Terima kasih admin sebab sudi terbitkan confession abg yang tak macam confession ni tapi ini luahan abg yang abg rasa nak share demi kebaikan kita dalam beribadah, agar hati kita bersatu dengan ibadah yang dilakukan dan dekat dengan Allah SWT.
#
Perasan tak jika kita solat tapi solat tu seringkali tak sampai ke hati? Kadang solat yang dibuat umpama kebiasaan dan asal buat saja. Kesannya kita banyak tinggalkan solat atau tangguhkan solat atau lewatkan solat.
Antara puncanya ialah sebab kita tak tahu dan tak faham makna setiap bacaan dalam solat. Betul tak?
Hehehe. Hakikatnya begitulah. Disebabkan tak faham makna, kita susah nak khusyuk dan fokus. At least kalau faham makna, kita boleh bayangkan dan renung maksud setiap rukun kauli dalam solat serta hayati. Ye tak?
Bila dah berjaya hayati, senang untuk kita khusyuk dan fokus dalam solat, tak delah sampai siap boleh ingat nak masak apa kejap lagi, kereta dah kunci atau belum, mahupun esok nak pergi mana….
Antara Tips memudahkan khusyuk dan fokus dalam solat ialah dengan cara memahami maksud setiap bacaan solat, macam mana caranya nak mudah faham?
Semua tahu ketika bersolat, bacaan solat tak boleh dibaca dalam bahasa selain Bahasa Arab sebab maknanya boleh berubah kerana keunikan sastera Arab. Di sini penting untuk kita tahu dan fahami Jus nya atau lebih tepat mesej dari setiap bacaan Solat.
Seorang kawan memberi tips macam mana nak hadam makna bacaan solat. Lepas berdoa setiap kali selepas solat, amalkan buat taalim atau tazkirah samaada kepada makmum atau untuk diri sendiri, baca kuat dengan membaca bacaan dalam solat dengan terjemahannya sekali. Kepentingan Taalim ni kalau dibuat di kalangan keluarga, akan merapatkan solaturrahim dan masa terbaik untuk mendidik anak-anak ke arah kebaikan. Selalunya waktu taalim selepas Solat Fardu ni kita baca kitab samaada Kitab Hadis atau pun Sirah Nabi. Untuk tujuan mengetahui makna bacaan dalam solat ni, kenapa tidak kita tambah dengan membaca semula setiap bacaan dalam solat bersekali dengan makna terjemahanya. Amalkan selalu biar menjadi tabiat dan kebiasaan agar fikiran dan ingatan kita akan melekat dengan sendiri bersama makna setiap bacaan dalam solat itu.
Macam mana nak sediakan bacaan itu?
Senang nak prepare, sediakan nota lengkap Bacaan Solat Berserta maknanya sekali dalam kertas A4, tuliskan apa yg nak dibaca mengikut waktu Solat Fardu, contohnya seperti berikut:
1) Subuh – Baca Al Quran dan Maknanya sekali, minimun 7 ayat.
2) Zohor – Baca Doa Iftitah dan Al Fatihah dan Makna kedua-duanya sekali.
3) Asar – Baca Doa Qunut dan Maknanya sekali. Bacaan Rukuk dan 4) Sujud berserta Maknanya sekali.
4) Maghrib – Baca Robbilfirli, Tahyat Awal dan Tahyat Akhir berserta maknanya.
5) Isyak – Baca Surah Galakan Rasulullah SAW ketika solat berserta maknanya. Surah Galakan yang Rasulullah SAW suka untuk diamal dalam Solat ialah:
i) Surah Al Kafirun (Kulya Ayyuhal Kafirun)
ii) Surah Al Ikhlas (KulHuwallahuAhad)
Baca dengan makna2nya sekali secara berturut-turut mengikut ayat agar senang nak tangkap maknanya bila kita menyebutnya ketika bersolat.
Insya Allah, bila kita tahu makna setiap bacaan dalam solat, kita akan mudah khusyuk dan tawadduk.
Selamani kita solat mungkin ramai di antara kita tak tahu makna semua bacaan Solat, iman itu ada dalan jiwa tapi kedekatan kepada Allah SWT masa solat macam kurang, macam turun naik, iman pun terasa macamtu, namun bila kita tahu dan faham makna setiap bacaan Solat, pasti kita akan rasai kedekatan kita kepada Pencinta Teragung itu…
Kalau kita tengok orang Arab solat, siap menangis-nangis lagi sampai kita tertanya-tanya, kenapa depa menangis masa solat, bukannya bacaan solat tu benda baru, malah setiap kali solat mereka baca. Dalam hal ni, kita kena ingat, mereka menangis sebab mereka tahu makna setiap sebuatan dalam solat, bila mereka tahu makna, lama kelamaan bila dah selalu sebut, makna bacaan Solat itu, akan melekat ke hati dan disitu mereka menjadi lebih khusyuk dan tawadduk ketika solat sampai boleh menangis kerana mereka sedar dan dapat hayati maksud setiap sebutan.
AllahuAkbar.
Ada orang tanya, perlu belajar Bahasa Arab ke untuk faham makna bacaan dalam solat ni?
Bagi abg Tak perlu sampai kena belajar Bahasa Arab…maksud abg ialah kita baca terjemahan saja dah cukup, janji mesej dalam setiap bacaan itu sampai ke hati kita. Kenapa abg cakap tak perlu? Bukan sebab tak payah belajar Bahasa Arab tau…tapi bila bab ibadah, kita kena faham makna bacaan saja sudah cukup buat masa ni, ini kerana abg sendiri walaupun 5 tahun belajar Bahasa Arab, sampai ke sudah tak pandai, memang tak boleh pergi dengan Bahasa Arab walaupun boleh baca teks jawi Arab dengan baris, namun untuk memahami Al Quran dan bacaan solat yang di dalam Bahasa Arab, kita baca terjemahannya sebagai amalan untuk kita lebih fokus dan khusyuk kerana kita faham maknanya melalui pembacaan terjemahan. Boleh google atau cari buku Panduan Solat untuk dapatkan terjemahan. Insya Allah mudah…tak semestinya kena belajat Bahasa Arab baru kita boleh faham bacaan solat. Abg pernah diberitahu yang Bahasa Arab ni adalah antara Bahasa paling susah dikuasai di dunia. Kalau nak tunggu faham dan tahu Bahasa Arab, memang susahlaa kita nak mudahkan pemahaman bacaan dalam ibadah kita yang Bahasa Arab.
Even dalam memahami Islampun melalui pembacaan juga yang menjadi cara pertama untuk kita tahu Islam.
Sebabtu perkara terpenting untuk Faham Islam ialah Bacalah kerana perkataan Bacalah ialah perkataan pertama yang Malaikat Jibril sebutkan ketika pertama kali bertemu Rasulullah SAW. Iqra’
Dari: Seorang kawan yang sentiasa mahukan yang terbaik buat diri ini.
Sorry ye…posting abg panjang sangat ni…saja nak share…moga sama-sama mendapat manfaat agar ibadah kita lebih mudah dihayati dan sampai ke hati dan semoga hati kita lebih mudah bersatu dengan ibadah yang kita laksanakan.
Amiiin.
– Abg Insaf
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit