Hai, saya Leya (bukan nama sebenar)
Tujuan saya tulis kat sini sebab nak luahkan rasa dan serabut yang ada. Kalau kalian ada pandangan dan nasihat, saya terima dengan hati yang terbuka.
Leya.. umur 27, anak bongsu. Seorang yang introvert dan suka duduk di rumah. Memang jarang bergaul dengan orang sebab dibesarkan oleh strict family.
Seorang yang tak ramai kawan, hanya suka sibukkan diri dengan membaca dan jaga keluarga. Mak dan abah didik ilmu agama dari kecik dengan baik, supaya pandai jaga diri, pergaulan dan batas.
Hujung tahun 2021, kawan mak abah datang Perak dan ada kenalkan anak tunggalnya, H tua setahun dari saya. H kerja company swasta di Penang. Setiap hujung minggu H akan balik ke Perak.
Saya dengar H memang harapan keluarga sebab dia anak tunggal, jadi H selalu ada untuk mak dan ayahnya.
Pada awalnya, saya tak berminat nak berkawan dengan H sebab nak fokus untuk baiki diri saya.
Tapi atas desakan keluarga dan kakak abang, mereka suruh saya berkenalan dulu. Mak dan abah risau dengan umur saya yang masih lagi takde kawan. Penat katanya nak jawab mulut sedara mara kononya saya ni tak laku.
Hahaha, saya tak kesah pon sebab saya lagi suka fokus simpan duit, tolong keluarga, dan duduk rumah. Saya boleh jaga diri ni pon dah cukup baik. Sepanjang single, hidup saya tenang dan saya enjoy je nak buat apa2.
Selepas berbulan mula berkawan dengan H, kami mula serasi. Walaupun banyak perbezaan sifat, tapi dia terima kekurangan dan kelemahan saya yang jenis pemalu dan suka duduk rumah. Saya tak suka pergi tempat ramai-ramai orang.
Dan H tak pernah paksa saya untuk keluar dating, jalan2 atau on call. Sebab saya bagitahu H yang saya memang tak suka benda2 macam tu, dan H hormat keputusan saya. Cuma ada sekali dua kami keluar jumpa atas urusan dua buah keluarga.
Hampir setahun berkawan, H bagitau yang dia nak seriuskan hubungan kami. Kami berdua pon dah selesa.
Kedua keluarga dah rancang untung tunangkan kami Julai 2023 ni, H memang jarang bagi hadiah kat saya, sebabnya dia nak simpan duit untuk kawin, tahun 2024.
Awalnya, tanggapan saya bahawa semua lelaki ni sama adalah salah. H lain. Bagi saya dia matang, pandai urus kewangan, jaga batas, penyabar dan anak yang baik.
Disebabkan saya seorang yang overthinking, jadi saya tapis betul2 perangai H. Setiap tips cara untuk cari jodoh dan pengalaman-pengalaman yang dikongsi di fb ni saya cuba praktikkan sepanjang kenal dengan H.
Saya selidik media sosialnya, kawan2 ig, fb. Ahli keluarganya. Alhamdulillah semua ok. Masa jumpa haritu pon saya tengok H bukanlah seorang yang pengotor, diri dan keretanya bersih dan kemas. Jadi setakat ni, tiada reg flag untuk H.
Cumanya ada sedikit kekurangan H tu, saya pejamkan mata je. Sebab H boleh terima saya, why not saya cuba terima kekurangan dia yang lain. Tapi… Semuanya berubah.
Februari 2023, saya mula down sebab persekitaran kerja, mood saya tak elok agak lama. Balik kerja hanya baring. Hilang minat dengan semua benda. Tapi bagi saya, rasa ni akan pergi jugak. Jadi H selalu bagi semangat kat saya.
Sampai satu malam, saya ada baca satu posting di fb. Triggered. Entah tiba2, muncul idea baru. Saya buat akaun fb fake (Lys, bukan nama sebenar). Saya stalk fb H. Masih takde apa yang pelik. H tak follow group bukan2..
Masa stalk tu, tiba2 saya ter request friend fb H. 30 minit lepas tu, H approve. Tiba2 satu mesej masuk di mesengger. “Hi, nak kenal² tak? Haha”
Jeda. H yang hantar mesej tersebut kat fake fb saya Lys. Masa tu, lagilah perasaan curious saya makin tinggi. Adakah H jenis chat perempuan lain dekat belakang saya?
Jadi saya layan kan aje mesej H. Semua identiti saya tipu. Dan benda ni berlarutan hingga sekarang. Di WhatsApp, saya seorang Leya yang tenang. Tapi di mesengger, saya jadi lys, fake akaun yang agresif.
Sstu hari, saya Whatsapp H, tanya dia ada perempuan lain ke, dan H cakap saya merepek. H cakap dia ada dan sayang saya je. Sampailah saya kata kat H, saya demam dan tak larat nak sembang.
H suruh saya tido, katanya dia ada kerja nak buat. Ok, baru nak pejam mata, tiba2.. mesej kat messenger masuk, dari H. Saya sedih, mula overthinking pasal H. Saya demam dan tak nak sembang, tapi kenapa dia cari perempuan lain di fb?
Di messenger, saya yang sebagai Lys tanya H dh berpunya ke. Dan H jujur yang dia taken dan dah nak kawin. Jadi Lys nak undur diri. Tapi H tak bagi, dia kata boleh je kita berkawan di messenger. Kata H lagi, aweknya Leya takkan tahu kalau sembang di messenger.
Saya kecewa. Saya sebagai Lys tanya macam-macam pada H di messenger. Saya siap tanya H, betul ke nak kawin dengan Leya? Kalau dh nak kawin, kenapa chat lagi di messenger?. H selalu puji Leya dekat Lys.
Katanya dia memang nak jadikan Leya isteri, cuma sekarang kami tak kawin lagi, jadi H anggap Lys ni sebagai scandal nakal-nakal aje lah.
Sembang-sembang kalau Leya tengah sibuk. Hahaha :'(
Makin lama, H makin lain. Di messenger, H tanya soalan pelik2. H tanya soalan private pada Lys. Tipulah kalau tak takut dan sedih, tapi dengan cara ni je saya dapat tahu diri H yang sebenar.
H bagitau di messenger, dia pernah terfikir nak sentuh peha aweknya, Leya. Which is me!! H cakap lagi, awek dia lawa, pakai dress labuh,tapi nafsunya kuat. Kalau bukan sebab fikir nak kawin dengan Leya, H akan ajak Leya buat ‘benda’ tu.
Pernah beberapa kali jugak H ajak Lys vc di messenger. Hahaha takkan lah saya nak accept, kalau tak kantoilah saya ni Leya.. Paling sedih, H pernah ajak Lys teman dia mel**cap. Gila!!
H, awak tak tahu ke Lys tu adalah Leya. Saya dah bagi hint banyak dah. Cara tulis di WhatsApp dan messenger pon sama. Kenapa khianat saya macam ni sekali? Dah tahu kan kita nak bertunang?
Awalnya Saya Sedih, down, rasa kenapalah aku buat fb fake kalau tahu akan sakit macam ni. Puas saya Whatsapp H, bagi hint kat dia, saya kata mood saya tak ok dan nak putus, sebab saya mimpi H ada perempuan lain, H tipu saya.
Saya siap cakap kalau saya tahu H buat benda bukan2 belakang saya, saya tutup terus hati. Tapi H still kata saya merepek. Dia kata saya tak sihat, dan terlalu overthinking, sampai fikir bukan2..
Seminggu jugak saya tak whatsapp H. Dan mestilah, H masih seronok aktif sembang dengan Lys di messenger.. Lys is Leya, H..
Saya dah tawar hati.
H berusaha pujuk, masih lagi cakap dia cuma ada saya. H siap datang rumah bagi nasi, air dan bunga. Masa H datang, family siap puji H baik datang melawat saya. Hehh.
Saya dengan Tuhan je tahu apa yang berlaku masa tu. Semua keluarga senang dengan peribadi H. Tapi bagi saya, rasa kosong. H khianat kepercayaan saya.
Kenapa tak tunjuk perangai ni masa awal-awal kenal dulu? Takde lah saya rasa selesa dan sayang macam ni.
Tarikh pertunangan kami dah dekat. Saya taknak teruskan hubungan ni. Saya buntu, dah cakap kat keluarga yang saya nak tunda pertunangan. Tapi depa marah, kata saya tak matang dan selalu susahkan n maluka keluarga.
Saya sekarang dah tak sedih, cuma rasa kosong. Taknak bergaul dengan semua orang. Semua takkan pernah faham apa saya rasa.
Dating required a lot of emotions in life.
Boleh bagi cadangan tak macam mana saya nak cakap pada keluarga yang saya taknak teruskan hubungan ni? Kalau bagi sebab perangai sebenar H tu, adakah saya bukak aib dia kat keluarga saya?
Sebab luaran dia memang seorang yang baik, cumanya saya tak tahu kenapa dia buat macam tu belakang saya. Buntu. Hanya minta Allah kuatkan iman dan waraskan diri seorang Leya.
Fragile, Leya. Thank you.
– Leya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit