Exam SPA

Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih admin jika sudi up post aku. Baru-baru ni aku ada menjalankan ujian SPA untuk jawatan Pegawai LHDN Gred 41. Yes aku teruja lah jugak sebab dapat peperiksaan online. Memang prepare untuk exam tersebut.

Aku ada baca past experience orang yang pernah ambil exam ni ada cakap sistem teruk. Aku doa je lah agar tak jadi kat aku. Masa hari peperiksaan bermula, ya mmg sistem aku ok, aku pun jawab tapi aku rasa masa macam tak cukup masa tapi aku cukupkan jugak, lepas tu ada baki beberapa min lagi aku ambil masa untuk semak semula jawapan apa aku tanda. Tahu apa jadi bila aku ‘next’ ja dia jadi soalan tu aku x jawab lagi. Then ttba dia ter ‘refresh’ balik page tu dan hahahaha boleh dikatakan separuh daripada 50 soalan tu dia cakap aku x jawan so aku apa lagi berbaki beberapa min tu bulatkan lah balik jawapan yang dah jawab tadi then habis sesi 1 aku x sempat jawab 6 soalan sedangkan pada mulanya aku dah jawab semua.

Start sesi kedua, tak silap aku 30 soalan masa 50 min, melibatkan pengiraan matematik. Aku pun gigih lah tekan calculator kira-kira semua. To be honest aku otak matematik mmg soalan mudah ja then habis jawab sekali lagi aku nak semak dia refresh then semua aku tak jawab sistem tu tunjuk. Memang begang nak cari balik jawapan yang kau dah kira atas paper dengan masa yang limit macam tu. Masa tu aku dah patah hati dah macam dah malas dah arr, kiranya aku bulat2 jawapan semula pun tak sampai separuh soalan aku bulat balik, masa pun tamat.

Sesi ketiga kena reading and comprehension / pemahaman. Dia bagi 2 petikan in English and in Malay. Aku baca cari point2 aku bulat ja jawapan. Aku rasa jawapan aku ok ja aku tak semak dah kali ni dan aku tak skip2 soalan sbb aku takut jadi tak jawab, then aku tunggu masa tamat then masa pun tamat. Kira bahagian 3 shj aku dpt jawab semua soalan dengan jayanya.

Seriously aku frust sebenarnya kenapa jadi macam tu kat aku, walaupun aku dah kerja pun dulu tp resign sbb further study dan aku tak da lah aggresive mencari kerja dlm masa terdekat atau kempunan nk masuk gomen, aku banyak empati kpd org lain terutama kwn2 aku yg blum kerja dan mengharap untuk kerja, walaupun aku tahu ja sebenarnya jawatan-jawatan ni sebenarnya ada orang dah tgh que dkt belakang kira ujian ni macam prosedure ja, jadi aku malas nak expect lebih-lebih cuma satu je lah aku harap pihak berkaitan amek pusing pasal benda ni sebab aku tahu korg nak jaga periuk nasi keluarga korg tapi pilih lah yang betul berkelayakkan bukan jenis mengular apa pun tak tahu. Aku tak cakap aku ni layak sgt tapi mungkin ada lebih layak daripada aku. Kadang-kadang aku sendiri sedih dengan Malaysia ni sampai aku rasa nak hijrah ja tempat lain. Suami aku kerja luar negara sbb kerja kat Malaysia dah berbulan cari dan gaji sikit sangat. Aku rasa dia pun dah fed up tu dia merantau, aku pulak? Aku tak ada masalah kewangan yang serius pun, cuma aku kesian graduan-graduan Malaysia ni yang jadi bahan sepakan dan ejekan disebabkan demand lebih tinggi berbanding supply. Tak termasuk lagi graduan yang jadi mangsa scammer dengan karnival job fair entah apa-apa. Entah-entah lepas aku habis further study ni aku pun ikut suami aku keluar Malaysia. Maaf penulisan agak beremosi tapi itu lah sedih dan kecewa sgt dengan keadaan negara kita sekarang.

– Nina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit