Etika Seorang Peniaga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca sekalian

Tujuan sy submit confession ni adalah utk menegur beberapa peniaga online berdasarkan pengalaman sy sendiri

Disebabkan saya juga seorang peniaga yg sudah berniaga hampir 7 tahun dan mempunyai kedai sendiri. Dulu lulusan iium, tp memilih utk self employed utk memberi masa lebih buat keluarga dan juga sbb saya kaki travel, senang sikit nak cuti kan

First story, about online seller yg agak baik budi bahasanya sepanjang deal melalui whatsapp. (Yg ni saya puji ye) Sometimes sy beli supply dgn pemborong online jika perlukan stok segera. Dgn seller ni sy order skirt dgn kuantiti yg byk

Silapnya bila item yg sampai ada yg bukan warna yg saya pilih. Katanya minta maaf sbb tk beritahu awal, warna yg saya pilih tu dh habis, jadi dia ganti dgn warna yg dia janji boleh jual. Alamak dik, jgn la camtu kan, kalau iyepun bgtau la sblm pos, brg dh sampai baru bgtau, kuciwa gak akk ni. Mmg tak repeat order lagilah dah begitu..

Seller no.2, saya order inner tudung wrna hitam sekodi. Kalau yg tak tahu sekodi mksudnya 20pcs ye. Ini repeat order ye, sbb previous order alhamdulillah semua ok. But yg second time ni, akk dh order jelas dkt whatsapp nk kaler hitam, minta quote harga, dan dia pun dh beri diskaun sekali alhmdulillah, akk pun happy. Tapi bila brg sampai, alamak dik kenapa innernya kaler rainbow. Semua warna lain2, takde satupun hitam haha. Bila tanya, dia kata akk byr saya tak cukup, utk inner colour bolehlah, warna hitam tak dapat kak, harga lain. Pulak dah, rasa menyirap gak, saya pulak yg salah, dah terang ada proof lg di conversation whatsapp saya order yg hitam dan mnta quote, tk ada pula dia cakap masa tu. Dah camtu sorilah, tak dapat nk repeat order lg dik. Takpelah ig dia ada 12k follower, hilang sorg customer celah gigi je ye dik. Tapi jgn letak Allah no 1 kt ig profile ye, kalau urusniaga kita bukan cara yg berhemah.

Third experience, bukan dgn seller tapi customer online. Hehe, customer pun ada yg tak beretika juga ye. Alkisah item dh pos tp tk sampai lalu return pd sender (saya) . Bila check rupanya customer silap bg alamat, lalu dia beri yg baru. Sy ckp, maaflah kena tmbah post fee lg utk send semula, tp katanya nk brg segera, tk boleh nk transfer sbb outstation. Balik nnt br dia transfer. Oklah tlg dululah kononnya, sy byrkan dulu utk resend. Korg boleh agak kot apa jadi, mmg tkdelah dia nk byr, senyap je bila kita tny. Nasib baiklah brg berat 500g je, kalau item berat berkilos kilos haru juga ye tak

Saya pasti, ada lagi experiences u all yg lebih teruk dari saya, malah melibatkan kehilangan wang yg banyak dan report polis pun ada kan. Apa yg saya experiences cuma small matters tapi bagi saya sepatutnya boleh dielakkan jika anda peniaga profesional tidak kiralah anda seorang peniaga kecil. Mulakan dari bawah, mudah mudahan cara yg baik itu berterusan setelah kita lebih maju.

Kesimpulannya, para peniaga, pastikan anda boleh memenuhi kehendak pelanggan, jika tidak boleh, berlaku jujur itu adalah sebaiknya. Mengaku kesilapan sendiri jika buat silap serta jaga customer dgn baik, time sale drop, customer yg tetap ni lah yg bantu kita nnt. Yang kedua jangan gunakan agama/ nama Allah sebagai pelaris, principles agama itu apply pada perlakuan dan cara berniaga bukan setakat tayang bismillah pada profile etc ye. Yang ketiga jadi customer pun deal lah dgn cara baik, jgn suka tipu transfer duit, atau jenis minta diskaun over smpi tkde untung peniaga haha.

Lagi satu, hentikanlah budaya dengki mendengki sesama peniaga. Hantar black magic, mandrem ke apa. Rezeki kan tuhan yg bagi, dah kalau kurg sikit tu usahalah lagi bukannya gi santau org. Percayalah, dengan bantu membantu lebih banyak kebaikannya pada perniagaan sesama kita dan juga pada hubungan sesama kita.

Semoga ada pengajaran dan pedoman buat semua dan saya juga. Terima kasih.

– Alice in wonderland

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit