Fakta Anak Tunggal

Assalamualaikum dan hai semua. Terlebih dahulu aku mau ucapkan Selamat Hari raya buat yang merayakannya.. Cerita aku nie tidaklah sangkut paut sangat dengan raya, tapi ada lah sipi-sipi.

Selalu dekat facebok, twitter or mana-manalah media sosial, mesti ada ja netizen yang share fakta anak sulunglah anak tengah, anak bongsu bagai. Tapi aku hairan, kenapa tiada orang tulis pasal fakta anak tunggal? Anak tunggal wujud juga kan. Aku pun sebenarnya tak ambik pusing sangat pun pasal fakta-fakta yang ditulis ni, sebab kenannyakannya ada yang ditulis berdasarkan apa yang dorang alami or perhati. Bukannya secara kajian scientifik manapun. Mungkin ada, tapi tak semua. Hari ini, aku mau kongsi tentang fakta anak tunggal. Tapi jangan pukul rata. Apa yang aku kongsikan hanya berlaku keatas diri aku.

Anak tunggal selalunya dilabel sebagai manja, susah berdikari, susah renggang dengan parent kan. Tapi aku tak manja, dan sejak aku sekolah menengah lagi aku terbiasa jauh dari family. Malah, sebab jauh dari family itulah aku biasa berdikari. Jalan seorang, balik kampung sendiri, berurusan sendiri. Malah, kawan-kawan aku kata, mereka mahu jadi seperti aku. Aku tak dikongkong pun. Kawan-kawan seumur aku yang lain masih lagi disekat kebebasan berjalan, sampai kadang-kadang, mereka petik nama aku,baru dibenarkan keluar berjalan. Biasalah kami gadis kampung. Tidak lari dari makcik-makcik cctv yang sedia mencanang cerita.

Aku terfikir juga, sebagai anak tunggal, mak bapak aku sepatutnya lagi susah lepaskan aku keluar seorang. Tapi Alhamdulillah, mak bapak aku bagi kepercayaan mereka kepada aku. Sebab itu, aku tidak akan sekali-kali hapuskan kepercayaan mereka. Hendak keluar, ku beritahu dulu kemana. Bicara hati dan perasaan, soal lelaki juga kuceritakan kepada mereka, cuba jujur sebaiknya agar kepercayaan itu tidak luntur. Aku tahu, mereka risau sebenarnya. Aku sekarang pelajar tahun dua universiti awam. Jarak dari kampung lebih dua marhalah saja jauhnya. Selalu bila aku pulang ke kampung, aku cuma menaiki bas, tapi bila kembali ke kediaman, aku biarkan mereka menghantarku pulang kerana aku tahu dalam diri mereka tersembunyi kerisauan. Yalah, aku satu-satunya puteri mereka, maka aku turutkan kehendak mereka. Padahal aku boleh saja pulang sendiri. Aku yang risau jika mereka selamat pulang kerumah.

Jadi anak tunggal buat aku tidak terbiasa dengan kelompok yang ramai. Aku rasa tidak selesa, sesak nafas pun ada dan risau. Malah sebagai pelajar psikologi, aku hampir melabelkan diri aku sebagai pesakit social anxiety Disorder. Haha, sebenarnya tidak sampai pun ketahap itu. Aku memang sudah terbiasa sendiri kan. Pergi kuliah sendiri, ke mana-mana sendiri. ramai coursemate dan student lain menganggapku sombong barangkali.

Jadi anak tunggal kau harus punya dua peranan. Jadi anak lelaki dan perempuan. Semasa raya lah aku harus ambil dua-dua peranan lebih giat. Sekejap ke dapur basuh pinggan, keluar ke ruang tamu angkat kerusi meja. Masuk semula kedapur masak juadah. Mau merungut penat, penat lagi mak bapak aku kan.

Belum masuk lagi soal kahwin. Urmm aku pun baru 22 tahun. Jauh lagi mahu fikir soal kahwin kan. Tapi untuk anak tunggal seperti aku, awal-awal lagi sudah bikin konflik dalam fikiran. Aku sebenarnya belum terfikir hendak bercinta, apa lagi berkasih dan berkahwin, kerana bagi aku biarlah hubungan yang benar-benar serius, bukan sekadar mengisi waktu terluang. Kedua, jika tuhan takdirkan aku untuk berkahwin, plus kahwin muda, takkan aku tinggalkan mereka kembali berdua. Ketiga, kerana bilangan keluargaku yang sedikit, aku tahu aku sebenarnya perlu berkeluarga juga. Haha, stress juga sebenarnya kalau overthinking.

Itu serba sedikit fakta anak tunggal. Macam yang aku cakap, jangan pukul rata. Aku anak tunggal dari keluarga sederhana, mungkin ceritanya berbeza dari anak tunggal keluarga berada.

Akhirulkalam, aku mau pesan, anda sharelah sebanyak mana pun fakta tentang anda sebagai anak sulung ka tengah ka, bongsu ka, itu hanya satu fakta yang tidak diketahui sumbernya. Anda sendiri tahu sikap anda bagaimana. Personaliti ini lahir berbeza-beza. Yang penting anda tahu tugas anda sebagai anak. Dan buat anak tunggal diluar sana, tabahlah anda adalah sebutir permata berharga, cahaya mata tak ternilai ibu ayah. Jangan ditinggal mereka, jangan dilupa kasih dicurah tiada tara. Anda satu-satunya yang terpilih, the chosen one untuk menghidupkan cerita ibu ayah anda.

Aku ingin menulis lagi, jika artikel ini ramai yang membaca. Yang benar One, the Chosen One.

– One

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *