Events in UIA

Assalamualaikum.
.
Aku bukan nak tanya pendapat ke apa, just nak luah sikit perasaan. By the way sekarang aku tengah wat master kat UIA. Degree dulu pun kat sini gak.
.
Masa degree dulu aku dan rakan2 jenis yang suka join segala jenis event yang ada dalam UIA. Ceramah agama,ceramah motivasi dengan artis2 yg dh berhijrah, ceramah pasal islamic economic, conference, club's sport tournament, explorace, pertandingna antara kuliyyah,event dengan orang luar etc.
.
Rasa macam susah nk pecaya. Lepas setahun aku balik semula ke UIA segala benda macam dah berubah. Seingat aku dulu jarang sangat kena bayar untuk join program2 dalam uia. Even kalau kena bayar pun mesti murah je, RM1 or RM2 camtu. ..Lain betul dengan event2 yang diorang organize dalam UIA sekarang. Mostly kena bayar. Mahal plak tu. Setakat ni yang paling murah aku jumpa RM5.
.
My point is, bukan aku nak salahkan diorang yg organize sume event tu. Yela aku faham diorang mesti nak collect some fund untuk cover sume expenses yg diorang dah keluarkan utk event tu. Nak2 sekarang ni sume benda mahal dengan gst lagi.
.
Cumanya aku agak terkilan la sikit. Event2 yang ada entrance fee ni confirm2 susah nk attract students. Buat program dalam campus kalau students tak pergi sape je yang join? Sebab dah sah2 students are the target participants. But of courses you have reasons to collect some fees right? Most probably sebab UIA tak bagi enough fund. kan?
.
Teringat beberapa minggu lepas commitee apa tah yang duk promote tiket sampai ke p.malam. Siriyesly sampai tahap tu korang kena promote? I saw the invited speakers. Personally I think that with these all great speakers you dont have to promote that much because orang akan otometik berminat nak join. Tapi kalau nak masuk pun kena bayar mahal, sapa je yang nak?
.
Bila fikir balik rasa kesian to both of you; the committee and participants. I bet you all dh banyak kali refuse to join an event disebabkan event tu berbayar. Betul tak? Baik guna duit tu buat belanja makan sehari. Kan?
.
Kadang2 bila fikir balik aku rasa semua orang tak salah dalam hal ni, kecuali Najib.

– Senior

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *