Nama aku Min, pertengahan 20an.
Aku randomly buka IIUM Confession ni dan terbaca confession Ms. Laila berkenaan insecurity si cantik, (https://iiumc.com/insecurity-si-cantik/) dan aku rasa macam sedang baca confession diri sendiri.
Aku faham 90% perasaan Ms. Laila.
Aku anak bongsu dari 5 adik beradik, 2 lelaki dan 3 perempuan. Jujur aku cakap, kakak2 aku cantik dari aku.
Aku membesar pun makan bandingan orang terhadap aku dengan kakak aku. ‘Kakak kau cantik’ ‘kakak lagi cantik dari adik’ ‘kakak lagi kecil dari adik’.
Dalam adik beradik aku, memang aku yang paling tinggi mengalahkan kedua-dua abang aku. Jadi, aku dah biasa di banding-bandingkan fizikal sepanjang aku membesar ni.
Pada pandangan aku sendiri memang aku tak cantik. Kulit aku tak cerah, tak juga gelap. Badan aku biasa je tak berisi tapi tak juga kurus kering. Tinggi, macam aku cakap tadi untuk perempuan aku agak tinggi.
Tangan aku gelap dan berurat timbul, sebab masa sekolah aku rajin bersukan. Gigi aku pun tak cantik putih tersusun macam orang lain. Basically, aku boleh kata yang ‘aku’ dan ‘cantik’ tak patut ada dalam satu ayat.
Sejak dari bangku sekolah sampai universiti aku tak ada partner. Tak pernah pun ada orang lelaki nak try ajak berkawan dan bercinta ke apa, mungkin sebab aku tak cantik?
Sampai dah habis belajar, dah ada duit sendiri, belajar pakai skincare & makeup. Aku rasa better sikit lah dari zaman belajar dulu. Sikit saja.
Tapi sejak aku bekerja ni, selalu juga aku dapat pujian dari orang sekeliling kata aku cantik. Ada yang tanya kenapa cantik-cantik tak ada boyfriend.
Ada juga yang kata, aku ni cantik tapi perangai pelik (aku pendiam tapi kelakar katanya). Perkataan cantik tu macam selalu juga aku dengar sejak akhir-akhir ni.
Jadi, aku buat kesimpulan yang ‘cantik’ ni subjektif. Pandangan setiap orang berbeza terhadap sesuatu perkara terutama perkara yang subjektif.
Contoh macam, makanan sedap / tak sedap, mahal / murah, susah / senang, benda-benda macam tu berbeza mengikut pandangan setiap orang.
Aku sendiri rasa aku tak cantik tapi ada je orang puji aku cantik. Macam tu juga dengan orang lain yang rasa diri dia tak cantik tapi di mata aku mereka cantik.
Apa pun, semuanya bermula dari dalam. Kita jaga dalaman kita inshAllah semuanya positif.
Your girl, Min..
– Min (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit