Expectation Kepada Portal Cari Jodoh Muslim II

Assalamualaikum dan salam sejahtera sekali lagi kepada para pembaca.

Terima kasih admin kerana menyiarkan penulisan aku yang lepas.

Pada coretan aku yang lepas, aku berkongsi tentang fikiran aku berkenaan lelaki Melayu yang memandang terus pada rupa dan latar belakang kewangan perempuan dalam proses pencarian jodoh. Ada yg butthurt sebab aku tulis Melayu dekat situ. Dah ramai yang nak berkenalan tu Melayu, aku tulislah Melayu secara spesifik. Intro pada artikel pertama mungkin dah membuatkan ramai salah faham, salah aku lah kan tulis macam tu. Niat asalnya aku buat intro macam tu sebab nak kaitkan dengan jalan cerita, itu je. Mana-mana nasihat yang commentators bagi supaya aku jangan berbangga dengan penampilan diri, aku terima dengan hati terbuka sebagai peringatan dalam kehidupan aku. Komen-komen lain yang out of context tu aku cubalah hadam. Well, sebenarnya aku gelak je lah bila orang main komen/kondem tanpa cuba faham apa yang aku sampaikan.

Aku sejujurnya tak menyangkakan ramai calon perempuan lain di luar sana yang mengalami perkara yang sama macam aku. Maknanya aku bukanlah kategori pengguna yang mengalami special case. Aku lebih menjangkakan penulisan aku akan mendapat kecaman padu. Walaubagaimana pun, aku impressed bila ada commentators lelaki yang memberikan statement pengiyaan atas content yang aku ketengahkan. Terima kasih kerana sudi bagi pendapat dari sudut pandang lelaki.

Aku sedia maklum, dalam penggunaan portal ini, ada ramai je sahabat dan kenalan aku yang berjumpa jodoh yang baik-baik. Alhamdulillah untuk rezeki mereka. Aku pun tumpang gembira melihat mereka bahagia. Aku isi saja-saja sebabnya aku malas betul nak dengar orang membebel kata aku ni malas cari jodoh dan jodoh itu mesti dicari. Walhal, aku awal-awal lagi sudah tahu yang personaliti aku tidak sesuai dengan pencarian jodoh cara ini. Aku isi atas dasar nasihat orang sekeliling aku yang suruh berusaha. Karang nanti ada orang kata aku degil tak nak dengar cakap orang pula kan.

Objektif artikel kali ni ialah lebih kepada nak kongsi pengalaman aku menggunakan portal-portal pencarian jodoh.

Aku sebenarnya dah pernah menyertai 3 jenis portal pencarian jodoh ni. TJ, BJ dan BM (aku tak nak lah tulis terang-terangan, pandai-pandai faham sendiri). Jika ada yang nak tahu mana yang paling ok, ini sebenarnya bergantung pada rezeki jodoh masing-masing. Aku tak isi borang ketiga-ketiga portal ni serentak. Aku isi borang pada portal yang lain bila calon yang aku cari tak menepati ciri-ciri calon lelaki yang aku cari.

Dalam portal BM, kebanyakan calon yang pm aku ialah golongan abah-abah. 40 tahun ke atas. Hahaha. Aku ni muda lah juga. Jarak umur lebih 10 tahun ni tak bagus untuk future life aku. Contohnya, aku jiwa muda, calon jiwa orang tua. Tak compatible macam korang nak charge handphone Iphone atau Android bukan dengan kabel yang betul. Mak ayah aku yang beza umur 10 tahun dulu selalu gaduh. Aku pun tak nak repeat benda yang sama. Anyway, aku tahu setiap orang lain pengalaman dia. Antara pertimbangan aku yang lain, lelaki yg lebih berusia ni nanti dalam umur 50 tahun ke atas risiko untuk sakit kronik atau mati tu tinggi. Tengoklah life style juga. Nanti kesian dekat bakal anak aku, umur tak sampai 15 tahun bapak dah meninggal. Tak cukup kasih sayang, nasihat dan bimbingan dari seorang ayah. Mungkin ada yang layan je atas faktor kewangan calon yang stabil. Fine, it is a good trade. Harsh truth kan? Itu pertimbangan aku. Aku cuma boleh menjangka, Allah sebaik-baik perancang. Bila asyik calon yang abah-abah je yang berminat nak berkenalan dengan aku, maka aku tutup akaun BM.

BJ, sekejap je aku layan. sebab calon lelaki semua terlalu muda untuk aku. Bukan nak menolak kemungkinan jodoh, tapi pertimbangan aku rasa bukan semua family boleh terima bakal isteri yang lebih tua dari anak lelaki dia. Tak sampai seminggu aku tutup akaun.

TJ. Bagi aku TJ best. Sebabnya kita masih boleh tengok banyak details tentang calon walaupun akaun kita basic. Calon muda, sebaya sampai yang abah-abah ramai. Pilihan banyak. Rasa nak berkenalan dengan serious, bolehlah upgrade ke akaun premium.

Pada aku, apa yang best dari portal-portal ni, aku boleh baca apa yang lelaki cari pada seorang perempuan. Selalu je aku terhibur baca kriteria-kriteria yang calon tulis. Ada yang sangat cerewet dan ada je yang tak memilih.

Ada yang comment something wrong pada aku bila dah cantik tapi tak berpunya. Yes, mesti lah ada something wrong. Aku sangat berhati-hati. Aku hidup dengan melihat secara terus perkahwinan mak ayah aku dari aku kecik sampai besar. Segala keindahan segala konflik kehidupan. Aku tengok secara terus kehidupan orang sekeliling aku. Jadi aku dah ada expectation apa yang aku nak cari dari lelaki, sama macam apa yang lelaki cari dari perempuan.

Sebelum aku menutup artikel kali ini, aku nak ucapkan terima kasih atas nasihat-nasihat dari commentators. Aku sejujurnya terharu bila ada yang faham apa yang aku cuba sampaikan. Aku pun menulis artikel itu pada saat aku secara emosi tak stabil dan keliru.

– Ainul Mardiah nama samaran bukan nama perlambangan.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *