Assalammualaikum. Kalau admin sudi siarkan confession saya terima kasih.
Aku budak akhir 90-an . Maksudnya aku ni macam still up to date lah dengan social media ni semua . Aku ada akaun twitter , facebook dan instagram (tak guna sangat sbb tak suka post gambar) . Selalunya aku akan spend around 2 jam untuk scroll apa apa . Selalunya facebook dan twitter . Jenis aku ni aku suka baca komen dan feedback orang sebab aku nak tahu ada ke yang berfikiran macam aku.
Bila aku scroll dua media sosial yang berbeza ni aku nampak banyak sangat perbezaan orang yang guna twitter dan facebook . Bagi akulah(confession aku kan ) aku rasa orang Facebook ni lebih cenderung untuk mengkritik dan menghentam dan orang twitter pula lebih cenderung untuk bash with sarcasm tapi still boleh terima apa yang lain dari mereka . Nampak macam takde beza kan tapi sebenarnya berbeza.
Biar aku ambik contoh lah ada satu page yang popular ni yang menyiarkan tentang tweet seorang doktor lelaki tentang masalah yang dialami wanita +mitos berkaitan wanita. Kalau dilihat komen di Twitter , tiada yang mengecam malah ada yang bertanya lagi apa yang mereka kurang faham dengan nada berhemah . Aku tengok orang reply comment ataupun yang quote tweet doktor tu semua seperti menghormati info yang doktor tu bagi tak kira laki atau perempuan (diaorang nyatakan pendapat mereka sekali). Tetapi bila ada orang screenshot tweet tu dan masukkan di facebook ramainya orang(bukan semua) yang menyumpah seranah doktor tu. Apabila seseorang itu bercakap dari segi ilmu yang dia ada , adakah perlu untuk kita mencarut dengan kata kesat siap suruh doktor tu jadi perempuan hanya untuk menegakkan apa yang mereka percaya benar. Mungkin doktor itu ada salahnya tetapi dia bercakap dari segi ilmu perubatan , jadi tak bolehkah kita menghormati doktor ni? Kalau pun , boleh berdebat dengan cara yang elok kan . Lepastu , bila discreenshot comment orang Facebook ke atas doktor ni dan dimasukkan ke twitter , pastu orang Facebook dikecam pula oleh Twitterians.
Satu contoh lagi, aku nak cakap dekat Facebook ni ada dua (yang aku tahu) page terkenal yang akan ambik bahan bahan post diaorang ni dari apa yang viral di Twitter dan siarkan dekat Facebook . Kalau korang perhati , selalunya post diaorang ni sama je. Tapi aku perhati, penerimaan dekat Twitter dan Facebook sungguh berbeza . Kalau post yang sama yang memang dapat banyak retweet and impressions dekat Twitter dimasukkan ke Facebook , terus dilabel hambar dan try hard oleh Facebookers sekalian . Kadang kadang aku fikir jugak kenapa jadi macam tu.
Satu lagi pasal hal yang disambut baik di Facebook . Contohlah orang ni dia buat mimik muka sambil dengar lagu , kalau tengok kat Facebook amboi menggunung pujian Facebookers sebab yelah comel kan . Tapi kalau masuk twitter , fuh bash dia lagi teruk . Siap dihambur dengan kata kata meluat lah macam tengok sekali boleh, tengok dua kali menyampah lah .
Kadang kadang aku termenung (ceh) fikir kenapa penerimaan Twitterians dan Facebookers tak sama . Aku rasa lah kan sebab faktor umur dan era . Orang yang main twitter ni kebanyakan orang muda budak budak kolej sekolah jadi mereka lebih terbuka menerima pendapat dan jokes . Tapi aku rasa orang Twitter ni jugak tak boleh tengok benda sama berulang kali apalagi kalau orang tu sebaya or around their age lah gitu . Kalau tak , diaorang punya kuasa membalas dengan kejam tu fuhhh sakit. Berbeza dengan orang Facebook , kebanyakan mereka yang lebih matang tapi tak matang sangat faham tak . Maksudnya kalau ada je pendapat berbeza fuhhh terus kecam seolah mengagungkan sangat pendapat mereka .Tapi yang bagusnya Facebookers ni diaorang akan lebih peka dengan keadaan semasa haa gitu . Lawak orang muda ni dieorang tak boleh nak brain sangat sebab maybe dieorang memerlukan high quality jokes kot untuk berhibur .(aku rasa)
Sekian daripada aku si pemerhati . Aku tak sebelahi memana social media . Ada yang dekat Twitter aku tak setuju cara mereka . Dekat Facebook pun ada . Tapi aku rasa menariklah dapat tengok perbezaan umur ni memberi banyak perbezaan di aspek yang lain . Oh pesanan . Sudah sudahlah menjadi keyboard warrior ni smpai jatuh tergolek terduduk orang yang dikecam semata mata nak dapatkan retweet dan likes yang banyak dari pengguna social media ni haaa . Kita pun tak tahu pangkal ceritanya behind the scenes nya kan .maaf jika confession ni menyinggung perasaan korang yang membaca .
– Aina
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit