Faham Peranan Masing-masing

Assalamualaikum para pembaca.. Saya Hanani daripada negeri di Malaysia. Tak sure cerita ni saya nak berkongsi, meluah atau memberi kesedaran kepada semua.

Saya berkerja sebagai kerani di sebuah pusat rawatan dialysis. Sekali dah kena dialysis, sepanjang hidup kena dialysis kecuali ada penderma atau buat rawatan sendiri.

Rawatan dialysis 3 kali seminggu, satu kali rawatan harganya melebihi RM100. Kalau pesara atau kerja kerajaan or badan berkanun mudah banyak sponsor dan full sponsor lagi.

Kebiasaan kalau dah stage 4, dr akan tebuk urat kat laher dipanggil IJC, sementara buat tapak di tangan. Kos buat tapak di tangan hampir 4k.

Masa pertama kali menguruskan borang2 ni, jadi terkejut juga ini sakit kencing manis sakit orang2 kaya awal2 sakit dah makan jumlah besar.

Ada satu hari, seorang makcik berusia 64 tahun dan anak dalam lingkungan umur 22 tahun datang ke pusat dialysis kami, untuk daftar dialysis.

Makcik ni datang ke hospital dah stage 4 dan dr dah mintak untuk cari pusat dialysis mana-mana untuk terima rawatan.

Kemudian bila ada pesakit berdaftar baru la tugas kami untuk membantu mana yang boleh.. Ambil tahu sumber kewangan, jumlah perbelanjaan bulanan, dan waris terdekat.

Kesiannya makcik ni takada pendapatan bulanan, contoh pencen atau kwsp atau kerja2 kampung untuk dapat income. Semua perbelanjaan daripada anak dia.

Anaknya kerja kait kelapa sawit, gaji bulanan 1.5k, bila buat kiraan memang tak cukup untuk buat tapak dan bayar rawatan dialysis.

Jadi kami cuba usahakan untuk mohon bantuan lain iaitu bantuan B dalam negeri tuh. Dua bantuan kami cuba mohonkan satunya bantuan buat tapak fistula dan bantuan rawatan dialysis 3 kali seminggu.

Untuk mohon bantuan ni makan masa juga, pesakit dah daftar pusat dialysis then perlu dapatkan cop pakar hospital, perlu jumpa ketua kampung untuk sahkan pendapatan anak makcik ni berjumlah sekian2.

Kemudian hantar ke pusat B negeri masing2 dan borang tu lupa akan di pos ke B ibu negeri. Segala borang dan detail pihak kami dah isikan dan dah sertakan sekali borang keperluan yang lain memang dah completed.

Proses daripada pihak dialysis dah selesai. Cuma perlu surat GL daripada B.

Lepas seminggu saya pergi tanya update pemohonan bantuan makcik tuh pada pihak B. Pihak B kata dalam masih proses, saya tak tahu proses nya sampai mana ada call juga ibu pejabat tapi langsung tidak berangkat.

Review di internet banyak juga kata B ni call tak pernah berangkat. Makcik pun sama2 masih menunggu update terkini selalu sangat call pusat kami tanya dah dapat surat ke?. Disebabkan tak ada sumber kewangan untuk rawatan dialysis jadi acik tak dialysis.

Selepas sebulan acik tuh keluar masuk hospital acik tuh meninggal. Empat bulan selepas tuh, kerani B tuh call pusat dialysis nak bagi tahu dia mintak maaf sebab baru perasan borang ada di meja dia dan terlepas pandang untuk pos ke ibu negeri.

Time dengar alasan tuh terase nak marah sangat2, empat bulan borang ada atas meja dia boleh tak perasan. Dia buat kerja ke tak buat kerja, selama empat bulan meja tuh tak berkemas ke apa.

Bila saya pergi ke kaunter tanya katanya dah hantar, tapi masih lagi tak berhantar rupanya. Buat kerja sambil lewa, walaupun role dia kerani.

Ramai yang mohon bantuan lain berharap untuk seorang kerani B ni cepat2 proses, kadang borang tuh dah siap semua. Cuma kerani ni perlu double check dan post sahaja ke ibu pejabat.

Borang2 bantuan ni patut tak perlu tunggu hujung bulan untuk pos, patut dapat sahaja double check then pos terus je ibu pejabat.

Tiba2 balik kerja tuh terfikir, walaupun jawatan hanya kerani ada peranan besar juga jawatan tu, lambat proses melayang nyawa orang2. Ada orang memang betul2 berharap bantuan tu diproses cepat.

Acik tuh ada anak sorang laki dan tak ada suami. Kalau kita kat tempat anak tuh pun, nak sambung belajar dan tinggalkan mak sorang risau juga. Jadi kerja la kampung gaji 1.5k cukup mungkin berbelanja berdua dengan emak. Tak jangka pula mak akan ditimpa sakit perlukan kos tinggi.

Bila ada bantuan dan cuba mohon lain pula cerita. Malaysia masih ada lagi rakyat malaysia yang susah yang cuma ada moto sahaja dan naik basikal je pun.

Next ada lagi pesakit yang mohon bantuan B, saya mintak pesakit mintak nombor B tuh yang bukan nombor dalam internet saya akan call untuk elak terlepas pandang. Tapi pesakit beritahu, staff tuh marah2 dia dan tak bagi katanya nanti dia akan proses.

Masalah berulang lagi tiba2 borang tuh hilang pada tangan kerani B tuh. Pesakit ni oku, dia dah uruskan cop ketua kampung dan dr pakar.. Nak jumpa dr pakar bukan senang makan masa untuk next appointment.

Hilang cara dan idea untuk bantu2 pesakit yang perlukan bantuan kewangan ni. Bila pihak lagi satu tak ambil serius kerja dia. Kerja dan mudah dekat kaunter tuh, apa yang susah sangat sampai terlepas pandang banyak2 bantuan yang orang mohon.

Perkara berulang banyak kali, kepada sesiapa yang kerja gov jangan la buat kerja sambil lewa. Kerja tuh amanah yang perlu dijalankan, kerja apa pun ada amanah dan tugas yang perlu dijaga dan dilaksanakan.

Last apa yang saya tahu bukan kencing manis sahaja punca sakit buah pinggang, darah tinggi dan lain2 juga ada punca rosak buah pinggang. Kesihatan tubuh badan itu sangat bermakna, patut bersukur dan jaga kesihatan.

Sekian,

– Hanani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. setuju. nama pun kerja, kerja tu amanah. harap ramai baca ni dan dapat kesedaran. thanks for sharing.

  2. DARI SEKECIL2 JAWATAN HINGGA KE SEBESAR2 JAWATAN, KERJA ITU ADALAH AMANAH & TANGGUNGJAWAB. ANDA AKAN DIPERSOALKAN DGN AMANAH & TANGGUNGJAWAB ANDA DI AKHIRAT NANTI.. #selfreminder

  3. Ingatkan nak bunuh orang ni cukup pegang pisau je, sekarang ni jadi kerani sambil lewa pun dah boleh bunuh ramai orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *