar. Dari situ saya jadi perhatian leader2 lain dalam group tu.

Saya jadi pressure bila mereka suruh buat sales, suruh hadir kelas online, suruh join gathering sebab saya tak berminat dan tak cukup masa. Saya ada kerja fulltime, anak lagi. Husband pula kerja ada shift dan on call.

Saya cuba tanya pada leader saya, untuk tak ganggu saya sebab saya tak berminat serius pun tapi mereka mula brainwash saya.

Dalam whatsapp group akan ada kata perli, kalau orang lain boleh kenapa kita tak boleh? Jangan bagi banyak alasan. Ini ilmu kena rajin bla bla aduhai memang annoying. Langsung tak respect pendirian orang.

Kata masa daftar boleh je nak user or business tapi dok push2. Saya malas nak bersuara sebab tak nak bergaduh.

Bila ada yang nak naik ranking paksa lagi kita buat sale untuk tolong leader dia. Kata teamwork kena membantu. Betul tapi untuk buat business go on bukan saya.

Ini saya nak tidur rehat pun kacau dok call, dok whatsapp. Dok tanya ada lagi order? Nak register ahli? Pastu paksa kita buat belian setiap bulan sebab dorang nak komisyen agaknya.

Saya pernah join online class dia tapi agak berbeza pendapat.

Maaf cakap, ada leader ni antiv4ksin. Dia akan burukkan ubat, akan cakap v4ksin itu ini, cakap sebab makan ubatlah anak kau autisme, semua bendalah kat dunia ni salah dan tak selamat kecuali EO.

Ada pakai minyak yuyi pun dorang marah kata tak selamat, pencuci baju kanser. Banyak sangat overclaim.

Then saya malas nak argue saya left saja group dan mereka terus provoke saya kata tak ada teamwork, selfish. Memang spesis group MLM sungguh.

Bila nak daftar kemain bila dah daftar tak nak business kau tak layan pun soalan. Mana bagi keuntungan je. Berhati-hati pilih dengan baik siapa yang kita nak daftarkan diri.

Pada semua leader dalam MLM ni, tak payah nak tunjuk bagus sangat seolah anda background pakar.

Segala masalah kesihatan semua EO boleh ubat macamtu tak payahla pakar belajar bertahun2. Janganlah overclaim kesian pengguna.

Saya ada nampak user ni anak semput pun dorang suruh sapu EO. Saya je bersuara suruh bawa pergi klinik cepat untuk check dulu masalah.

Jadi kalau anda nak guna EO buatlah disclaimer betul2, saya nak pengguna sahaja bukan business.

Kalau tak boleh terima dan guide saya sebab tak buat business dan you all rugi jangan daftarkan saya bawah anda. Belajar bertanggungjawab dan jangan overclaim fikir untung duit semata.

Terima kasih.

– Wan Arina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *