Salam sejahtera. Terima kasih admin kerana sudi terbitkan nukilan ini. Aku ini bolehlah barangkali digolongkan sebagai seorang introverted. Jadi, bersendirian bukan lah asing bagi aku.
Tapi sejak akhir-akhir ni, perasaan sunyi dalam hati aku terasa begitu membuak. Semacam ada satu muatan yang membebankan benak hatiku. Mungkin ini yang mendorong aku untuk menulis di sini. Oh ya, aku kini sedang lanjutkan pengajian dalam cabang sains di sebuah universiti luar negara.
Sepanjang pengajian disini, antara krisis utama yang aku alami adalah komunikasi, barangkali berpunca dari ‘language barrier’ yang bukanlah asing bagi kami yang dianggap ‘alien’. Tapi aku tak rasa ianya penyumbang utama krisis sosial yang sedang aku alami.
Aku agak bernasib baik, sebab di sini ramai juga kenalan dari Malaysia yang yang tak lokek membantu. Selalu diorang anjur gathering, party, dan sesekali kami akan lepak bersama. Tapi ironinya, dalam keramaian itu jugalah perasaan sunyi aku terasa semakin menebal.
Tengah berborak, mata aku kerap menjeling melihat jam sambil cuba dekati pintu keluar. Paling teruk, bila aku terpaksa berpura-pura minat dah ambil tahu akan topik yang dibincangkan.
Aku penat dah berlakon. Atau mungkin aku dah hilang selera bersosial. Jadi kiranya ada jemputan, dengan serba salah aku mula cari alasan untuk mengelak.
Oh ya, apa kena mengena dengan existential krisis? Perasaan sunyi ni aku syak datangnya dari krisis kepercayaan yang dah lama aku pendam.
Sejak dulu lagi aku sudah mula hilang minat pada norma masyarakat kita yang bagi aku agak merimaskan. Dengan hal-hal picisan yang diperdebatkan, belum kira lagi being highly judgemental (I know, ironically I am being one here).
Look at our politics, sangat memualkan. Look at our so called religious leader, tak henti berkelahi. And these reflect back to our society. And that harsh cycle goes on!
As a mean of distraction, aku lebih suka menyendiri. I just don’t feel I can fit in at all! So, I decided to break free. Science is now my compass. Yang mana jarum arah petunujuknya dipandu terma ‘Lockerung des Denkens’. Tapi aku tak rasa aku berseorangan disini.
Back in Malaysia, aku ada beberapa kawan rapat yang mana aku selesa untuk luahkan segalanya, tanpa perlu payah berpura-pura. Now, I am desperately in need of that moment where I could be myself. Or am I being coward here?
Thank you for your time. Would love to hear opinions from fellow scholars like you guys.
Best,
– Ivan Ilyich Algojo (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit