Hi semua. Aku tak tahu la rasa diri aku ni aku penat jadi anak sulung.
Btw, aku ni anak angkat. Kiranya ada sedara take me in to be a part of their family since aku kecil.
So I was there throughout the whole thing dari anak dia lahir sampai la dah besar panjang.
Aku dulu membesar sorang je sebab adik ikut mak.
Ye mak pak cerai. Aku ikut sedara lepas beberapa tahun konflik ni.
Nak dijadikan cerita aku rasa dorang take me for granted.
Part of me rasa bersyukur sebab ada nak jaga aku tapi bila aku dah besar ni aku rasa something is off.
Aku 25 tahun ni dan aku bukannya orang senang. Bapak jual iphone pun aku tak pernah dapat iphone.
Aku kerja keras baru dapat rasa iphone. Aku masa sekolah selalu dapat biasiswa.
Dari situ tak nampak la contribution mak ayah kandung aku sepenuhnya semasa aku membesar. Sedara aku je selalu tolong.
Masa aku nak masuk diploma aku ada dilema yang aku nak ambil stpm, aku ada cita cita nak masuk bidang kerja sains.
Tapi sebab sedara aku nasihat ambil je dulu mana2 kos, aku masuk fesyen dan habis graduasi aku stuck.
Aku habis belajar, malaysia ditimpa covid, lockdown dan aku pun takde hasrat nak sambung degree sebab pjj masa tu. Tak menarikla bagi aku.
Aku buat freelance, melukis, buat cookies, tolong mak sedara aku jual barang online,
Tapi masa aku buat semua ni adalah dalam dua tahun aku tanam anggur, tapi tak la tak buat apa apa. Aku banyak contribute tolong berniaga semua ni.
Nak dijadikan cerita, bapak sedara aku ada bagitau mak sedara yang aku ni tak buat apa apa dalam rumah ni, aku ni macam orang tak guna.
Dia ada samakan aku dengan pakcik aku yang menagih dadah.
Aku rasa down. Salah ke aku rasa sedih?
Padahal aku banyak buat kerja sebab nak naik nama dunia freelance lagi masa tu. Masa ni banyak habis dalam bilik sebab umpama kerja 8 jam untuk build portfolio dunia freelance aku.
Dua tahun tu aku dalam fasa self harm, aku banyak bergaduh juga sebab alasan yang bodoh, alasan aku tak tolong kerja rumah.
Aku bukan sorang je anak dalam rumah ni, ada lagi 3 orang, tapi aku kena teruk sebab aku paling sulung.
Aku aku aku dan aku, semuanya aku. Aku nekad la keluar dari rumah masa tu tapi duit takde, aku cari kerja, bila kerja, aku dapat escape suasana rumah, aku tak perlu kena marah.
Aku perasan ada pattern dia. Dorang tak suka aku duduk kat rumah tu.
Dah dalam tiga tahun aku kerja, aku decide untuk berhenti sebab aku burn out.
Aku balik kerja kena kemas dapur, balik shift malam, semua ada kat rumah kenapa takde sorang pun kemaskan dapur?
Kenapa nak tunggu aku? Aku bibik ke?
Now aku tengah juggling nak ambil lesen, muet dan degree untuk future aku. Aku nak keluar dari rumah ni.
Aku boleh buat tu cuma masa je. Aku dah 25 tahun ni tapi adik2 sedara aku langsung tak kisah nak tolong kerja rumah.
Semuanya aku kena buat.
Kalau aku tak buat, pak sedara aku tantrum hempas barang, mak sedara aku bebel kat telinga aku hari-hari pasal tu dan pasal anak bongsu dorang yang tak reti nak belajar yang bodoh nak mampus.
Anak lelaki pulak spm, tutup mata la mak sedara aku ni yelah sayang anak lelaki. Anak kedua pulak ntah.
Aku yang sulung, dikutip ni la rasa macam aku ni bibik kat rumah. Aku penat.. aku penat.
Mak sedara aku langsung takde minta anak2 kandung dia ni tolong buat kerja rumah. Dia takde pun marah dorang mcm dia marah aku.
Aku kalau takde dorang mungkin aku takde rumah takde tempat selesa tapi aku boleh survive buat kerja rumah atau cari duit atau belajar.
Aku ni anak paling cilaka dalam family ni, aku pernah rasa nak bunuh diri, nak lari dari life ni nak escape dari realiti.
Kadang aku doa kat Allah, tolong aku hilang rasa beban ni, lembutkan hati aku untuk teruskan hidup demi diri aku.
Hasrat aku untuk keluar rumah ni adalah untuk aku rasa bebas dan takde rasa diri ni tak berguna dalam family.
Kalau aku luah pun pada mak sedara aku, dia akan diam je. Dia seolah olah tak nak kisah pun apa aku rasa.
Kadang aku jealous dengar dia cerita pasal anak dia open up to her to talk about their feelings tapi aku rasa dipinggir. Aku rasa aku ni takde apa pun bagi dorang.
Aku ni bukan someone kepada family angkat aku ni.
Aku tengah nangis sebab aku rasa sedih yang melampau, yang hati aku rasa sesak bila fikir semua ni dan aku rasa aku seorang je yang faham diri aku dan tak ada pun yang boleh faham apa aku rasa.
Aku kadang rasa sesak nafas, rasa hopeless, rasa taknak buat apa-apa langsung sebab benda ni. Aku harap aku dapat lari daripada cycle ni.
Aku penat, aku takut aku akan give up one day nanti.
– Tiya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dah tiba masanya keluar dari situ..bukan lupa diri bukan kita lupa jasa org…tapi kita layak hidup dalam ketenangan..ciptakan jarak dalam pertalian tanpa putus silaturrahim…jangan berdendam..tak mengapalah kalau kita x disayangi d hargai pada tahap yang kita nak.. cukup la menyayangi diri sendiri sebaik² nya..kita tahu apa sumbangan kita walaupun sikit ke tak besar mana ke.. yang marah² tu saje la tu cari pasal nak salurkan stress kat orang lain sebenanya tu 😅.. xpyh la buang air liur bergaduh ngan org yang xnk kalah.
kosongkan hati, carilah jalan bahagia yang diredhai Allah..jangan rosakkan diri… carilah bilik sewa d kawasan selamat yg dekat dengan tempat kerja..bab sambung degree tu, kalau belum betul² stabil kewangan, tangguhkan dulu.. kalau ok, teruskan.. sebab confesor dah ada pengalaman bekerja..dah satu kelebihan dah situ.. lesen memandu dan muet teruskanlah.. confesor ada banyak pengalaman dah tu dalam pkerjaan sebenanya..Selamat berdikari.. untuk adik yang layak bahagia dan hidup aman 🙂