Family Aku

Assalamualaikum semua, saja aku nak cerita kisah hidup aku. Aku dari keluarga yang biasa2 je bukan orang senang,

Sejak dari kecil aku tertanya2 kenapa keluarga kami tak macam keluarga orang lain.

Maksud aku macam ayah aku tak pernah jadi imam untuk solat, kami sekeluarga tak pernah solat jemaah. Ayah aku dulu kalau marah dia akan mencarut.

Aku masih ingat lagi waktu kecik2 dulu. Waktu raya pula kami tak pernah bersalam macam orang lain.

Aku boleh kira hanya berapa kali ja ayah tegur aku untuk solat.

Aku dulu boleh kata sosial la jugak dalam diam. Tapi bukan lah teruk.

Dulu gaji ayah tak pernah cukup. Awal bulan ja ok lepas tu semua kena catu.

Pernah masa sekolah dulu aku tak bawa duit sebab takda duit.

Nak mohon biasiswa tak dapat sebab ayah kerja gov masa tu.

Masa aku kecil aku tak tahu lagi yang aku ni banyak sangat berhutang sebab tak faham lagi.

Dulu aku kahwin awal sebab aku nak pergi jauh dari keluarga aku, aku tak suka hidup dalam keadaan macam tu.

Aku kurang dapat kasih sayang mak ayah, mungkin sebab aku ni kakak kepada adik2 kot.

Mak ayah jarang bagi perhatian pada aku.

Aku kahwin masa umur 20 tahun. Bila aku kawin, aku masuk dalam keluarga suami aku. Lain sangat2.

Mereka keluarga yang sangat pentingkan agama. Selalu solat jemaah dan macam2 lagi.

Mereka juga keluarga yang bekerjaya, jauh beza dengan keluarga aku. Banyak juga konflik pada mulanya.

Yalah aku dibesarkan dengan cara lain kan. Dan aku belajar setakat spm ja.

Mak dia antara orang yang hebat. Tapi alhamdulillah lama2 dah ok. Tapi bertahun juga ambil masa.

Dulu aku tak kerja mungkin juga orang kurang senang selalu nampak macam aku malas ja kan. Duduk rumah jaga anak ja.

Sekarang aku dah ada kerja sendiri income aku lagi banyak dari suami. Banyak yang aku tanggung komitmen.

Masa ni barulah aku nampak macam aku ni menantu berguna, kalau tak rasa macam isteri yang suka menghabiskan duit suami ja (bagi orang la).

Panjangnya cerita aku, sorry kalau berbelit2 sebab aku tak tahu nak mula dari mana, sambil type sambil dengar anak meragam.

Sejak kebelakangan ni aku rasa down sebab ayah aku tak berubah walaupun dah umur 50 lebih.

Dia tak solat, dulu solat juga sekarang tak tahu nak cakap seminggu sekali macam tu kot. Dia sakit dan dia pencen awal tapi tak juga terbuka hati nak berubah.

Ayah juga senang cerita kaki ketum. Kalau tak dapat benda tu dia suka marah2 bila dah dapat baru ok tapi kadang2 suka cakap merapu dan pelupa.

Baru2 ni aku ada beli penawar ketum kat ayah, tapi aku dapat tahu ayah tak makan pun ubat tu. Dia makan ubat tu sekejap ja.

Sedih aku sebagai anak teringin nak tengok ayah aku macam ayah orang lain.

Sekarang ni jarang dah aku contact ayah bukan sebab tak ingat tapi sebab aku kecewa.

Aku tak pernah putus doakan dia diberi petunjuk dan hidayah. Aku kesian kat mak aku.

Ramai sebelum ni buat solat hajat minta dia sembuh apa semua tapi diri dia sendiri pun tak solat, dia selalu mengadap telefon saja tengok youtube.

Dia selalu cakap rindu anak2 yang jauh. Bila kami balik kami nak sembang2 dia pulak dok mengadap fon saja. Aku dah bosan dengan perangai ayah.

Ada cara lain lagi ke untuk ubah dia? Selain dari doa..

Terima kasih semua.

– Wawa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *