Ex-Wife Gila

Salam semua.. Salam perkenalan..

Aku sebenarnya kadang stress nak cerita pasal ni tapi aku rasa aku dah muak dengan perangai gila ex-wife laki aku. Aku rasa terpanggil untuk share cerita pasal ex-wife laki aku yang aku rasa perempuan tak move-on.

Fyi, aku kahwin dengan husband dah lama dalam 5 tahun ke atas dan ada anak. Aku tak nak lah share berapa orang anak sebab aku takut ada orang kenal.

Ceritanya bermula sebelum aku kahwin lagi dengan laki aku tapi aku fast-forward beberapa tahun selepas itu sebab aku rasa ini gangguan yang paling teruk dari ex-wife laki aku.

Kejadian ni berlaku masa aku tenampak satu group dalam Whatsapp pakai muka aku dengan nama group yang sangat menyebalkan. Time ni aku dah tanya laki aku,kenapa ada group bodoh yang cuma ada dia dan ex-wife.

Aku tanyalah fungsi group tu apa. Laki aku cakap group tu dibuat oleh ex-wife untuk melampiaskan makian dan ugutan terhadap laki aku. Diorang dah cerai lama ya. Tapi si janda gila ni masih berusaha menganggu hidup aku dengan laki aku.

Setiap kali laki aku left group dan block si janda ni,dia akan call serta menganggu tempat kerja laki aku sambil ugut-ugut benda fitnah.

Perempuan ini memang sangat terkenal dengan kaki putar belit. Selama masih menjadi isteri laki aku, dia dah memang red flag, belum cerai sah tapi dah simpan lelaki lain. Laki aku still bertahan sebab masih sayangkan anak diorang tapi begitulah.

Sampai satu masa,mlaki aku datang jenguk anak sampai jumpa ex-wife dia ni duduk berduaan dengan lelaki lain dalam bilik. Tapi dia biarkan,msebab perempuan ni pandai playvictim. Masa tu memang hubungan diorang dah tak boleh dibaiki.

Bila laki aku nak cerai, perempuan ni sembunyi. Dapat surat saman kali ketiga baru hadir dalam mahkamah dan banyak lagi cerita lain yang dia usaha untuk buat aku dengan laki aku tak tenang.

Tapi kejadian baru tu betul-betul buat aku marah. Masa baru kahwin dengan laki aku, ada juga dia ganggu dan Whatsapp benda tak baik. Tuduh aku itu ini tapi aku sabar sebab masa tu aku baru nak mula hidup dengan laki aku.

Susah yang amat ya nak hadap manusia perangai gila talak ni. Dah cerai, move on je la. Dia pun dah ada lelaki lain tapi tak kahwin pun, hidup macam suami isteri.

Seriously, aku tak paham kenapa masih nak meroyan merentan sedangkan yang simpan jantan dulu diri sendiri, bila ex-husband dah hidup tenang bahagia datang pula nak jadi syaitan menganggu ketenteraman orang.

Oh yer, sekarang laki aku dah tak diganggu sebab tukar number phone tapi tak tahulah sampai bila. Sebab laki aku tetap contact dengan anak diorang. Manalah tahu dia minta no phone laki aku dari anak dia dan maki hamun balik laki aku.

Aku nak cakap dekat sini yang ex-wife gila talak ni tetap wujud ya even dah ada lelaki lain. Mungkin diorang tak rasa puas hati bila ex dah hidup bahagia.

Aku harap sangat dia dah tak ganggu aku dengan laki aku, pernah juga terserempak tapi si perempuan ni buat-buat tak nampak dan tak tahu. Tapi esok-esok dia akan Whatsapp maki dan bagi sumpah seranah dekat laki aku.

So, aku nak tanya juga la, sesape ada pengalaman dengan manusia macam ni? Please bagi aku solution ke, nasihat ke, huh! Stress aku nak fikir.

Terima kasih sudi baca..

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. rakam perbualan telefon dia, simpan semua mesej2 dlm whatapps sebagai bukti, repot polis, buat buat yg ni pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *