Kata suami saya, dia kenal saya lebih lama dari dia hidup tanpa kenal saya. Ya. Memang betul pun. 22 tahun tu satu masa yang panjang. Dari rambut hitam hingga masing2 dah mula keluar uban.
Kehidupan kami okay. Walaupun masa PKP yang pertama saya kehilangan kerja, tapi alhamdulillah, hidup kami masih okay.
Masa mula mula kehilangan kerja tu, saya terduduk juga. Tak tahu macam mana keluarga kecil kami nak bayar komitmen dan kehidupan bulanan. Tapi betullah, rezeki Allah tu luas.
Mungkin juga sebab saya kehilangan kerja, datang pula rezeki untuk anak sulung saya. Ditawarkan SBP, ditawarkan ke Sekolah Seni Malaysia dan juga Sekolah sukan negeri. Tiga cabang yang berbeza dan akhirnya anak saya pilih ke SBP.
Ada baiknya juga sebab anak saya masih excel dalam bidang sukan walaupun di SBP dan baru baru ni anak saya dapat panggilan untuk jadi pelakon extra dalam produksi drama tempatan.
Dia masih dapat meneruskan minatnya dalam bidang sukan dan seni walaupun bersekolah sains.
Rezeki tu tak semestinya datang dalam bentuk wang ringgit. Itu saya pasti sangat sekarang ni.
Semasa pandemik, suami saya melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana. Laluan yang agak mudah. Padahal, 10 tahun dulu, kami tertanya tanya kenapa suami saya tak dapat peluang untuk sambung belajar.
Dah cuba mohon tapi tak diterima. Rupanya dapat rezeki untuk ambil bidang yang betul betul dia suka dan dapat kemudahan pinjaman pelajaran dari tempat kerjanya juga.
Rezeki saya juga, berjumpa orang baik baik di sekeliling. Saya ditawarkan kerja separuh masa dengan gaji yang melebihi gaji minima.
Memang tak sebanyak waktu saya kerja full time sebelum ni tapi saya ada banyak masa untuk uruskan keluarga. Rezeki saya jumpa bos yang boleh tawarkan kerja fleksi begitu.
Dan masih pasal orang orang baik di sekeliling saya, baru baru ni saya dijemput untuk buat training dengan bayaran seribu sehari. Seronok kan? Dua hari training, dapat dua ribu.
Memandangkan saya kerja part time cuma dua hari setengah seminggu, datang pula rezeki untuk bekerja part time yang sesuai dengan jadual kerja saya.
Memang masih belum ada rezeki untuk saya kerja full time, tapi dapat tawaran part time ni pun, tambah dengan kerja kerja lain, rezeki juga namanya tu. Dapat menambah jaringan kenalan. Antara ramai ramai tu, insyaAllah akan ada yang membantu.
Hidup saya juga sebenarnya lebih gembira sekarang. Agaknya penangan PKP, lama sangat duduk rumah, hubungan saya dan suami kembali menjadi lebih hangat dan rapat. Kami semakin kerap luangkan masa berdua.
Mungkin juga atas faktor anak anak dah makin besar. Lebih banyak hugs, kissess and greetings. Kita akan ucapkan terima kasih atas apa sahaja kebaikan yang dilakukan oleh each other hatta sebab tolong passkan hanger pun akan tetap diucapkan terima kasih.
Setiap kali pergi dan balik kerja pun kami akan say goodbye dan hello. Dan walaupun dah semakin tua, kami masih boleh hold hands kalau berjalan. (Masa muda2 dulu, sibuk nak pegang anak je)
Tipulah kalau saya kata hidup saya ni seronok je. Ada masa, tetap juga dilanda ujian. Tapi, cara kita menghadapi ujian tu dan juga cara kita belajar melalui ujian yang diberikan tu sebenarnya lebih penting.
Kisah ini bukan kisah saya nak bercerita pahit getir alam perkahwinan. Itu saya boleh cerita kemudian. Tapi, ini kisah saya untuk percaya dan bersyukur dengan rezeki yang diperoleh.
Tapi saya sangat berterima kasih kepada ibu dan bapa mertua saya kerana melahirkan dan mendidik suami saya menjadi seorang yang bertanggungjawab, mementingkan keluarga, ringan tulang, dan sentiasa bekerja keras untuk memberikan yang terbaik untuk saya dan anak anak.
Saya ni sampai takut cakap nak apa apa, sebab walaupun saya bergurau cakap nak itu ini, nanti mesti suami saya akan usahakan juga supaya saya dapat. So saya cuma akan cakap nak something kalau saya betul betul nak sahaja.
Saya harap suatu hari nanti, anak lelaki saya akan mengikut jejak langkah abahnya dan waktu itu, saya berharap agar saya dapat jadi mak mertua yang baik. Just like my MIL.
Semoga ada rezeki untuk saya dan suami hidup bersama sampai dapat menimang cucu. Semoga kami dapat menempuh apa sahaja onak duri dalam kehidupan ini.
Kalau umur tak panjang pun, kami dah sediakan hibah untuk each other dan ada rumah dan epf untuk anak anak.
Untuk pembaca budiman sekalian, saya harap anda semua dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik. Jika anda sedang melalui fasa fasa yang melukakan hati, berusahalah agar anda boleh keluar dari fasa tersebut.
Jika anda sedang bergembira bersama keluarga, dan pekerjaan yang stabil, keep up the momentum.
Saya ada baca, kehidupan kita adalah apa yang kita fikirkan. Kalau kita berfikiran positif, kita akan nampak dan dapat benda benda positif.
Stay safe semua.
– Via (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit