Family Besar , Masalah Besar

Assalamualaikum semua (jawab tau). Itu pun
kalau luahan hati aku ni admin sudi siarkan. Pertamanya, maaf kalau luahan hati aku ni, tak menarik sangat.

Aku kenalkan perihal aku dulu even aku nak cerita pasal lain. Aku nia ( semestinya bukan nama sebenar ) berumur 25tahun dan sekarang dah berkerja hampir dua tahun as goverment servant. Sebenarnya korang, aku nak cerita pasal famili sebelah mak aku. Dah lama aku tahan, cuma tak tahu nak cerita kat sapa kan.

Mak aku datang dari famili besar, tak silap aku berbelas adik beradik. Dan semestinya aku kenal dengan semua mak dan pak sedara aku nih walaupun tak kamceng bagai jari kelingking dengan jari manis. Perlibahasa pulak kan.

Mak aku ada seorang adik yang masih belum berkahwin, pendek kata andartu lah kan. Almost 50 series aku rasa. Dia sekarang tinggal dekat rumah peninggalan nenek aku. Kira tanah rumah pusaka. Dia tinggal dengan 4 orang sepupu aku yang kehilangan mak sejak depa kecik lagi. So, aku gelarkan mak sedara aku yang ni cik ros. Kiranya, cikros dah bela 4 beradik ni macam anak dia sendiri lah. 3 perempuan, sorang lelaki.

Kenapa aku highlight kan cikros saja sedangkan aku ada berbelas lagi mak pak sedara? Sebab cikros ni banyak buat mak aku terasa hati. Mak aku nak yang ke 4, boleh kita kata kakak yang tua jugak lah kan. Orang yang patut kita hormat sebab ikut cerita adik beradik mak aku, mak aku dan akak2 dia yang lain berkerja keras time muda remaja dulu sebab nak sara adik2 mereka yang lain.

Banyak hal secara langsung atau tak langsung, mak aku betul2 sedih sebab perbuatan cikros. Beberapa tahun lepas, rumah aku licin. Licin kenapa? Sebab dijilat api. Semua, lesap sekelip mata je. Korang bayangkan keluarga kami waktu tu? Ye, kami harapkan bantuan dari sedara mara lah kan. Aku baru masuk belajar masa tuh. Mak aku ni berbadan besar, kebetulan cikros aku pon berbadan besar. Jadi mak aku call cikros nak mitak sehelai dua persalinan yang muat dengan mak aku kan sebab bantuan pakaian dari orang lain yang kami dapat mak aku tak muat. Sedih aku tengok mak aku masa tu. Tapi malang, korang tau bila cikros aku datang melawat kami? Selepas tig hari kejadian. Mak aihhh. Itu pun, dia bawak kain batik yang buruk, lusuh peninggalan arwah nenek aku. Sebak aku tengok muka mak aku. Ni ke adik yang dia sayang selama ni? Itu pun, dia singah tak sampai sejam dekat pondok kami anak beranak berteduh sementara kami usahakan rumah baru kat tapak yang sama.

Pernah sekali, kes harta pusaka dibangkitkan. Dan semestinya mak aku as kakak2 yang tua sikit, adik beradik lain mitak pendapat. Mak aku cakap setuju saja kalau nak jual tanah dan rumah pusaka tu sebab dah lama nenek aku meninggal, tapi pasal pusaka tak dibincangkan konon kesiankan cikros aku nak tinggal mana kalau jual. Tapi, cikros tuduh mak aku gilakan harta. Korang, mak aku dah cukup segalanya. Anak2 dia (aku dan adikberadik aku lertu) usahakan apa yang boleh untuk gembirakan hati mak bapak kami. Rumah baru kami lepas terbakar lagi elok, perhiasan rumah lagi banyak, aku tak bagi bapak aku berkerja sebab aku dan adikberadik mampu sara depa. Mak aku tak hadap tanah sekangkang kera tu. Mak aku kesiankan arwah nenek aku. Harta pusaka jangan buat main korang. Mak aku diam lepas kes gaduh pasal harta tu.

Tapi korang, sejak kebelakangan ni makin menjadi pulak cikros aku ni. Disokong pulak dengan sikap kurang hajar sepupu2 kau yang dimanjakan oleh cikros ni. Salah sorang dari mereka aku gelarkan Anne ni dah mengharubirukan ukhuwah famili sebelah mak aku ni. Anne kurang hajar dengan salah sorang pak sedara aku (dalam group whatapps). Benda ni bukan aku tahu sangat sebab aku memang tak termasuk dalam group famili besar tu. Aku jenis malas nak masuk campur. Bayak mengarut dari yang benar. So abang aku sorang je yang wakil dari famili aku yang join group tu. Cikros aku tetap menangkan sepupu kau yang salah ni. Ada ke patut kan? Dia sebagai orang tua, penjaga Anne tu dari kecik, kena la tegur silap salah Anne tu kan? Lagipun, Anne kurang hajar weyh. Kena tegur.

Disebabkan cikros pun degil, perangai ntah hape hape bersubahat lagi dengan Anne dan adikberadik dia, pak sedara aku halau Anne dab beradik keluar dari rumah pusaka tu. Agaknya geram sangat kot. Dah banyak kali sebenarnya Anne dan beradik buat perangai. Tapi pak mak sedara aku biarkan sebab konon kesian. Anak2 kurang kasih sayang ibu kan. Tapi gaya mereka macam tak besyukur. Bagi aku, ni semua ajaran dari cikros aku jugak. Dari kecik duk menangkan mereka, tak pernah marah. Manjakan mereka lebih dari yang sepatotnya.

So, rumah pusaka tu tetap mak, pak sedara aku nak jual. Dah takde belas kasihan kat depa. Mak aku cakap, kalau depa nak jual dengan anakberanak, mak aku suruh aku beli rumah tu. Dan benarkan cikros aku dan kuncu2nya tinggal kat rumah tu. FOC. Kata mak aku, kalau boleh dia nak selesaikan cepat2. Nak bagi arwah nenek aku senang. Entahlah korang, kalau korang? Korang fikir macam mana?

Sorry sangat, ambil masa korang baca confession hal2 macam ni. Sory tau. Thanks korang. Jangan kecam aku tau. ;)

– Nia anak mak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit