Expect Disappointment and You’ll Never Disappointed

Bila baca confession Kak Jiminieeee ni https://iiumc.com/tips-untuk-si-sendu/, rasa macam nampak diri sendiri di masa depan, hahahaha.

By the way, saya lagi muda dari kak Jiminieeee, baru 32 tahun. Tapi jiwa still 22 tahun, hehe.

Saya percaya akak menjalani hidup tanpa rasa sunyi walaupun masih solo molo, dan tujuan mencari partner sebagai seorang suami sebagai salah satu usaha untuk menyahut seruan Nabi SAW, bukan kerana akak sunyi, rasa depress tak ada pasangan atau kerana desakan orang sekeliling.

Saya kagum dengan your solitude-ness (betul ke terms ni haha), dan saya harap akak boleh tulis lagi satu confession untuk bagi tips kepada adik-adik macam saya, untuk survive dalam pencarian mencari pasangan ni.

To be honest, macam-macam saluran dah saya guna dalam usaha ini. Saya mencari bukan kerana saya sunyi, depress atau terdesak kerana orang sekeliling.

Saya bahagia apa adanya. Bekerja 9-5, waktu malam pula saya isi masa lapang saya dengan hadiri kelas-kelas tajwid online atau sekadar menonton dramas/movies di online streaming platform.

Hujung minggu di waktu terluang saya tutoring pelajar-pelajar sekolah rendah, kadangkala join fun run, atau sekadar briskwalk di taman waktu pagi, kadangkala join hiking trip, atau balik ke rumah parent.

Senang kata, waktu saya banyak terisi dan rasa sunyi tu tak sempat singgah.

Jadi, matlamat mencari seorang suami ini adalah to be a better person, to grow together, untuk saling melengkapi dan memberi kesan kepada hidup masing-masing. Saya percaya akak juga mempunyai mindset yang sama seperti saya.

B**t*l M**l*m, B**t*l J**n**h, dating apps, keluarga recommend, kawan-kawan recommend, semuanya tak menjadi. Sama ada dighosting, atau saya yang undur diri kerana tak serasi.

Seminggu lepas saya meyakinkan diri saya untuk accept blind date invitation dari seorang lelaki yang saya kenal melalui dating apps.

Selama satu jam mengopi, beliau menunjukkan respon positif, exchanging idea on few topics dengan cara yang pro, suggest untuk berjumpa kali kedua, his body language is comfortable when we have the conversation.

Balik rumah, I texted him to show may gratitude. But he did not text back. Saya confused, but still saya tak text dia lagi selepas itu.

Keesokannya and few days after that he still lingering on my mind. I dropped my hopes and move on selepas nampak dia update status whatsapp tapi tak contact saya lagi.

Apa yang saya terkilan ialah, the way he reacting and response ketika perjumpaan pertama tu seolah-olah bagi harapan yang maybe we have a chance, tapi decided to ghost me dan tak berterus-terang bila beliau rasa kami mungkin tak boleh pergi jauh.

It did not hurt a thing untuk say sorry and thank you for a final closure.

Untuk saya yang sangat susah untuk agree for a blind date, rasa terkilan being treated this way, tapi saya move forward and decided it ends right there and then.

Dalam beberapa orang yang saya contact tapi tak jadi, beliau satu-satunya yang memberi kesan pada saya, tapi I am moving forward and continue to do the usual routine I do selama ni.

Readers, doakan kami yang masih mencari ni, seperti saya dan Kak Jiminieeee sentiasa dijumpakan dengan orang-orang baik, dan ditemukan dengan seseorang pada masa dan waktu yang tepat.

“Expect disappointment and you’ll never disappointed” – MJ, Spiderman No Way Home.

– Penyu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Dik Penyu, since we are in the same boat, sy boleh faham perasaan awk. Siapa je tak rasa nak ada keluarga sendiri bila tengok orang sekeliling (especially bila adik2 sendiri yg dah berkeluarga, dah ada anak semua).

    Tapi satu je yg saya pegang sekarang ni, percaya sahaja dengan timing dan perancangan Allah. There’s a reason why kenapa Dia jauhkan kita dari segala relationship dan lelaki2 yang pernah kita knl tu. Sangka baik sahaja dengan Allah, He knows us better than we know ourself (:

    Teruskan hidup awak macam biasa. Penuhi masa dengan perkara yang menggembirakan awak.
    Kalau masih ada parents, teruskan berbakti pada mereka, cuba hobi baru & cari kawan2 yang berada dlm situasi yg sama dengan awak. Then banyakkan mendalami ilmu agama, sy emphasize utk belajar semula fardhu ain.

    Serious, bila redirect fokus utk memperbaiki diri sendiri kita dah tak letak perkahwinan sbg prioriti, hati kita akan lagi aman. Pekakkan telinga daripada cakap2 orang, you do you, sebab sis lagi tahu diri sis better than those judgemental people. Sy cuma fikir ini mungkin Allah bagi saya masa lebih utk kekal single sbb dia nak sy jadi versi terbaik diri saya, supaya sy lengkap ilmu keibubapaan, ilmu agama…

    Sy pun dah nearly mid thirties, to be honest dah mcm tawar hati nak kenal dgn org, tapi I’m not desperate enough to cekau mana2 lelaki just semata2 sbb nak kahwin. I know what is wrong dan sy tak nak rosakkan hbgn wanita lain, walaupun ramai perempuan dkt luar sana desperate enough smpai sggup jadi penyondol.

    Sy doakan sis penyu diberikan kesabaran oleh Allah untuk kuat hadapi ujian ini.. Dan saya doakan juga supaya Allah penuhi hati sis penyu supaya Allah akan penuhi hati sis dengan rasa cinta pada Dia yang menggebu, supaya sis takkan rasa lonely walaupun zahirnya orang nampak sis sendirian dan takde involved dalam relationship dengan sesiapa…

  2. Semoga sis bertemu dengan orang yang tepat..
    Biasanya hero terbaik keluar diwaktu2 akhir…
    Just go with the flow.. kdg2 bnda yg kita tak jangka itulah yg akan Allah beri

    Sy dlu lepas putus,(berkawan slma 5thn) sy pasrah..
    saat itu sy enjoy dgn single life, jd supir bw mak ayah p kenduri kahwin sana sini, then,
    xsmpai beberapa bulan, ada org nk berkawan dgn sy, tp wktu tu sy beri masa pd diri, mohon pd Allah, andai dia yg terbaik buat saya, permudahkanlah, cepatkanlah… & kini dialah suami saya.

    Semoga sis bertemu lelaki yg tepat pada masa yg tepat..

  3. Penyu, I feels you and I pernah be in your situation for years before married.
    I am proud of you that you take a chance utk keluar jugak for the blind date walaupun you bukan jenis mudah nk accept anyone asking for meet up. Cumanya the moment you accept the offer tu and dah jumpa tu you rasa selesa, I think you have some expectation with the guy and didn’t expect you received false alarm bila after date tu dia dah tak response langsung kat you. It is okay, and you dont owe any explanations from him. Dalam modern dating ni mmg mcm tu, kita tak boleh expect how org akan treat kita. Mungkin kita jenis yg baik akan make the closure before end it, tapi tak semua org fikir mcm tu. Terima rejection ni, and belief “no means not yet”, percaya yg dia bukan jodoh you. Trust me, Allah akan permudahkan everything when the guy is meant for you, jodoh you. And from you share ni jugak I can tell you have feeling attachment to the guy which thats why you rasa mcm this guy memberi kesan kat diri you. I hope you boleh aware ni and your feeling valid je if dah ada perasaan to someone tp jadi mcm ni pulak. I hope you heal and stronger, meet the guy yg betul2 serious. Have to admit, umur2 mcm kita ni tak ramai lelaki yg serious on dating life sbb they think nk fikir apa psl perempuan while they have money and careers. But trust me, ada je lelaki yg serious mencari. Jadinya semoga yg mencari dan serious sama2 jumpa dgn yg mencari dan serious. I’Allah, penyu. Bagus dah niat nak kahwin tu. Semoga Allah makbulkan semua doa you and dijodohkan with your dream husband <3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *