Expectation Kepada Portal Cari Jodoh Muslim

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca.

Terima kasih admin andai artikel ini tersiar.

Aku mahu berkongsian sedikit kekecewaan aku terhadap golongan lelaki Melayu muslim di Malaysia ini.

Aku seorang gadis yang orang ramai katakan aku cantik. Lukanya hati bila dipuji cantik tapi masih bahagia dengan kehidupan bersendiri. Sebagai salah satu langkah proaktif, maku aku pun isi borang penyertaan portal pencarian jodoh muslim yang terkemuka.

Sudah lama aku menyertai, hampir setahun. Aku mendaftar dan meletakkan gambar biasa sahaja. Sopan dengan baju kurung. Aku pilih untuk berbuat demikian sebab aku tak mahu lelaki letak high expectation atau bad perception tentang aku. Notifikasi ku hambar pada permulaannya.

Tekad untuk menguji perhatian calon lelaki, aku memberanikan diri untuk meletakkan gambar profil yang melambangkan personaliti aku yang sebenar. Moden dan sofistikated. Acah wanita hijabista.

Korang pasti boleh jangkakan hasilnya. Ya, memang bertalu-talu calon lelaki berkirim salam ingin berkenalan dengan aku. Tepatlah pepatah Melayu, dari mata turun ke hati.

Adakah aku berbangga dan bergembira dengan pencapaian ini?

TIDAK, AKU KECEWA.

Aku kecewa kerana dipandang kerana rupa.

Aku kecewa kerana majoriti antara mereka yang tidak langsung membaca apa yang tertulis dalam profil aku. Apa yang aku cari pada seorang lelaki. Aku hampa.

Apa yang lagi menghampakan aku? Biar aku berterus terang. Sebelum itu aku memohon maaf di atas lantangnya apa yang aku ingin sampaikan sebentar lagi. Anda semua layak untuk mengecam tulisan ku ini. Tapi, andai kalian betul-betul cuba memahami apa yang aku cuba sampaikan, pasti kalian akan membuat refleksi diri. Ok, bismillah.

Pertama, ramai antara yang ingin berkenalan dengan aku meletakkan keinginan mencari calon isteri yang mempunyai gaji rm2000 dan rm 3000 ke atas? Motif? Ingin bakal isteri menanggung hidup kalian? Aku direct BLOCK profil mereka. Mungkin kalian akan berkata aku terlalu bersangka buruk. Tidak, aku lebih kepada berhati-hati. Salah pilih suami, nanti aku juga yang akan menangggung derita sendiri. Umum mengetahui isubkewangan adalah punca utama kes penceraian di Malaysia. Semestinya aku harus ingat fakta itu.

Kedua, gaya hidup tidak sihat. Contohnya merokok dan mempunyai berat badan yang berlebihan. Aku sejujurnya sangat terasa hati. Calon lelaki demand nak perempuan yang fizikalnya sempurna rupanya cantik, tapi… Adakah mereka ini tidak berfikir yang calon perempuan juga berhak mempunyai citarasa yang serupa? Perempuan sedaya upaya mencantikkan dirinya untuk kebahagiaan hati. Apatah lagi dengan masyarakat Melayu yang rata-rata tanpa segan silu menghina wanita yang kurang cantik. Dan lelaki dengan mudah ambil kesempatan ini tanpa bercermin diri? Aku tidak berniat hendak menghina. Niat aku ialah, adakah tak wajar perempuan cantik ini mendapat lelaki yang menjaga kekemasan diri?

Aku rasa cukup sekadar itu dahulu. Aku nak beritahu perempuan ni tak susah mana pun nak ditarik perhatian sebenarnya. Niat yang ikhlas, personaliti yang kemas, sikap berusaha dan sikap ingin memahami hati seorang perempuan sudah cukup untuk menambat hati kami. Harta kalian mungkin boleh menyilau mata sesetengah antara perempuan, tapi bukan hati mereka yang hidup mencari ketenangan hakiki.

Sekian penulisan aku, maaf pada lancangnya bahasa dan pada mereka yang terasa pedasnya.

– Ainul Mardiah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *