Expectation Menantu Perempuan

1. Walaupun awak dibesarkan dalam suasana dan latar belakang yang tak sama dengan suami awak, awak tetap expected untuk adapt cara keluarga suami awak.. lebih cepat lebih bagus. Makin lama nak adapt makin banyak makan hati nanti.

..sebab awak menantu perempuan.

2. Kalaupun awak lapar sekali, awak kena pastikan persiapan breakfast/ lunch/ dinner selesai dulu, dapur dah bersih, orang lain (terutamanya lelaki2) dah makan, baru awak boleh makan.

..sebab awak menantu perempuan.

Oh ya. Anak2 awak kena dahulukan. Awak? siapa kisah, haha.

3. Sepandai mana awak dalam mendidik dan menjaga anak, awak sebenarnya tetap tak pandai atau kurang pandai berbanding ipar perempuan awak.

..sebab awak menantu perempuan.

4. Sepandai mana pun anak2 awak, itu adalah sebab trait keturunan keluarga suami awak ok. Jangan awak berani claim apa2..

..sebab awak menantu perempuan.

5. Walaupun awak jenis organized dan teratur, pembersih dan pengemas, tetap kena up kan level awak tu bila dengan keluarga suami. Jangan sekalipun nampak kesalahan awak jadi pengotor atau tak reti. Satu dalam seribu kes pun dah boleh kena highlight selamanya..

..sebab awak menantu perempuan.

6. Family time. Awak duduk tengok anak nanti orang kata awak tak buat kerja2 lain. Awak buat kerja2 lain sampai anak awak orang lain tengok pun awak tetap kena.

..sebab awak menantu perempuan.

7. Perangai2 buruk suami awak sejak lahir tu awak sebagai isteri kena betulkan.

..sebab awak menantu perempuan.

8. Jangan expect suami awak banyak bantu awak. Awak kena banyak begerak sendiri. Biar suami buat hal kerja dia, awak jangan bergantung sangat walaupun awak emotionally perlukan support suami awak.

..sebab awak menantu perempuan.

Ini cuma ringkasan dan pandangan secara umum. Ada yang dapat mertua lebih baik daripada ibubapa sendiri. Ada yang dapat mertua baik. Mertua sayapun kategori baik-baik, keluarga baik-baik.. tapi masih tak boleh elak daripada perkara2 di atas.

Sebab kita orang perempuan yang banyak bersangkut paut dengan emosi dan perasaan dalam segala hal.

ps:

– Point di atas tak apply kalau awak sendiri anak perempuan dalam keluarga suami awak. Bahkan manja dan mengadanya mungkin melebihi anak lelaki. Tak buat kerja pun tak apa. Belum kahwin pun dah boleh jadi pakar dalam selok belok hal rumahtangga dan didikan anak2.

– Kalau awak menantu lelaki, sila alert dan banyakkan bantu isteri. Sebab isteri dah tinggalkan hobi, masa lapang, malah keluarga sendiri dan hadapi semua itu semata2 demi awak wahai suami.

– Adik2 yang planning nak kahwin, mentally prepared untuk hal2 di atas. Adapt dan jangan bermasam muka dan cari gaduh. Untung dapat yang baik, baiklah. Dapat yang baik tapi masih tak ngam, bertabahlah. Layanan keluarga suami sebelum kahwin dan selepas kahwin selalunya tak sama. Jangan berharap sangattt…

Sekian, terima kasih.

– cherry banana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *