Sejak dua menjak ni ramai pulak yang bercerita tentang SL1M. Tiba tiba rasa terpanggil untuk kongsi pengalaman sama.
Objektif SL1M ni bagus sebenarnya. ” membantu graduan mendapat pengalaman kerja” ekoran dari rungutan belia yang menyuarakan majikan lebih mengutamakan pengalaman kerja. Jadi pihak kerajaan sebulat suara tampil dengan program SL1M utk graduan yang 6 bulan menganggur. (Syarat yg dikenakan kerajaan adalah graduan lepasan ijazah yang menganggur sekurang kurangnya 6 bulan) tp aku tau, ramai company yang tak ikot syarat ni. Termasuklah company yg aku sertai.
Untuk makluman. Company yg ambil peserta SL1M akan dikecuali CUKAI perniagaan bergantung pada jumlah peserta yg diambil. Sebab tu la compny besar besar ambil peserta beribu ribu. Termasuk lah company yg aku sertai ni. Beribu orang dia ambil. Dan masa daftar aku dah agak yang peluang untuk diserap amatlah tipis. Bila dikaji peserta yang sebelum sebelumnya, hanya 1 2 orang sahaja yg diserap. Progam ni bagus sebenarnya. Walau tak diserap. Ilmu soft skils boleh digunakan pakai sampai bila bila. Tapi malang nya yang mencacatkan nama baik SL1M adalah company/individu yang tak bertangunggjawab.
Back to 2014. Masa ni minimum gaji 1000. Skrg aku dgr dah cecah 2000. Hebat. ok balik semula pada cerita. Syarikat yg aku join ni merupakan nama yg cukup gah. Setelah 2bulan tamat soft skills, tiba lah masa yg ditunggu tunggu “on job training” . Aku merupakan lepasan jurusan IT. Apa yg membuatkan aku kesal. Aku ditempatkan dibahagian yang satu pon ilmu IT, aku tak boleh nak di asah. Skop kerja aku lebih kepada pekeranian. Menaip. Fotostet. Jd kuli penyelia. Lepas penyelia dapat tau aku bawa kereta sendiri, disini lah bermula episod aku dibuli. Ambil ank penyelia balik sekolah. Hantar penyelia metting di HQ. Tak boleh claim ye.. parking, minyak, tol semua duit aku. Bayangkan gaji aku 1000 tolak duit bilik 200. 800 je utk aku survive dibumi KL. Jarak branch aku ke HQ agak jauh. Alasan penyelia “malas drive” aku sabar hampir 3bulan di bawah penyelia ni. Aku adu pada HR. Jawapan yg diberi cukup mengecewakan. Aku mintak di tukar lokasi OJT, atas alasan skop kerja tak related dengan lulusan. Dibalasnya ” kan awak ada guna komputer juga” mungkin pemikiran mereka IT adalah komputer. Masuk bulan keempat aku dah mula tertekan. Penyelia selalu ambil kesempatan bila hujung minggu aku juga diganggu. Maka apa yg aku lakukan. Aku terus adu ke unit EPU. Tindakan serta merta diambil.. aku terus ditukarkan ke company lain berdekatan dengan kampung lagi. Puas hati aku. Apa tindakan yg dikenakan keatas company tu aku tak peduli. Sebaik dapat tukar aku terus tukar number phone. Mujur fb aku penyelia tak sempat add.. selamat.
Jadi nasihat aku bt adik adik yg teraniya. Jika ada masalah berkaitan SL1M dan phk HR tak ambil peduli. Adu lah pada pegawai EPU. Jangan dibiarkan company yg tak bertanggjawab terus berada di bawah nama SL1M, ini akan mencacatkan program SL1M tu sendiri. Kasihan generasi baru kelak.
Kedua, jika adik2 dah bekerja, jangan lah berhenti kerja semata mata nak sertai SL1M kerana SL1M tak menjanjikan adik adik diserap pon. Tapi jika rezeki adik adik disitu, maka disitu lah. Objektif SL1M tu sendiri adalah ” memberi pengalaman kerja kepada graduan baru”
Ketiga, jadilah bijak seperti mana sijil yang dipegang. Jika inginkan pengalaman kerja bawah anjuran SL1M siasat latar belakang company.
Sekian,
Ex slimer
– Ex slimer
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit