Faktubuh: Maka Rekodlah

Assalamualaikum gais. Ini kali pertama aku menulis dekat iium confession. Aku memang suka menulis tapi nak tunggu ilham dan susun ayat biar berhikmah tu agak susah bagi aku sebab aku bukanlah sejenis sweet talker. Sekali cakap tembus 5 tembok ganas dia ha. Tapi kali ni my mind function sikit nak share pasal HUTANG maybe because I’m mad.

First of all, aku bukan kak long. Dan perkongsian ini tiada kena mengena dengan yang sudah mati. Yang hidup menyusahkan orang sahaja.

Dulu aku tak berapa kesah orang hutang aku. Lantaklah duit boleh cari balik. Yelah, guna gaji mak bapak gak. Tapi semenjak masuk asasi 8 bulan lepas dan pakai duit sendiri, hutang ni bagi aku satu benda yang agak sensitif selepas isu kena friendzone dengan crush.

Here’s a little piece of my thoughts selepas beberapa kali bermuamalat dengan macam-macam spesis manusia. If you’re in debt with someone, KINDLY HADAM.

Ok. Just like you need money, everyone else also do. Lain lah kau hutang ngan anak dato, boleh kawtim bayar kat akhirat. Tak kiralah berapa kau hutang, doposen, singgit dua, apalagi berpuluh.. tolonglah CATAT. Tangan tu 24 jam pegang phone, ambil masa tak sampai 5 minit pun tulis kat Notes. Cadangan aku korang buat satu slot khas ada table ; Nama pemberi hutang, tarikh hutang, tarikh bayar dan jumlah.

Orang yang berhutang sepatutnya tahu sendiri bila perlu bayar. Bukan tunggu orang ketuk pintu. Lagi paneh bila dah ketuk suruh datang lain kali. Fuh.. I’m not talking about manners. This is common sense.

Just in case you never pay attention.. Verse on DEBT is the longest verse in Quran. Why do you think Allah made that unintentionally?

At least tunjuk sedikit effort untuk bayar semula, so orang yang dihutang tahu kau mencuba. Tak mampu gedebuk, ansur-ansur lama-lama lunas juga. Kalau memang mampu bayar, janganlah zalim kat orang lain. Takut roh tergantung tak masuk syurga sbb orang tak halal kau beli donut 50sen pakai duit dia. Duh? Orang dah tolong mudahkan urusan kita bagi pinjam duit, tak susah pun nak tolong dia balik. Even if dia dah halalkan, try cari cara untuk bayar. Dia taknak duit, kau bayar dengan jasa. Itulah namanya hutang budi dibawa berlayar eh eh.

Nasihat aku.. Jangan. jangan. jangan sesekali ambil kesempatan atas kebaikan orang lain. It might be their starting point to do good deed and you make it their last. Aku cari duit bisnes topup, creampuff, dress, cardigan, liptint untuk tampung expenses aku. Tiket pergi balik dari u ke rumah dah rm104. Nak jimat kadang makan sekali sehari je, pukul 3, cover breakfast smpai dinner. Dan ada makhluk sesuka hati je lupa nak bayar hutang. Serik jugaklah aku nak buat baik kadang tu bila teringat kewangan aku. Aku tahu kalau kita niat nak tolong, Allah akan tolong kita. Tapi weh aku belum kuat nak implement 100%.

Seriously aku bukan nak berkira. Tapi kalau attitude ni sampai besar tak ubah, kena orang salah memang kena maki ah. Kami nak buat baik sukarela. Bukan dipaksa untuk menghalalkan dan meredhai hutang kau orang. Ok. Done bebel. Terima kasih sudi baca.
__________________________________________

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya.

Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi.

Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli.

Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

(Al-Baqarah : 282)

– Piah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *