Ex Suami dan Adik Angkatnya

Assalamualaikum, Kenalkan aku, Bunga Cantik. Berasal dari Johor yang menetap di Kedah. Menikah hampir setahun dan belum dikurniakan Cahaya mata. Aku dan suami berkenalan singkat dan memutuskan untuk bernikah.

Beberapa bulan lepas, ketika di kampung suami. Aku dijemput untuk menghadiri konvokesyen ex suamiku yang aku gelarkan sebagai Pudding. Kebetulan Pudding belajar di negeri suami berasal.

Puding menjemput seluruh keluarga suami untuk menghadiri konvokeysennya sebagai keluarga angkat kerana keluarga Pudding dikampung tidak dapat hadir, mungkin kekurangan wang atau atas sebab lain.

Untuk pengetahuan pembaca, Puding telah pun menikah dan mempunyai sepasang anak kembar. Puding pjj dengan suami sepanjang pengajian kerana suaminya di negeri P.

Aku menghadiri konvokeysen nya dengan seribu 1 rasa namun aku cuba berfikiran positif kerana keluarga suami telah menganggap Pudding sebagai anak angkatnya dan suami Pudding serta anak kembarnya pun turut hadir bersama kami.

Aku cuba berfikir positif ketika itu, lagi pula Pudding adalah anak dari mangsa perceraian. Mungkin kekurangan perhatian dari keluarganya dan menganggap keluarga mentua sebagai keluarganya.

Selepas kami kembali dari bercuti, aku cukup terkesan apabila Pudding menghantar gambar kepada suamiku pada waktu malam.

Gambar selfie Pudding bersama dengan keluarga suami sedang makan bersama tanpa kehadiran suami pudding dengan anak2nya kerana mereka telah pun kembali ke negeri P.

Dan aku melihat whatsapp Pudding dengan suamiku yang kerap menegur antara 1 sama lain. Di facebook, berbalas komen.

Memang la bukan chat yang mesra namun bagiku perlukah? Aku pernah menegur suami dan berakhir dengan pergaduhan kecil antara kami berdua.

Selang beberapa hari, suamiku menceritakan hal Pudding yang makan bersama keluarganya. Aku hanya diam tanpa respon sedikitpun. Dengan harapan suami mengerti yang aku tidak suka dia bercerita tentang Pudding..

Selepas beberapa lama dari kejadian itu, mak mentua menelefonku meminta untuk aku menghadiri kenduri adik kepada Pudding yang menikah kerana kebetulan kami menetap di negeri yang sama cuma berbeza daerah..

Aku pergi juga kerana rasa hormat pada keluarga suami walaupun hati aku sungguh tak rela. Tapi ketika itu hanya aku seorang yang menghadiri kerana cuti suami tidak diluluskan.

Aku tak kisah andai Pudding ingin berbaik dengan keluarga suami. Sebab aku cukup sedar diri, keluarga suami terlebih dahulu mengenali Pudding dan menyayanginya kerana sifatnya yang ramah dan mesra tidak seperti aku yang pendiam.

Tapi cukup hanya dengan keluarga suami yang dianggap seperti keluarga sendiri. Tak perlu berwhatsapp dengan suamiku jika tiada hal penting.

Semalam aku mengambil telefon suami untuk mencari telefonku yang hilang. Aku terkedu membuka whatsappnya kerana ada whatsapp dari pudding.

Aku melihat suami kerap menegur status pudding. Kerap bertanya apabila melihat postingan Pudding yang meroyan.

Kenapa aku kata meroyan, kerana pudding kerap update post mengenai suami yang tidak menghargai isteri, suami yang curang, suami yang ada skandal. Berulang-ulang kali. Semua posting/gambar suami Pudding, Pudding buang dari media sosialnya.

Akibat dari melihat whatsapp mereka, aku bermasam muka dengan suami dan diam. Aku tidak meluah kerana sebelum ini isu pudding berakhir dengan bertengkaran antara kami. Semalaman aku tak tidur dan hanya menangis di sisi suami.

Adik kandung suami post status whatsapp sedang sakit pun suami aku tak tegur, tak tanya pun khabar adik sendiri. Tapi kalau Pudding yang dia anggap sebagai adik angkatnya, memang semua nak di komennya.

Adakah suami aku ni memang gatal orang? Atau masih menaruh hati pada Pudding, ex nya yang tak jadi? Tegarnya suamiku menyakiti hati isteri hanya demi ex nya.

Aku ingin memohon pendapat kalian semua terutama kaum adam kerana aku berasa sangat tertekan sekarang ini. Aku dah mula fikir yang bukan-bukan tentang suami dan Pudding.

Malah aku setiap hari stalk semua media sosial Pudding. Adakah aku yang terlalu cemburu buta? Suka bersangka buruk?

Perlukah aku kembali berkerja sebagai persediaan awal jika terjadi hal yang tidak diingini dalam perkahwinan aku?

Aku mohon pendapat kalian kerana aku betul2 buntu..

– Bunga Cantik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. mudah jer nk faham, itu tandanya suami awak masih mengingati ex dia, masih berhubung dgn kerap… jadi awak faham2 jelah…….

  2. 1st stop stalk pudding, ye cemburu tu normal, tapi kena control. Awak isteri dia yg sah, awak ada hak atas suami awak. Stop insecure, dan start tanya suami awak. Luahkan perasaaan awak. Be vulnerable, nak nangis, nangis depan suami awak. Biar dia tahu. Buat semua tu time awak n suami berdua ja, your own moment. Selebihnya doa dan tawakal. Yakin pada Allah, kalau takda jodoh, awak takkan nikah dgn suami awak. Semuanya berbalik pada Allah. Dan kena ingat, suami bukan milik kita, jadi serahkan suami pada Allah utk atur hatinya, utk jaga hatinya. Be strong sister, kita pakai akal kita, jgn biar perasaan kita mendominasi.

    Rajin pulak nak comment hari ni.

  3. Cik, perbuatan suami tu bukan perbuatan yang elok. Berhubung dengan perempuan lain dan lagi teruk ex dia.

    Benda macam ni kena tegah dari awal. Tak nak susah dikemudian hari, tegah dari awal.

    Tanya suami kalau cik berhubung dengan lelaki lain, malam2, ex plak tu dia rasa macam mana? Kalau ex cik ajak makan sesama dia rasa macam mana? Bagi dia faham situasi.

    Kalau dia still rasa benda tu biasa, then bersedialah cik. Doa dengan Allah. Dia yang menjaga hati bukan kita manusia..

    Semoga dipermudahkan urusan

    Rangga yang manis

  4. Itu tandanya suami awk masih belum move on dgn puding.Kalau dia hargai awk sbg istri dia xkan sesekali lebih menjaga ht insan lain berbanding isteri sendiri.Dia x jaga batas sbg suami.

    Sbb krg penerapan ugama.Bila dah x jaga batas cmni walaupun dlm fon..setan dan nafsu akan main peranan cucuk2 ke arah pertengkaran

    Puding tu pun sbnrnya macam masih nak merenyam dgn suami awkmKalau dia sedar kedudukan dia sbg istri org dan suami awk tu dah jd suami org lain..dia xkn sesekali menghimpit keluarga awk..pasti dia akan ada maruah diri dan rs hormat pd awk

    Pd i..dua2 miang dan gatal.I takut lama2 nanti suami awk terjebak simpati dgn mslh rmh tngga puding dan mula lah nak jdkan bini no2..nauzubillah.

    Memandangkan keluarga suami awk pon masih bg green light dkt dia.Eh awk tu isteri sah tau!Gunakan kuasa veto.Ckp dgn mertua tu benda ni x manis..sampai bermesej2 cerita hal peribadi dlm wasap.Tkt lama2 tercurang je sis.

    Cuba g kaunseling keluarga atau pejabat ugama mtk pndgn bernas..

  5. Setuju semua komen2 di atas (kecuali yuyu!).
    Bertindak sekarang, don’t wait & see saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *