Ex Aku Yang Abusive

Assalamualaikum. Pertamanya, mintak maaf kalau ada campur English / Bahasa Melayu.

Nama aku Adina which obviously not my real name. Sebab aku ke sini, adalah untuk aku bagitahu adik adik bawah umur aku untuk berhati – hati dalam bercinta. Bukan bawah umur je, semua wanita & lelaki.

Aku sekarang umur dah mid 20s dah benda ni terjadi semasa aku di awal pertengahan umur 18 tahun – 20 tahun, di mana kalau kau tanya aku, apa satu benda kesilapan yang taknak buat dalam dunia ni, ini lah dia.

Aku sambung belajar di satu Uni Swasta yang agak terkenal di Selangor. So masa aku umur 18, you naive la ceritanyaaa..

So aku berkenalan dengan satu lelaki. Nama dia Farhan (bukan nama sebenar) classmate aku la ceritanya. Itupun bermula macam basic jelah bercakap lepastu mula la.. in relationships.

Masa aku kenal dia, rupanya dia baru break. Tak tahu la baru ke lama. Dia kata lama, sebenarnya baru. Aku bodo. Dia tengah dalam konflik.

So bodoh nya aku masatu, aku layankan je the bad terms si Farhan ni ada dengan ex dia Naifa (bukan nama sebenar) sebabnya bagi aku “bukan ada kena mengena dengan aku”.

So sampaikan permulaan aku mula jadi bodoh adalah sampaikan dia katanya nak jumpa Naifa tu kat shah alam, sebab nak settle dia angkutnya aku sekali. Dalam kereta tu aku dah menangis dah sebenarnya sebab aku rasa dibodohkan la.

Tu baru permulaan. Mula permulaan relationship aku masatu penuh dengan pergaduhan ya. Mula pergaduhan mulut je. Lama kelamaan ke arah fizikal.

Pertama kali aku tak sangka tangan dia boleh naik adalah kitorang bergaduh dalam kereta. Dia tolak kepala aku kena tingkap passenger seat. Terdiam ya aku. Seribu bahasa.. Start dari tu, 10 kali dia buat, 10 kali dia minta maaf.

Masa aku belajar ada kawan baik. Kawan kawan aku ni bagi aku adalah anugerah allah yang tidak terkira ada dengan aku sampai ke hari ini.

Masatu, kawan kawan aku, kalau ajak keluar mesti diorang tanya Farhan ada tak? Kalau ada diorang tak nak ikut. Kenapa? Sebab depan kawan kawan aku sendiri dia boleh naik tangan & tinggi suara.

Badan aku lebam lebam ya. Balik rumah hujung minggu parents tanya kenapa lengan aku lebam, aku cakap tersedal pintu & so on. I was practically traumatised.

Dipendekkan cerita aku setelah setahun setengah aku lupa macam mana aku dapat tahu dia curang dengan Naifa ex dia, punya kawan.

Ya. Ini sejenis nak circle dia jugak selera dia. Masatu. Aku being simple as i could. I just said this is the end of us. Tak kuaser nak mesej whatsapp pepanjang aku senyap terus.

If you think it ends there, no. My suffer getting worst.

Ini adalah my last semester (tak silap). One situation aku rasa most traumatic situation adalah, dah putus tu, dia tak puas hati that “I am okay” with this. Padahal aku dah hati mati. Tak tahu nak rasa apa.

Satu malam tu, aku bergaduh dengan dia through whatsapp. Aku decide untuk tak ambil pusing sebab besok pagi ada kelas pagi. Esok pagi ada kelas, memang ada lah dia. Aku biasa je, act biasa.

Normal mood like nothing happened last night. Kelas berjalan dengan normal.

Habis je kelas, aku dengan kawan kawan aku nak keluar la dari kelas kan, aku tak tahu la dia macam tak puas hati tengok aku tenang ke apa, dikalangan kawan aku, aku terakhir keluar & hampir dah keluar dari pintu.

Dia tarik beg galas aku. I was shocked. Tuhan je tahu perasaan aku masatu. Which obviously aku macam “Apa ni!”

Mind you that kelas tu dalam fakulti ya. Di mana semua kos student yang dalam fakulti tu juga menyaksikan drama bodoh ni.

Dia sememang nya tidak puas hati. Dia menyatakan dia tak puas hati, berbagai cacian makian aku hadapi. Kawan kawan aku sedaya upaya tarik aku balik.

Selagi tu jugak dia tarik aku. I was crying speechless & embarrassed. God knows muka dia masatu, he want to kill me if he could. Mujur ada lelaki lelaki dekat situ tahan dia.

I can say the amount of makian, cacian, cekik, pukul semua aku hadapi adalah terlampau banyak. Aku juga hadapi di mana Farhan melaga laga kan aku dengan orang lain.

Buka cerita yang bukan keluar dari mulut aku sendiri. Not to mention, dia buka cerita as if i am the “psycho” ones. Macam mana aku tahu?

Mestilah orang bagitahu. Aku tak ambil pusing langsung. Aku takpertahankan diri aku langsung. Aku diam.

Sampai aku dah habis belajar, dah intern. Aku dapat fews text messages minta maaf ke aku yang masa tu diorang percaya Farhan tu.

Mestilah aku maafkan. Bukan salah diorang.

What happened to me was traumatic & tinggalkan aku kesan mental yang sangat teruk. Aku panic bila dengar lelaki tinggi suara until today.

Cuma pesan aku di sini, jika pasangan mula dah keluar cacian makian, mentally & physically abused you, sila lah keluar. I mohon sangat you keluar selamatkan diri you.

Jaga diri semua.

– Adina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *