Ex Penjawat Awam Kerajaan

Salam readers. Namaku Mahsuri (sesuci lagenda Mahsuri. Lol.)

Harini terdetik nak berkongsi pengalaman aku bekerja di sektor kerajaan selama 4 tahun dalam bidang professional. (sekarang aku kerja sektor swasta)

Kerja kerajaan sangat best, ada ramai kawan, tempat kerja luas, selesa. Selalu ada program untuk join, weekends banyak terisi dengan program.

Cuti banyak (ni penting. Hihi)

Dari segi kerja, aku sangat suka. Aku enjoy bekerja di government. Dapat pulak bos baik, friendly.

Customers macam2 ragam, ada hari rasa down, ada hari rasa happy. Tapi biasalah… ragam kehidupan.

Langit tak selalu indah ya rakan2.

Antara benda yang buat aku stress bila kerja goverment is the stigma “government servants are lazy”

Excuse me. Memang ada yang lazy. Tapi tak semua lazy. Ada yang sanggup kerja sampai the very last 5 minutes sebelum punch out.

Aku pernah buat kerja orang lain. Customer dah tunggu, tapi fail dia tak sampai2. Bila call orang yang berkenaan, katanya fail tak jumpa.

Aku pernah tinggalkan ofis aku, turun ke stor & panjat kerusi cari fail customer ni. Jumpa!

Geram? Ye geram.

Pernah jugak bekerja dengan staf yang rajin tidur waktu ada customer kat sebelah.

Bila mintak dia ambilkan paperwork atau barang, lambat sangat. Sampaikan aku yang handle sendiri. Sebab kalau mintak tolong dia, rasa mcm lagi buang masa.

Pernah report tak ke bos dan pihak atasan?

Tak payah report. Semua dah tau pasal dia. Then why tak ambil tindakan?

Pindahkan dia ke department lain or pecat dia? Sebab dia memang tak buat kerja kan?

Hmm… susah ye rakan2 nak memecat seseorang dalam sistem kerajaan ni. Sebab tu wujud budaya lenggang lenggok, relax, santai dalam kerajaan.

“Buat kerja atau tak, tak kisah. Gaji masuk bulan2”

(But again… bukan semua orang macam ni)

Satu lagi yang membuatkan aku sakit hati…

Bila buat program, kita akan kutip data. Data yang kita kutip tu boleh jadi memberangsangkan, hebat, berjaya…ataupun sebaliknya.

Bergantung pada participations from the crowd.

Sometimes, crowd banyak, tapi data yang dikutip tak elok. Nak bagi contoh, tapi nanti kantoi aku kerja bahagian mana. Haha…

Pepandai la korang imagine.

Sebagai pekerja bawahan, kami akan kutip raw data tersebut dan interpret and buat report untuk dihantar ke pihak atasan.

Pihak atasan and review data tersebut dan membentangkan data ke pihak kementerian.

But, dalam proses penghantaran ni, akan ada beberapa steps, di mana data akan disaring dan diperiksa oleh beberapa anggota lain.

Most of the time, anggota2 ni akan pakat untuk “olah” data tersebut bagi nampak elok dan excellent. Kenapa?

Baru la nampak gah bila present data kat kementerian.

Kau bayangkan… kau dah berpeluh-peluh buat program, bukan sehari dua, berminggu2, ada smpai 2-3 bulan.

Dah buat program, tugas hakiki kena buat pulak, cari time check data yang dah kumpul, interpret data, buat report semua… end up, bos tukar2 data kau.

Habis tu, apa fungsi kita buat program? Apa penambaikan yang boleh buat kalau semua nampak excellent ja?

Bila aku bukak mulut persoalkan isu ni di meetings, aku di cop sebagai problematic, bermasalah. Sebab tak ikut flow.

Aku jadi tak puas hati, siap rasa apa yang aku buat adalah sia2.

Baik tak payah buat program, tak payah kutip data kalau nak olah data dan tunjukkan benda elok2 sahaja di pihak kementerian.

Walaupun aku dah berhenti bekerja kerajaan, aku masih mendapatkan khidmat servis dari kerajaan.

Dan kalau orang awam atau family members kutuk sektor kerajaan, (cakap anggota kerajaan lazy, tak buat kerja, keluar makan time kerja, bla bla bla), aku akan backup. Sebab aku tau apa yang berlaku di sebalik semua tu.

Macam aku cakap kat atas, bukan semua orang macam ni. Yang bermasalah kebanyakannya yang dah bekerja lebih 10-15 tahun. Dah “selesa” dengan position masing2.

Akhir kata dari aku, siapa yang bekerja di sektor kerajaan, jalankanlah amanah tanggungjawab dengan baik. Ramai rakyat kita ni datang dari golongan susah, tak berkemampuan.

Kalau kita tak buat kerja dengan baik untuk membantu mereka, siapa lagi?

Anggaplah yang datang tu mak ayah, adik-beradik, pak cik mak cik kita sendiri. Bantu mereka sehabis baik.

Lastly, i wanna say… the goverment system is perfect as it is. The bad people working in it are making the system look bad.

Terima kasih sebab sudi membaca.

– Mahsuri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *