Face Shaming or Caring Advises?

Assalamualaikum dan hai kepada warga IIUM Confession sekalian. Saya Haura, berumur 17 tahun.

Tujuan penulisan Haura pada kali ini adalah berkisar tentang diri Haura yang sering kali dinilai atau di-“face shaming” oleh rakan baik Haura sendiri.

Penulisan Haura juga adalah untuk meluahkan isi hati dan mendapatkan nasihat atau sokongan daripada akak-akak dan abang-abang sekalian.

Haura tidaklah bermaksud untuk membuka aib atau mengumpat tentang rakan baik Haura sendiri, tetapi sekadar untuk meluahkan apa yang tersirat dan untuk mendapatkan nasihat dan sokongan daripada akak dan abang sekalian.

Kita gelarkan sahabat Haura sebagai Z. Pertama sekali, Z adalah seorang sahabat yang baik, memahami Haura, sentiasa ada dengan Haura dikala senang dan duka. Dia adalah seorang sahabat yang baik.

Tapi, betullah kata orang, “tiada manusia yang sempurna melainkan Rasulullah”. Terdapat sisi negatif pada Z yang menyebabkan Haura dan rakan-rakan lain rasa tak selesa bila bersua muka dengannya.

Secara jujurnya, Haura dah selalu kena “face shaming” dengan Z dan Haura rasa benda tu dah menjadi kebiasaan.

Z selalu komen tentang kulit muka, jerawat, hidung mancung, bulu kening dan warna bibir Haura. Z juga suka perhatikan muka dan bentuk badan orang, dan dia akan nilai.

Kulit muka Haura jenis sensitif dan cepat burn. So, kalau terdedah dengan debu akan jadi gatal dan bintik-bintik. Kalau terdedah dengan sinar mentari akan cepat hangus.

Z ada cakap yang kita orang perempuan kena jaga kulit muka, jangan ambil mudah tentang penjagaan kulit muka.

Haura tahu itu adalah teguran “caring” daripada sahabat kepada sahabat. Tapi, tak tahulah kenapa Haura rasa cara dia tegur tu keterlaluan.

Akak-akak rasa kalau tegur seseorang di khayalak ramai, benda tu normal ke? Z selalu tegur Haura depan rakan-rakan lain.

Haura selalu tak pedulikan benda tu atau senyum sahaja, tapi dalam hati tertanya-tanya kenapa dia perlu tegur depan orang ramai? Mungkin dia tak sengaja kot.

Beberapa hari lepas Z ada cakap yang muka Haura kusam, berjerawat, tak “fresh” dan gelap. Z cakap kalau muka Haura “flawless” mesti cantik. Dia siap buka aplikasi Snapchat lagi dan tunjuk rupa Haura yang flawless tanpa jerawat.

Oh ya, Z ni jenis kalau dia “face shaming” seseorang, dia akan puji rupa orang tu jika sekarang tiada sebarang “cacat cela” pada wajahnya.

Contohnya Z cakap, “awak bukannya tak cantik, awak cantik je kalau awak takde jerawat”.

Ada satu hari tu, Z pernah cakap depan rakan-rakan lain yang sepupu dia pernah cakap bibir Haura hitam, kalau pakai secalit lipstik mesti cantik.

Mungkin dia tak sengaja nak cakap macam tu dan mungkin dia terlintas pasal teguran sepupu masa kitaorang berkumpul ramai-ramai.

Nak kata Haura ada pendam atau terasa hati dengan apa yang Z cakap tu takde langsung pun. Semua yang Z cakap tu betul.

Kalau Haura duduk depan cermin, Haura pun nampak yang kulit muka Haura kusam. Haura jenis yang tak suka pakai bedak or lipstik, tapi Haura tak pernah tinggal face cleanser and scrub.

Cuma, teguran Z beberapa hari lepas membuatkan Haura terfikir sampai sekarang dan Haura ada luahkan dekat kakak.

Kakak menafikan teguran tu dan cakap buat tak tahu dan tak payah pedulikan pasal teguran tu. Z cuma cakap yang dia dan kawan-kawan lain ada cakap pasal kulit muka Haura.

Macam biasalah ayat dia, “kalau awak takde jerawat, muka cerah mesti cantik”. Entahlah, mungkin Haura je yang perangai macam budak-budak, cepat sentap, cepat terasa, kan?

Even Haura terima semua ni sebagai “positif thing” tapi ia tetap ada “side effect”.

Antaranya, rasa insecure, tak berkeyakinan bila berhadapan dengan orang sekeliling dan Haura tak boleh nak pandang mata orang lama-lama bila “face-to-face”. Tapi tu dululah, sekarang ni dah okay.

Sebab Haura rasa tak berbaloi pun bila kita nak rasa insecure, tak berkeyakinan diri disebabkan benda yang kita boleh kawal plus semua yang Allah jadikan cantik, terlalu cantik untuk dipertikaikan. Tapi itulah, mata manusia ni berbeza.

Akak-akak dan abang-abang rasa patut ke Haura ada perasaan macam ni dekaf sahabat Haura sendiri? Patut ke Haura rasa macam ni?

Haura cuma kasihankan Z disebabkan teguran “caring” dia, ramai orang terluka. Z banyak kali ulang, “buat apa nak kisah perasaan orang?

Buat susah hati je. Kita takkan dapat nak puaskan hati orang”. Rasanya tu je kot apa yang Haura nak sampaikan. Ni pun dah rasa okay sikit. Maaf andai penulisan ni tak berharga dan kebudak-budakkan.

Buat kawan-kawan yang tengah struggle lalui dunia “body and face shaming”, bertabahlah dan kuatkanlah hati kalian.

Ingat! Semua yang Allah cipta terlalu indah, cuma kita manusia tak pandai nak menilai dan bersyukur. Jika keadaan memaksa kalian untuk berundur, maka tinggalkanlah manusia yang suka “body and face shaming” kalian.

Jalan ke depan dan jangan toleh ke belakang lagi. Lebih baik kita pergi sebelum berlakunya sesuatu yang tidak diingini.

Buat kawan-kawan yang suka menilai luaran orang, berhentilah! Kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Jangan disebabkan kita, orang lain alami tekanan perasaan, depresi dan kemurungan. Bahkan ada yang melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Kita perlu ingat bahawa Allah jadikan manusia pelbagai jenis. Ada yang berhati kental, keras dan positif, ada yang berhati tisu, lembut dan sensitif.

Tolong hargai seseorang! Jangan menilai seseorang melalui luaran!

– Haura (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *