Explore

Assalamualaikum wbt warga pembaca sekalian. Sejak kebelakangan ni, banyak sangat cerita negative aku baca yang IIUM Confession post. Mostly cerita toxic relationship dan rumahtangga….

Kali ni aku nak story benda yang positif, mungkin sedikit sebanyak boleh berkongsi apa yang baik dan boleh membuka minda korang dan juga aku.

First thing first, aku nak cerita macam mana aku cuba keluar dari comfort zone. Benda yang aku takut nak buat end up aku berada dalam keadaan yang aku kena buat benda tu.

Contoh yang aku boleh bagi adalah bercakap dengan orang yang aku tak kenal. Kerja aku ni buat dokumen tender.. memerlukan aku untuk banyak berjumpa dan call orang dan sebagainya… aku paling tak suka call orang, end up aku kena call orang.

Aku tahu mesti ada sebab Allah letak aku dekat situation macam ni. Ya sebab aku takut. Dan aku kena lawan rasa takut tu. Alhamdulillah slowly aku dah biasa adapt dengan keadaan tu. Kerja buat dokumen tender ni memberi ruang untuk aku grow dan berani. Dulu aku sangat penakut nak bercakap dengan orang luar.

Yang kedua… aku belajar bahasa asing selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. The reason aku belajar bahasa asing ni adalah sebab ayah aku. Ayah aku bila mana dia tengok orang melayu boleh berbahasa asing ni kagum dia lain macam.

Aku nak ayah aku kagum dengan aku macam mana dia kagum dekat orang tu. So ini macam pembakar semangat aku la. Bahasa yang aku belajar sekarang ni Bahasa Arab, Korea, Jepun, German dan Spanish. Dalam banyak-banyak bahasa ni, Korea aku win.

Dari segi pronounciation dah macam native speaker dah kawan-kawan aku cakap. Dari segi Grammar je la kelaut hahaha. Sampai satu tahap aku boleh cakap dengan orang Korea yang travel kat Malaysia. Diorang pun terkejut.

Siap thumbs up lagi kat aku sebab aku boleh cakap bahasa diorang, Lagi satu bila kita belajar banyak bahasa ni, otak kita macam cepat bertindak and somehow kita boleh adapt dengan cepat untuk belajar bahasa asing yang lain. Ni pendapat aku la.

Untuk pengetahuan korang, insya Allah kalau ada rezeki aku nak ambil certificate yang under Korean Embassy.. TOPIK (Test of Proficiency in Korean). Doakan la ya.

Aku yakin aku belajar bahasa asing apa pun (kecuali bahasa orang Israel la) aku tak akan rugi sebab ni semua ilmu. Bahasa lain on the way sebab susah bila tak ada jadual yang tetap dan tak berguru..semua Youtube dan Duolingo je. Mana yang sempat hahahaha.

Yang ketiga, aku belajar caligraphy China. Tulis dengan berus tu. Semua aku belajar dalam Youtube. Aku perasan aku ni suka explore banyak benda. So Calligraphy ni salah satu la.

Khat pun aku boleh. Paling aku suka Khat Diwani dengan Khat Riqaah. Aku pernah masuk pertandingan waktu sekolah dulu. Menang jugak dapat no 2. Aku pun macam terfikir why not belajar Calligraphy Cina pulak.

Aku beli wehh Calligraphy beginner kit punya sebab nak belajar guna berus. Kertas khas yang untuk tulis tu pun aku beli. Yang paling tak boleh belah, aku pegi masuk Chinese Calligraphy Contest. Dah la semua bangsa Cina yang masuk, aku sorang ja Melayu kat situ.

Masuk-masuk dewan nohh semua orang pandang aku. Siap datang kat aku belek aku punya tools. Ada la veteran-veteran datang kat meja aku waktu tu, diorang puji aku punya tulisan. “Mana you belajar aaa, cantik tulisan you”, “bagus-bagus mau belajar”.

Perghh aku dapat compliment dari diorang fuhhh semangat aku. Pastu boleh pulak mc tu panggil aku nak interview aku sebab aku ja Melayu kat situ.. hahahahha. Berdebar tapi best jugak pergi explore benda yang tak masuk akal. Bak kata mak aku, aku ni akal jenuh… tapi cerdik.

Yang keempat, aku masuk Kemahiran 6 bulan. SKM Memasak. Yang ni memang impromptu punya plan. Start pkp yang aku masak sikit-sikit.

First makanan yang aku buat adalah brownies kedut. Semua belajar dengan Youtube sahaja. Pastu lepas pkp mak aku suruh aku try minta Kemahiran SKM. Mana tau boleh berniaga kecil-kecilan. Belajar sendiri lain, bila berguru lain.

Banyak benda aku belajar masuk Kemahiran ni. It’s not all about cooking only tapi benda lain pun kita dapat. Ada kursus pengendalian makanan, ada kursus jati diri, ada kursus keselamatan dan kecemasan, kawad, time management, kursus keusahawanan.

Alhamdulillah banyak benda aku belajar. Somehow aku macam addicted untuk explore lagi benda baru yang boleh bagi manfaat kat aku. Tak pepasal cucuk typhoid. Valid la 3 tahun heheheh.

Okay ni last…aku sambung lesen pendidikan. Nak jadi cikgu pulak. Aku rasa aku macam terpanggil untuk meneruskan pengembaraan aku yang lain dengan mendidik anak bangsa untuk explore benda baru jugak.

Aku yakin anak-anak kat luar sana semua ada kelebihan masing-masing. Yang pandai akademik, yang kurang. Then aku rasa aku boleh guide diorang untuk pursue diorang punya minat based on aku punya pengalaman explore banyak benda ni.

Yang kurang dalam akademik ni aku perasan kebanyakan mesti pandai pomen or suka berniaga. Tapi diorang mungkin tak tahu jalan macam mana nak pursue diorang punya Kemahiran tu, sebab kat sekolah mungkin diorang kurang dapat perhatian dan dah tak minat belajar.

Insha Allah one day if ada rezeki dapat jadi pendidik, aku akan tunjukkan jalan tu. So that diorang tak tersisih untuk berjaya sama macam yang pandai akademik dan boleh masuk university.

Setakat ni ja aku rasa aku boleh cerita dekat korang. Explore la selagi mana boleh membawa manfaat pada diri kita okay.

Any suggestions apa lagi aktiviti bermanfaat yang boleh diexplore… tuan-tuan dan puan-puan boleh komen. Nak baca satu-satu. Thank you all.

– Budak Akal Jenuh (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *