Ex Yang Tak Move On

Salam semua pembaca. Kenali diri ini diberi nama Fazura (bukan nama sebenar). Boleh panggil Fa sahaja. Ini pertama kali Fa menulis. Harap pembaca boleh memberi cadangan atas permasalah Fa ni.

Fa dah berkahwin 8 tahun dan punya anak dua (sepasang). Perkenalan Fa dengan Amir (bukan nama sebenar) bermula dari era friendster dan bercinta selama 8 tahun sebelum berkahwin.

Sebelum perkenalan Fa bersama suami, suami punya kekasih hati bernama Afiza (bukan nama sebenar) sejak dari zaman tingkatan 1 sehingga ke universiti. Hampir 6 tahun mereka bercinta.

Perkahwinan kami diuji pada 5 tahun pertama kerana masih belum dikurniakan zuriat. Berkat kesabaran dan usaha kami, kami diberi zuriat berturutan pada tahun ke 6 dan ke 7.

Tapi ketika 5 tahun ketika kami masih belum ada anak, Amir pernah kantoi keluar berdua dengan Afiza kononnya Afiza ada masalah keluarga ketika itu.

Macamana Fa bole tahu? Instict seorang isteri mungkin ketika itu menggodek hp Amir. Masa tu whasap Afiza untuk ‘back off’dan Afiza kata dia tiada niat apa2.

Afiza seorang muslimah bertudung litup, sejenis yang pakai stokin dan chubby/obese sedikit.

Kalau dilihat pada penampilan, tiada apa yang kurang dan dilihat seperti perempuan baik2. Cuma dia datang dari broken family yang punya masalah keluarga dan kewangan.

Ayahnya tinggalkan ibunya dan Afiza hidup bersama ibu dan adiknya. Dia juga yang tanggung keluarganya sekarang dengan berkerja di pasaraya. Hubungan dia dan Amir juga putus dulu kerana dia seringkali mengongkong Amir.

Darah muda membuatkan Amir putuskan hubungan dia. Juga Afiza dulu pernah katakan pada Amir dia punya ramai peminat da tidak melayan Amir seorang.

Walaupun Fa dan Amir dah berkahwin, Afiza tetap whatsap Amir setiap kali dia punya masalah untuk mengadu masalah dia.

Sering dia ajak berjumpa kerana tempat kerja Amir dekat dengan rumahnya. Setiap kali dia whatsap Amir, tidak pula dia bertanya khabar Fa atau anak2.

Kiranya dia whatsap Amir tanpa fikirkan langsung perasaan kami. Jika benat dia anggap Amir itu sebagai kawan lama, mestilah dia tahu adab berwhassap dengan suami.

Whatsap Amir pula setiap kali berwhatsap, akan delete kerana katanya video2 dalam whatsap dihantar Afiza itu membuatkan hp nya sering ‘hang’.

Tapi pernah Fa baca whatsap mereka, tidak pula menunjukkan kearah ayat bercinta cuma Afiza kerap mengadu masalah dia seolah dalam dunia ini hanya dia yang paling banyak masalah.

Hubungan Fa dengan Afiza juga tidak pernah rapat cuma pernah suatu ketika, Amir dan Afiza pernah curang ketika Fa bercinta bersama Amir,

Dan pernah Fa katakan pada Afiza, try to get him jika benar Amir memilih dia, Fa akan undur diri. Ternyata Amir menyesal ketika itu dan memilih Fa. Sekarang Afiza masih belum kahwin walau usia mencecah 35 tahun.

Cuma Amir rapat dengan keluarga Afiza. Jadi sebab itu mungkin Amir sentiasa ikuti perkembangan Afiza melalui facebook atau whatsap.

Tapi Fa terfikir, dia masih tidak move on atau Amir yang tidak move on? Yang terbaru, Afiza whatsap lagi mahu berjumpa.

Amir pula pada mulanya katakan ya, tapi setelah dia berfikir masak2 dan tanya Fa, Fa katakan tidak perlu pergi, dia dengan rela hati menurut dan meluangkan masa dengan kami anak beranak sepanjang minggu.

Ya, mungkin keduanya tidak move on. Tapi bila Fa suruh Amir berkahwin dengan Afiza, tidak pula dia mahu. Jadi Fa masih buntu memikirkan perkara ini dan sampai bila perkara ini akan berlarutan.

Adakah hanya Fa yang cemburu atau memang Afiza mempunyai niat lain?

Bagaimana pula dengan Amir? Adakah benar bila kita rapat dengan keluarga ex kita, kita akan bertindak untuk sentiasa ambil tahu?

Bagaimana pula dengan Fa. Apa yang perlu Fa buat?

Yang buntu,

– Fazura (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *