Family Belah Suami Kerap Bertanya Tentang Zuriat

Assalamualaikum.. Saya nak kongsikan cerita sepanjang tempoh saya mendirikan rumahtangga setahun lebih. Saya dan suami masih belum dikurniakan zuriat.

Sebelum bernikah pun sudah beritahu pada suami, saya memang tidak mahukan zuriat terlalu awal kerana kesibukan mencari wang.

Suami pun setuju kerana suami pun sudah mempunyai tiga orang anak bersama bekas isterinya.

Bila dalam tempoh perkahwinan, tahun pertama pun saya dah banyak ditanyakan tentang soal zuriat oleh orang yang sama.

Malah ada orang yang saya tak pernah bertegur sapa, tiba-tiba keluarkan soalan, “belum ada anak lagi? Sudah lama kahwinkan? Lebih elok kalau ada anak dengan cepat.”

Pada tahun pertama, hati saya kental lagi nak hadap dan jawab dengan senyuman. Adik beradik ipar perempuan saya pun sering tanya setiap kali ada perjumpaan keluarga.

Sedangkan pada awal dulunya saya sudah jawab dengan jawapan yang jelas. Lama kelamaan soalan tersebut sudah menjadi seperti tekanan dan sindiran pula.

Dari saya rasa perkara itu biasa, sampai luarbiasa pula jadikan isu zuriat ni.

Saya adukan pada suami tentang sikap adik-adik perempuannya tetapi suami tidak berapa mengerti perasaan seorang isteri.

Dia cuma memberi respon yang paling mudah. Dia suruh saya jawab “belum rezeki” pada mereka yang bertanya.

Suatu hari ada kenduri di rumah mertua.

Hari pertama berkumpul, adik ipar tanya kepada saya dan suami “merancang ke?”. Saya cuma jawab tidak merancang.

Pada keesokan harinya pula, semasa ketiadaan suami saya, adik ipar perempuan saya bercakap di depan saudara perempuannya, dengan nada memerli.

Katanya “keluarga kami subur.”

Jadi ayat itu membuat saya terasa seperti tidak ada zuriat ni salah pada saya. Sedangkan itu adalah hak Allah.

Bila saya adukan pada suami, suami menidakkan cara saya pula. Jadi saya seperti hadap tekanan ni seorang diri bila berkumpul dengan keluarga mereka.

Nasib saya baik kerana keluarga dipihak saya semuanya tidak pernah ajukan soalan sedemikian.

Dari saya bujang, mereka tidak pernah soal tentang kerja Allah. Seperti “bila nak kahwin”. Sekarang pun tak pernah dapat soalan “bila nak ada zuriat”.

Sebab itu saya kerap elakkan diri dari sentiasa nak bersemuka dengan ipar perempuan yang pernah mengguris hati saya.

Bagi saya, jangan kata sikap mereka itu adalah perkara biasa. Kerana mereka menyentuh tentang hal yang sensitif untuk orang yang belum berzuriat. Dan menyentuh tentang kerja Allah.

Saya cuma doa supaya diri saya kuat hadap ujian begini.

Andai kata satu hari nanti sudah ada seorang anak, mesti akan ditanya pula tentang bila mahu ada anak kedua. Saya fikir ni adalah normal.

Cuma saya tekanan dengan soalan. Saya tak tekanan sebab belum ada anak. Saya pun sibuk menguruskan urusan pekerjaan dan perniagaan kecilan saya.

Saya sendiri pun tidak tertunggu sangat untuk berzuriat. Tapi jika Allah memberi rezeki tu pada saya, saya hanya terima.

Cuma saya tak boleh terima sikap mereka yang seperti tiada adab untuk tanya soalan tentang kerja Allah berulang kali pada saya.

Sekian perkongsian cerita saya.

– Scha al Shah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *