Estranged Child

Assalamualaikum. Setelah sekian lama hidup, aku berlawan dengan diri sendiri untuk terima kenyataan yang mak takkan terima dan baik dengan diriku sampai bila-bila.

Aku bukanlah kanak-kanak yang jahat nak dibanding dengan yang lain.

Tetapi aku merasai pengalaman dibenci, dipulau, diejek, dihina oleh mak kandung sendiri atas sebab yang remeh.

Adik beradik ku suka mengusik sampai aku menangis, selagi aku tak menangis mereka takkan berhenti. Depan mak dan ayah, mereka suka berlakon.

Pernah dengarkan adik beradik yang mengejek adiknya sebagai anak angkat, anak pungut dll. Bagi aku, benda ni langsung tak kelakar.

Kerana perkara dibuli beginilah, mak akan berat sebelah, memihak kepada anak-anak yang dominan. Acap kali, mak tanpa mendengar penjelasan aku, terus menghukum aku.

Masa ayah masih hidup, mak takut dengan ayah, mak akan menjeling, buat muka tak puas hati. Mak langsung tak pernah pandang aku dengan kasih sayang.

Sebaliknya ayah lebih penyayang dan adil. Ayah akan mendengar semua pihak dan menjatuhkan hukum. Ayah memang garang dan tegas. Siapa bersalah, memang kena rotan.

Walaupun sering dimarah ayah, adik beradik aku tak pernah serik. Bukan kes mengusik aku sahaja, malah mereka bergaduh sesama sendiri sampai bertumbuk.

Aku dari kecil melihat keganasan di rumah, ketidakadilan kasih sayang yang mak pamerkan, tidak rasa percaya kepada ahli keluarga sendiri. Aku juga jadi benci dengan diri sendiri.

Sehinggalah ayah meninggal dunia, bertambah kebencian yang mak pamerkan. Abang kakak aku semua duduk asrama, aku lah yang jadi tukang lempias kemarahan mak.

Waktu tu mak bermasalah dengan keluarga arwah ayah, kerap kali aku pujuk diri yang mak tengah stress.

Aku cuba sedaya upaya membantu mak dalam kerja rumah. Satu apa pun tak pernah baik di mata mak. Ada sahaja salah aku.

Aku tak kisah dipukul, dirotan, dibaling selipar ke atas kepala.

Tetapi luka di hati lebih menyakitkan.

Mak mula cerca, hina aku. Mak kata mak takkan duduk dengan aku bila tua. Mak kata aku penyebab arwah ayah mati. Mak benci makcik, dan mak ejek aku seperti aku objek mak lepaskan sakit hati pada makcik.

Mak pandai bermain dengan emosi. Di kala aku belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang baik, mak mula berbaik dengan aku. Mak nak aku kasihankan adik-adik.

Sepanjang aku belajar, aku tak minta duit mak. Semuanya aku guna duit sendiri, bahkan aku yang memberi duit bulanan kepada mak.

Sedangkan pada waktu itu, abang kakak aku ada yang sibuk bercinta, ada yang sibuk berfoya-foya dengan kehidupan masing-masing. Hanya tahu meminta duit dari mak.

Alangkah sedih dan kecewa aku, rupanya ada permainan mak selama ini.

Selain aku bagi wang bulanan, aku berikan juga duit khusus untuk adik lelaki aku yang waktu tu dia di universiti.

Mak tak ceritakan pada adik aku sampai lah lepas dia dah dewasa dan bekerja. Aku tanya mak, kenapa tak bagitau. Mak kata tak perlu. Sampai sudah adik aku rasa aku langsung tak berjasa padanya.

Kerana itu dia masih bersikap kurang ajar dengan aku, sampailah berlaku satu kejadian yang buatkan aku rasa enough is enough.

Ada juga kejadian yang aku rasa tertipu dengan mak berkenaan dengan duit. Memang aku niat nak beri duit pada mak, tetapi bukanlah bermaksud mak boleh gunakan dan perbodohkan aku.

Begitu juga waktu aku kahwin, aku menggunakan sepenuhnya duit aku sendiri, tapi benda ni tak diberitahu kepada adik beradik aku, konon mak ada membantu aku.

Bila aku tanya berapa yang mak bantu, sebab setahu aku duit aku bagi sudah sangat mencukupi, sampai sudah mak diam.

Yang kelakar, waktu hari kahwin, last minit mak suruh aku tukar bilik ke bilik abang aku sebab takut malu kalau saudara mara tahu dan bercakap-cakap. Sebab bilik aku tu sangat simple, perabot pun aku beli sendiri.

Lain masa kakak aku kahwin, mak siap beli perabot jati dan dihias-hias.

Mak juga sponsor seingat aku beribu-ribu masa kakak kahwin, padahal aku zaman sekolah dan duduk di rumah ni mak buat macam tak cukup duit, rupanya beribu duit mak ada ye.

Rupanya jugak baju-baju kakak aku selama ni semuanya ditempah, dan baju aku dihina-hina oleh mak depan saudara mara.

Banyak duit mak rupanya bayar tempahan baju kakak, baju aku pulak mak jahit sendiri, senget-senget pun aku pakai. Naif betul aku diperbodohkan.

Meja pengantin pun pagi hari kahwin, jiran aku menolong buat katanya takkan lah tak ada meja pengantin, sudahlah pelamin pun tak ada. Semuanya dicas atas aku. Celah mana guna duit mak?

Tergagap mak nak jawab dan faham-faham sendiri lah jawapannya.

Bukan itu sahaja, suami dan anak-anak aku yang langsung tak bersalah, yang langsung tak pernah menyakiti sesiapa juga, jadi mangsa mulut jahat mak dan adik beradik.

Bila aku bela suami dan keluarganya, adik beradik ku kata aku melebihkan keluarga mertua. Kenapa aku bela? sebab mereka tak buat jahat pun kat korang. Bila aku bela, kenapa korang pulak sakit hati?

Mak sebenarnya lagi suka kalau aku dan suami tak berbaik. Itulah yang mak buat pada anak menantu yang aku perhatikan, sering nak lagakan. Aku tak makan umpan mak.

Daripada aku ikhlas mahu buat mak gembira, aku jadi sakit hati yang amat sangat.

Aku sentiasa harapkan doa mak, senyuman mak, kata-kata yang baik dari mak.

Sampailah mak dah berumur 60 tahun lebih, aku rasa mak takkan berubah.

Saat aku rasa sudah cukuplah semua ni, enough is enough, adalah hari apabila mak saudara aku meninggal dunia.

Mak cuba memburukkan jenazah mak saudara aku, malah mak langsung tak menegur adik-adik aku yang mengata mak saudara aku di HARI KEMATIAN dia.

Di mana ihsan kamu semua? Berlakon depan orang lain, konon bantu mengurus jenazah tetapi dalam hati tu busuk. Kalau arwah ayah aku hidup dan dengar apa korang cakap tu, rasa ayah akan gembira ke atau sedih kecewa?

Tu satu-satunya adik ayah, yang dia langsung sepanjang hidup aku hampir 40 tahun ni, aku tak pernah menyaksikan makcik berkata buruk.

Sudah cukup aku berdiam diri, di saat mak mengata buruk mengenai atuk dan nenek aku di masa mereka hidup dan mereka mati.

Sudah cukup aku berdiam diri, bila mana mak cuba menghalang anak-anak dari balik menziarah di hari kematian mereka dulu.

Kalau rasa tak mampu, tak payah uruskan jenazah makcik aku tu. Tak ada siapa pun suruh. Tak payah buat kalau sekadar nak tunjuk “baik” depan orang lain.

Macam ni makcik aku diperlakukan.

Rasa kalau aku yang jadi mayat hari tu, macam ni jugaklah korang buat kan?

Di saat adik perempuan aku bersikap kurang ajar mengata aku yang langsung tak beri wang pada mak, dan mak teruskan lakonan berdiam diri, play victim as usual.

Yang terlihat jahat itu aku. Sikit pun dan sehingga ke saat ini, mak langsung tak betulkan fakta.

Di saat adik lelaki aku menumbuk aku, sejahat abang kakak aku takdelah bertumbuk lagi dah, dia yang baru kahwin tak sampai setahun berani naik tangan acah hero, padahal jadi batu api, berani tumbuk aku depan isteri yang dia baru kahwin tu. Sembang agama kalah kerajaan ayah pin.

Di saat kakak aku jadi batu api, memarakkan hubungan aku dan mak dengan sengaja. Konon nak jadi anak terpaling disayangi, back stab adik sendiri pun tak rasa apa dah.

Di saat mak biarkan aku kelihatan jahat, nah berjayalah apa mak idamkan selama ini. Dari aku kecil mak dah pasakkan dalam adik beradik ku, yang aku ni begitu begini.

Nah aku makbulkan impian dan doa harapan mak biar aku jadi anak jahat, anak derhaka, anak tak bau syurga.

Aku tak takut. Aku tahu Allah tak tidur. Aku tahu Allah tahu aku mampu atau tidak. Aku tahu balasan Allah.

Aku tak mampu dah nak hidup dengan orang-orang toksik dan kaki pembuli.

Aku benci orang kaki manipulatif. Aku benci ayat yang konon nak aku berubah, tapi korang satu haprak pun tak berubah.

Aku benci kau nk takutkan aku dengan syurga dan neraka tapi korang sikit pun tak takut menggunjing daging saudara sendiri setiap kali.

Aku berlepas diri, di saat mak berlakon depan suami aku, depan suami aku cakap lain, depan aku cakap lain.

Di saat mak berlakon depan adik beradik aku, depan mereka cakap lain, depan aku cakap lain. Aku berlepas diri dari menjadi anak yang baik (bodoh).

Cukup sekadar aku doakan mak.

Bila macam ni, adik beradik aku nak ugut pasal kematian pula.

Tak, tak payah uruskan jenazah aku kalau nak menyakitkan. Masa hidup pun dah puas sakitkan hati aku, di hari aku jadi jenazah, cukuplah suami dan anak-anak aku uruskan aku. Tak payah nak menyakitkan jenazah dengan kata-kata jahat korang.

Sebagaimana mak memandang aku dengan kebencian, begitulah aku pandang mak sekarang.

Nak ugut aku pasal kasih sayang seorang mak, konon mak mana tak sayang anak. Aku juga seorang mak, tak gamak aku nak tunjuk benci kat anak.

Kau yang nak anak, anak yang beri kebahagiaan, kau pulak nak benci dia. Sungguh aku tak boleh brain ada mak begini.

Dalam kes aku, wajib bagi aku melepaskan ikatan diri aku dengan keluarga aku untuk menjaga akal fikiran, ruh kemanusiaan yang masih bersisa dalam diri aku.

Aku masih lagi belajar untuk biasakan diri hidup tanpa keluarga toksik. Cukup aku semaikan kasih sayang aku pada suami dan anak-anak yang lebih menghargai aku.

Kadang-kadang orang luar yang entah dari mana ni, lebih menerima kekurangan dan menghargai kebaikan kita dari keluarga darah daging.

– Kuntum (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Sedihnya, kisah yg lebih kurang sama dgn saya bezanya sy belum ada berkahwin. Perit lalui hidup tanpa keluarga tapi demi menjaga kewarasan akal semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kte.

  2. Alhamdulillah, awk sudah berkahwin sekarang dan org yg paling bertanggungjawab ke atas diri awk ialah suami awk.. walau mcamne ‘benci’ pon awk kpd ibu awk, jgn putuskn terus hubungan, krn ianya akn kekal sampai bla2, krn awak lahir dari rahim nya.. mngkin awk x jengok ibu awk atau x call dia dlm jangkamsa yg lama, tp skali skala boleh je bertanya kabar, atau ziarah skejap brsama kluarga awk.., mngkin ibu akn terfikir tentang jasa2 awk, klaw dia x kenang pon, x jd ‘kudis’ pon kpd awk.. di samping itu doakn agar dia ‘lembut hati’ utk trima awk & family.. klaw dia xnk terima pon, itu antara dia dan Allah shj, awk sudah jlnkan t/jwb sbg ank.. mmg perit, tp cba bayangkn, jika ank2 yg awk sayang n tatang sejak kecil, membenci awk pula.. mmg kita x jangka or minta, tp klaw Allah nk uji awk, sanggup kah kita hadapi, so just ‘act normal’ coz Allah knows everything.. Wallahua’lam bissawab

    • Bawa diri jauh2 sis… Rapatkan diri dgn family mertua.. sbb dorg lagi hargai awak drp keluarga awak sendiri.. biarkan mak n adik beradik awak mengata awak… They dont deserve your respect.. and jangan murah sangat… Enough is enough, Lesson learnt!

  3. jauhkan la diri sis dari keluarga yang toxic tu. kalau dgn cara ni yg boleh buat sis dan keluarga rasa aman, better angkat kaki. lebih baik kita menghargai orang yg treat kita macam manusia sebab sis pun ada harga diri dan maruah. sy doakan semoga setiap urusan sis dipermudahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *