Family Aku Teruk

Assalammualaikum, aku Zara. Umur 20 tahun. Aku nak cerita pasal kisah keluarga aku, aku anak ke 3 dari 4 adik beradik, aku ada 2 orang kakak, satu adik lelaki. Kakak kedua aku kahwin masa umur aku 15 tahun. Dia masa tu 19 tahun. Aku masih remaja jadi ilmu agama aku masih cetek lagi.

Masa kakak kedua aku kahwin, arwah ayah aku masih hidup lagi, jadi dia setuju kakak aku kahwin dengan suami dia (masa tu umur suami dia 20 tahun) suami dia baru habis stpm, kakak aku berhenti stpm, setengah jalan jelah dia belajar pastu kahwin, kakak aku dengan suami dia kerja retail, jadi kerja shift.

Masa sebelum kahwin tu, bapa aku cakap dorang boleh duduk dalam rumah tu lagipun Zara (bapa aku mention aku), dalam rumah pakai t-shirt dengan seluar panjang, kira sopan la, ni memang pakaian aku dlm rumah memang dah biasa, sebab aku sorang je anak perempuan duduk dalam rumah tu,

kakak sulung aku dah lama duduk asing, dengan housemate dia, jadi aku pun tak kisah la sebab aku masa tu umur 15 tahun, masih muda lagi nak kenal dunia belajar semua.

Jadi kakak aku dengan suami dia tinggal la dengan satu family aku ni dalam rumah flat 3 bilik, bilik pertama mak ayah aku, bilik kedua, aku sorang, bilik ketiga, dorang berdua suami isteri, adik lelaki aku tidur ruang tamu,

Then masa aku form 5, umur 17 tahun, aku belajar kat sekolah dalam subjek Pendidikan Islam yang aurat dengan abang ipar sama dengan aurat lelaki bukan mahram,

Sebab dia kita tak boleh sentuh, so abang ipar aku tu bukan mahram, aku terkejut gila bila tahu, dalam otak aku rasa cam aku buat dosa, sebab kat luar rumah aku bertudung, tutup aurat semua, stoking pun aku pakai.

Aku sumpah terkejut dan aku pelik kenapa bapa aku bagi tinggal sekali, pastu bapa aku meninggal dunia lepas aku habis SPM, aku masih trauma sebab bapa aku meninggal dalam tidur je, dan macam tiba2, pastu bapa aku ada tinggalkan wasiat dulu,

aku takde la kaya mana, tapi bapa aku ada beli 2 rumah flat je, pastu rumah flat ni kita orang sewakan kat orang lain, then mak aku ajak kita orang (5 orang) pindah kat rumah teres, lagi selesa, so cari la rumah teres untuk sewa (rumah yang aku duduk sekarang).

So nak pendekkan cerita, dah 5 tahun kakak dengan abang ipar aku duduk sekali dengan aku, mak aku, adik lelaki aku dalam rumah teres 5 bilik ni, mula2 aku tak kisah, tapi lama-lama aku tak selesa sebab isu aurat,

pastu aku rasa tak bebas dalam rumah sendiri sebab ada lelaki bukan mahram, dulu aku rajin tutup aurat keluar rumah, sekarang aku jadi malas nak pakai stoking, tapi masih pakai tudung la.

Abang ipar aku ni okay je baik cuma dia malas sikit, aku tak tahu dia kenapa tapi semua kakak aku tanggung, dia kerja pun tukar2, dan sekarang dia kerja Grab rider, aku support je dia kerja ni asalkan ada kerja,

tapi tu pun berdasarkan pemerhatian aku la, dia bawak Grab area ni je dan bawak pun dalam 2-3 jam pastu balik main game Xbox ni apa tah game tu yang main dekat tv. Aku nak tengok tv pun tak senang.

Baru2 ni macam dia dah tukar kerja, alhamdulilah aku bersyukur aku harap dia jadi lelaki yang bertanggungjawab la sebab apa yang aku nampak, kakak aku yang tanggung dia lebih dari dia tanggung kakak aku, banyak barang guna duit kakak aku, ada jugak aku dengar dorang gaduh sebab dia ambil duit kakak aku.

Kakak aku lagi la pemalas, dia kerja ye aku tahu, tapi bila hari dia cuti, dia baring je kat rumah, pastu semua kerja rumah aku yang buat, aku dah belajar, (diploma) pastu aku kena hadap kelas online, ada sem kelas f2f aku pergi, masa sem lepas, aku kelas f2f so kena pergi kolej, kolej pun aku pergi naik grab, balik pun grab,

Kolej aku 15 minit je dari rumah tapi mak aku tak leh hantar, dia suruh aku pergi sendiri. Adik aku yang sekolah dia 30 minit lebih dari rumah, hari2 mak aku sanggup hantar padahal adik aku ada motor sendiri.

Kelas aku start pukul 8.30 pagi, adik aku macam biasa sekolah kan kena hantar pukul 7 pagi, lagi awal mak aku kena bangun, tapi aku still pergi sendiri.

Pastu aku dah la lepas kolej aku kerja part time tau, dari kolej terus masuk kerja, aku habis kelas kul 4 petang tau, pastu kena masuk kerja kul 5 petang sampai 10 malam, pastu aku bawak baju kerja gi kolej, balik je kolej terus naik grab pergi tempat kerja, pastu tukar baju kat fitting room tempat aku kerja tu,

Then makan pun rushing pastu thumbprint kul 5. Kalau jumaat – ahad aku kerja full, 10 pagi – 10 malam, kerja retail, tapi still kerja rumah aku kena buat, kalau tak buat mak aku bising, aku penat dengar dia bising, padahal tu pinggan mangkuk kakak, adik dengan abang ipar aku guna, aku lak kena basuh.

Pastu duit gaji aku dapat dalam RM 900-1200 ikut la working hours yang aku kerja, kalau aku banyak kerja full, banyak la gaji, then mak aku cakap aku tak bagi duit kat dia, pastu dia cakap kakak aku bagi mak aku RM 500 sebulan,

Weh aku kerja part time kot, tu pun duit tu aku self reward beli pakaian, buku, dan jalan2 pastu duit tulah aku beli tudung raya dengan kasut raya, baju raya aku pakai tahun lepas punya je. Gaji kakak aku masa tu dalam RM 4k sebab komisen dia tinggi,

Sekarang bila kakak aku tak bagi duit dah, baru mak aku sayang aku lebih sikit, sekarang baru dia support aku yang kakak aku kena tinggal asing, dulu kakak aku nak keluar rumah, dia pujuk kakak aku jangan keluar.

Mak aku memang lebihkan adik lelaki aku sebab dia seorang je lelaki, so semua benda aku je salah, dorang masak, pinggan bersepah salah aku gak, bukan dorang, mak aku selalu lebihkan adik dengan abang ipar aku, aku selalu lepas mulut tegur abang ipar aku, pastu mak aku marah aku balik, jadi aku pendam jelah.

Aku dah ada Lesen P, nak hampir 2 tahun dah aku ada lesen ni tapi aku takde kereta, aku minta mak aku belikan aku kereta secondhand, tapi dia kata nanti nanti, aku pun sabar jelah, tengok2 mak aku belikan untuk adik aku motor, adik aku baru ada lesen L dah ada motor weh,

memang aku nangis teruk, padahal aku yang perlukan kereta sebab aku dah pandai bawak, adik aku tak reti bawak motor.

Sekarang aku nak pergi mana2 kena naik grab, dah la mahal, suruh mak aku hantar, dia cakap dia busy, mak aku ada business sendiri. Pagi keluar pukul 10 pagi balik 10 malam sebab pergi tengok kedai dia,

memang ada pekerja jaga tapi dia hari2 tengok, kalau dia ambil cuti dia keluar dengan sorang kawan dia, ya aku faham dia single mother nak jalan2 gak tapi aku pun nak jalan.

Pastu masa aku sekolah rendah, aku ingat lagi kakak kedua aku ni cakap aku paling bodoh antara kita (adik beradik) sebab aku selalu failed maths, aku memang tak minat maths langsung,

Bila aku dapat C dalam SPM aku baru dia dah stop cakap aku bodoh, sekarang aku dapat dean list, pointer 3.7 ke atas, pastu bila aku cakap something, dia cakap yelah kau kan belajar tinggi, aku ni takat spm je.

Adik beradik aku tak pernah hormat aku, dorang selalu anggap aku bodoh, tapi aku buktikan kat dorang, aku belajar rajin2, aku baca buku, aku ni ulat buku dari kecil lagi tapi dulu takde duit nak beli,

Bila dah besar kerja part time baru mampu beli, jadi bila ada something yang aku cakap ilmu baru ke dorang tak dengar pun, dorang cakap benda ni fake la apa la so aku diam jelah.

Masa pergi main badminton aku disisihkan, beregu 2 lawan 2, jadi kakak pertama aku dengan adik lelaki aku satu team, kakak kedua aku dengan suami dia satu team, jadi aku duduk tepi je kutip bola, rasa sedih la masa tu nak nangis tapi takut orang nampak, kita orang main kat badminton court tingkat atas mall so ramai orang,

Bila round 2 baru bagi aku main tu pun dorang tak nak main sebab alasan dorang penat, so aku main dengan kakak sulung aku jelah, kakak sulung aku ni baik la sikit walaupun dia suka rendahkan aku jugak tapi aku malas nak layan sebab dah biasa.

Baru2 ni aku gaduh dengan kakak kedua aku, sebab dia cakap dia tak suka suara aku, dia tak suka aku bercakap, dari dulu lagi aku insecure dengan suara aku sebab kakak, adik dengan mak aku tak suka bila aku bercakap,

Tapi bila aku tanya kawan2, dorang cakap suara aku okay je, entah la, pastu aku terasa la then aku lepaskan semua yang aku pendam, aku cakap la suara ni Allah yang bagi, aku bersyukur Allah bagi aku bercakap, ada orang bisu tak leh bercakap.

Pastu aku sambung lagi, aku luahkan semua yang aku tak suka dia dengan abang ipar aku duduk sini, sebelum ni pun aku pernah ulang gak benda ni sampai dia buat drama ambil bag nak keluar rumah,

Pastu mak aku halang, mak aku cakap aku teruk la apa la, sekarang aku tahan so aku cakap la isu aurat dengan abang ipar semua, pastu aku cakap la dia tu penunggang agama, sebab masa dulu reason dia tak nak keluar rumah-

Sebab rumah teres sekarang ni, mak aku bayar sewa dia hasil kutipan sewa rumah flat yang 2 tu, kan tadi aku cakap ayah aku ada 2 rumah flat yang dia beli, so tu harta faraid, so semua anak kena dapat,

Dia yang cakap nak bahagikan harta tunggu umur adik aku 18 tahun dulu, sekarang adik aku baru 17, so tak bahagi lagi la harta semua, then dia tunggang isu faraid cakap dia berhak duduk rumah ni sebab hasil harta faraid, yang mak aku bayar.

Bayangkan tau dah 5 tahun tinggal dengan kita orang, aku sabar je weh, hari2 aku mengadu kat Allah supaya dia keluar dari rumah ni, aku rasa berdosa tunjuk aurat aku (rambut dengan lengan) kat abang ipar aku,

Aku tak tahan dah, tak kan dalam masa 5 tahun abang ipar aku tak leh kumpul duit beli rumah ke, sewa ke, dorang tahu hidup menumpang je, dah kahwin tu bina la hidup baru,

Pastu dulu dia selalu complaint dia takde privasi DAH TU KAU YANG PILIH NAK DUDUK DENGAN KITA ORANG, TAK KAN AKU NAK DUDUK JE DALAM BILIK AKU TAK KELUAR TENGOK TV PERGI RUANG TAMU, TAK KAN AKU TAK MAKAN WEH, DAPUR SEMUA KAT BAWAH, SO AKU KENA TURUN LA BAWAH NAK PERGI DAPUR.

Masa satu hari tu aku turun bawah nak pergi dapur ambil makanan sebab lapar, kakak aku tengah baring kat riba suami dia, bila aku turun, dia cepat2 bangun, la aku tak kisah pun, pastu dia buat muka, aku rasa bersalah la hmm.

Ya, aku cakap dia penunggang agama sebab dia mention isu faraid bila aku suruh dia duduk asing, tapi dia tu tak fikir ke pasal aurat aku dengan suami dia? HA KAN DAH TUNGGANG.

Aku baru habis intern aku and dah submit final report, then tunggu result je and tunggu full transcript Diploma pastu aku nak apply masuk Degree cepat2, sebab tak sabar nak keluar dari rumah ni duduk asrama, kalau dia tak nak keluar, biar aku je yang keluar.

Masa Diploma aku tak duduk asrama sebab kelas online rasa cam membazir je tapi bila fikir balik asal la aku tak duduk asrama, takde la aku kena kemas rumah yang dorang sepahkan,

Lepas aku bersuara pasal benda tu, dia cakap kat mak aku, dia tak nak maafkan aku, suka hati dia la tak nak maafkan aku ke apa, pastu kalau gaduh sebelum ni, asyik aku je yang minta maaf, dia langsung tak minta maaf weh.

Dah la tak masak dalam rumah, mak aku yang masak, tu je yang suami dia makan, mak aku masak untuk satu family, pastu rumah aku kemas, dorang yang sepahkan, adik aku pun sama je pemalas,

Dorang kalau dah sidai baju kat luar tu, memang tak akan ambil dah, sampai la aku yang kena ambil, tu pun biarkan je baju kat ruang tamu, tak reti nak bawak pergi bilik masing2.

Sampai sekarang la aku tak bercakap dengan kakak aku tu, abang ipar aku tu okay sikit la dari kisah abang ipar lain yang aku baca, (yang raba semua) alhamdulilah aku tak kena macam tu tapi aku masih tak selesa sebab isu aurat, dengan isu dia asyik main game kat tv ruang tamu, pastu kuali tak basuh,

Sendiri masak basuh la, aku je asyik dipersalahkan oleh mak aku, mak aku balik rumah tengok ada kuali tak basuh, dia marah aku, bila aku cakap tu abang la yang masak, mak aku terus diam, masuk bilik.

Dah lebih 5 bulan mak aku belikan motor untuk adik aku dengan alasan, nanti dia bawak motor pergi sekolah, benda tu hanya berlaku dalam mimpi je weh,

Adik aku masih dihantar oleh mak aku pergi sekolah hari2, motor tu ada je kat rumah tergendala macam barang antik. Sampai kucing jiran pun suka duduk atas motor tu, sebab takde sape guna.

Aku sekarang duduk kat rumah jelah, tengah berusaha cari kerja part time, bila kerja ni takde la kena hadap dorang hari2 kan, malam balik terus tidur pastu pagi pergi kerja balik, aku lebih suka bekerja sebab takde la jumpa dorang, aku baru je habis report dengan presentation aku hujung bulan 9 lepas,

Sekarang bulan 10, tengah cari kerja part time area rumah aku yelah aku takde kereta so kena cari yang dekat2 je untuk jalan kaki dalam 5 minit camtu, area rumah aku ni ada mall so boleh la cari kerja part time.

Sebenarnya masih ada banyak lagi nak cerita, tapi kalau nak cerita dah jadi novel, bukan luahan dah tapi sampai sekarang aku tak leh lupa yang kakak aku pernah cakap aku paling bodoh antara kita dan lagi satu dorang suka panggil aku pengemis, sebab suka meminta – minta, dulu bila adik aku pergi mydin dengan ayah aku,

Dia akan beli barang untuk dia, takde barang untuk aku, aku minta coklat sikit, dia cakap aku pengemis, hari ni bila aku mampu beli coklat sendiri, masa aku kerja part time dulu gaji aku yang sikit tulah aku belikan adik aku skincare, deodorant, sabun untuk dia kat Watson tau,

Dah la mahal tapi aku tak berkira. Sebab dia yang mintak jadi aku pun belikan, yelah aku ni lembut sangat, entah la aku ni mudah kesian sangat kat orang lain lagi2 kalau family aku sendiri, tapi dorang buat teruk.

Terima kasih sebab baca luahan aku, dah lama aku simpan, yang tahu pasal benda ni 2 orang kawan aku je tu pun aku mula luahkan tahun ni, bertahun aku pendam.

Ye aku pernah hampir bunuh diri tapi ada je benda yang halang aku, mungkin Allah selamatkan aku untuk tak buat benda tu. Aku nak jumpa therapy tapi takde duit sebab students kan nanti aku nak kumpul duit jumpa therapy la. Doakan aku semua.

Terima kasih admin dan kepada semua pembaca.

– Zara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *