expectation

Assalamualaikum,semua, harap dapat jadi pengajaran . Dulu , bila kawan aku contct dengan pelajar agama , aku pelik sebab kan dah belajar tentang hukum hakam agama ,, apesal langgar jugak .. contohnya dalam perhubungan antara lelaki dengan wanita . whatsapp,wechat,instagram dan banyak lagi lahh .. Dahla tuu ,, ada buat group dakwah , campur lelaki perempuan . then bajet jaga ikhtilat , “tolong kejutkan ana tahajud” ” ehh mana boleh abi marah nanti” heii ,, cerdik nyee ,, nak cakap bangang kasar pulak .. yang kau join group sesame lelaki perempuan tuu haperkebenda ,, ishishish .. *geleng kepala* aku tak faham , aku rasa marah sebab orang akan pandang serong pada pelajar agama . belajar agama adalah suatu benda yang mulia . menjadi pelajar agama bukan pilihan kita, tapi pilihan Allah .. Bila mana Allah ingin muliakan seseorang , Allah akan berikan kefahaman agama pdanya , thats mean you’re the chosen study in islamic course . hmm .. bila aku tanya pada abah , abah terangkan pada aku . Belajar AGAMA adalah satu aspek , dan KETAKWAAN adalah satu aspek yang berbeza . Tak smestinya dia belajar agama dia pasti taat agama . kerana ketakwaan itu pada hati yang takutkan ILLAHI , sedangkan belajar tentang agama adalah takdir ILLAHI . Yakin pada Allah kita kena usaha , bila Yakin ada ,Takut dan Taat agama akan bersama . Iman tidak dapat diwarisi . Ilmu dapat diberi . satu lagi , mulianya pelajar agama kerana besarnya ujian yang datang . selagi kamu tidak termasuk yang belajar tentang agama kamu tkkan tahu sebagaimana beratnya ujian itu .. sebab tu lah , bila dah belajar agama, kadang2 buat dosa lagi teruk dari orang yang tak belajar agama . syaitan yang menghasut juga yang berpangkat jeneral .. sebab pelajar agama dia belajar tentang semuanya . ketaatan nya pda agama berdasarkan tarbiyah hati . sebab tu lah , ketika belajar agama kita kena jaga semua adab yang berkaitan dengan ilmu agama . Wahai kawan2 yang termasuk dalam golongan pelajar agama , mohon jagalah hubungan dengan Allah nescaya Allah jaga semuanya, hati,jasmani, rohani dari dosa yang akan membawa ke neraka . Jagalah ikhtilat, Jaga pandangan , Jaga aurat bagi si perempuan . Ilmu agama wajib dicari , supaya bekalan diterima diakhirat nanti . Untuk apa kita di dunia ni melainkan mencari redha ILLAHI ..

Pandangan masyarakat pada pelajar agama berbeza , ada yang berkata pelajar agama, tak dapat ke mana dengan agamanya, tak dapat menyara anak dara . bagi yang berfikiran sebegini , bukankah rezeki milik YANG MAHA PEMBERI .. nak makan apa,? Allah tentukan , tahukah kita mungkin pelajar agama di mata dunia tiada apa apa .. tetapi, di sisi Yang Maha Esa ?? Besar ganjaran nye . Janganlah mudah terpedaya dengan dunia yang sementara . Tetapi, jangan pula terlalu taksub sehingga hilang segala yang sudah termaktub, cukuplah sekadar biasa sahaja . bukan ekstrimist .

Bagi yang sangat muliakan pelajar agama, saya sebagai pelajar agama ingin menyatakan , kami juga manusia biasa anda perlu mengingati nya.. manusia biasa means, tak lepas dari dosa , kadang kami malu disanjung kerana memilik tarbiyah agama, sedangkan kamilah si pendosa yang setia .Astghfirullah ..

mohon sangat sangat kepada masyarakat luar sana ,, sangkaan baik memang tidak mengapa tapi mohon berpada pada , kerana takut terkejut bila mengetahui bnyak nya dosa yang telah kami laksana . mohon doa diperbaiki segalanya jika terjumpa yang kurang akhlaknya sedangkan dia si pelajar agama .

– tolibatul ilmi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit