Family in Law Dari Neraka II

Untuk part I, (https://iiumc.com/family-in-law-dari-neraka/).

Sebelum aku menyambung kisah aku yang bagi aku lucu ni, aku nak berterima kasih untuk admin IIUM Confession sebab sudi siar cerita aku.

Aku scroll scroll comment. Ada yang support aku. Ada yang cakap aku ni watpadd writter. Sedangkan sudah di awal penceritaan kisah aku, aku cakap aku nak orang tau, family toxic ni wujud.

Bagi yang support aku. Terima kasih, Atas doa doa baik kalian. Bagi yang bercakap aku ni delusional. Sombong bodoh. Bongkak dan sebagainya. Terpulang.

Aku ni buat timeline untuk pembaca IIUM Confession. Part by part aku cerita.

Aku ni perempuan yang jenis tak ambik port langsung pasal hal orang. Aku lah manusia yang paling tak ada hal pun.

Tapi disebabkan aku punya perangai yang tak ambik port ni lah aku ni dipijak pijak macam semut.

Kejadian first yang aku cerita pasal adik ipar aku yang bersetubuh dalam rumah aku sendiri.

Walaupun aku tengah sarat, mual, sikit lagi nak mati. Tapi aku masih mampu kawal kemarahan dan mintak dia bersihkan dan pulangkan semula kunci aku. Tapi apa adik dia buat?

Konon-konon nya dia cakap yang kami ni bagi kebenaran dia duduk rumah ni so suka hati dia nak buat apa.

Tone voice aku sangat slow and perempuan tu aku mintak keluar rumah SECARA BAIK.

Secondly, family lelaki tu memang tak suka aku sejak azali.

Sebelum aku kahwin dengan suami aku lagi dah macam-macam perangai diorang tunjuk.

Tapi sebab hati aku keras, jenis tak kisah aku gerak je perkahwinan aku. Kenapa aku boleh cakap yang diorang memang tak suka aku dari dulu?

Sebab waktu zaman bercinta dengan laki aku, aku datang raya jauh-jauh dari Penang ke Selangor, hanya untuk dijamah kuih dan lilahitaalaa mak bapak diorang sorang pun tak keluar.

Hanya laki aku je time tu jamah aku air and biskut raya.

Yang paling aku ingat sampai aku dah ada anak tiga ni, masa aku raya, lauk-pauk tu ada ye tapi diorang simpan aku suruh jamah kuih je.

Siap suruh laki aku time tu bawak je aku makan luar. Punya pedih la hati aku.

Aku nampak ye lauk-pauk yang sedap tu, makanan raya yang sedap tu. Lemang ketupat, tak dijamah even sesuap.

Adik beradik perempuan dia pulak memang dah lama buruk kan aku dekat parents dia. Alasan tak pakai tudung dan suka bertabarruj memang aku dah lali.

Tapi aku kisah apa? Aku kahwin jelah. Thirdly, waktu aku mengandung, Suami aku naik kapal, aku sorang.

Anak aku demam denggi, Aku mintak FIL aku hantar kan aku dengan anak aku pergi hospital sebab aku tak boleh drive dengan mabuk mengandung, anak muntah-muntah dan menangis.

Aku call FIL aku, diorang boleh suruh aku call ambulans. Sebab diorang cakap tengah bawak bonda makan-makan ni.

Bayangkan aku tahan sakit sorang-sorang family aku jauh. Aku gagah jugak call ambulans. Berhari-hari bertapa kat wad tu, Seekor pun tak melawat, bertanya khabar? Langsung tidak.

Tu belum cerita part yang aku mengidam sangat-sangat, tapi memang beli, Tapi beli, anak-anak lain makan. Aku nak bau makanan tu pun tak sempat. Penaya aku ke apa ni?

Aku time tu redha je anggap tak ada rezeki. Tapi kalau dah berkali-kali bukan tak ada rezeki, Memang family sekat rezeki la kot, hihihi.

Bila aku dah dilayan macam sampah, mestilah ak ni bertekad nak balik rumah mak bapak aku. Aku dilayan sangat baik, aku happy je duduk sana.

Then bila aku upload ak dapat makanan yang aku mengidam kat facebook, atau apa-apa je pasal happiness aku dalam media sosial,

Kemain pulak family belah sana play victim cakap aku ni itu ini, Walhal, satu perangai buruk diorang tu tak pernah ku bukak to my family and my husband ok.

Part yang aku dah ada anak ni lagi lah mencabar keimanan aku, Boleh pulak kasih sayang antara cucu-cucu dan anak buah dibanding-bandingkan?

Kalau anak aku tu macam anak sial je diorang buat, Tapi bila anak-anak adik beradik laki aku yang lain macam puteri raja engkorang layan kan? Anak aku kena tolak sampai jatuh, berdarah-darah lutut.

Menangis-nangis budak tu boleh korang cakap anak aku mengada.

Tapi bila part anak diorang tu, anak aku rampas mainan sikit je, terus cakap “Mak bapak budak ni tak ajar” . “budak ni kasar “ Mana tak menyirap darah aku ni tuan-tuan dan puan-puan?

Bila diorang sambut birthday anak-anak diorang, tak jemput eh anak aku. Budak-budak kot, mesti lah suka birthday party ni,

Sampai anak aku tanya “Mommy, kenapa kami tak pergi birthday itu ini” Alih-alih salahkan mommy la kan sebab mommy tak bawak? Padahal memang haram tak dijemput pun.

Bab makanan, macam mana diorang layan ak dulu macamtu la diorang layan anak-anak aku, McD, KFC, langsung tak pernah hulur even depan mata ye? Katanya tak elok untuk budak-budak.

Tapi cucu lain elok je enkorang suap, Coklat-coklat yang beli kat kedai runcit yang berapa sen sangat pun anak aku tak pernah dapat.

Duit raya? Aku mati pun belum tentu diorang hulur. Tapi aku sebalik nya, Budak-budak tak pernah aku nak campur adukan.

Semua aku bagi, aku beli. Tapi balasan diorang kat anak aku? Korang fikir la sendiri

Tipu lah kalau aku ni tak nak belaian seorang kasih sayang mak atau bapak mentua.

Teringin tengok family orang lain normal je hadiahkan mak mentua itu ini, disayangi oleh mak mentua. Beli barang emas untuk menantu. Semua tu aku tak dapat ye.

Korang rasa tak bongkak lagi ke kehidupan aku kalau bertahun aku dan suami telan benda ni?

Kalau nak story lagi boleh request okay, Aku nak cerita lebih-lebih takut panjang pulak.

Terima kasih semua!

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. bertabah sis. moga yang baik2 saja buatmu yg byk bersabar.
    sy alhamdulillah dh nk msuk 10thun tggl dgn mertua. sume baik2 lyn sy dn ank2. boleh dikatakan mak pak saudara sepupu2 belah suami semua baik. dn family sy jgk pon baik dgn suami dn family suami. bersyukur sgt.

  2. Salam sis,

    Untuk pengetahuan sis, situasi sis sama macam saya. Suami saya anak no 3 dari 4 beradik dan yg boleh dikatakan mempunya kerja dan gaji yg lebih dari adik beradik yg lain.

    Mmg saya pon menantu yg tak disayangi, anak2 saya pon dipilih kasih, dan harta anaknya (suami) macam ibarat harta mereka. Rasanya mereka iri tengok kami senang disebabkan suami berduit. Sampaikan adik beradik suami pon patut diberi sama rata padahal yg mencari duit adalah suami.

    Macam2 kami kena dari awal kawin sampailah kemuncaknya abis suami terpaksa membayar loan peribadi yg dihabiskan utk adik beradiknya sehingga sekarang. Harta pon ada yg depa anggap adalah harta mereka.

    Saya pernah dimaki depan org, suami juga dikutuk kata anak derhaka sbb mengikut kata isteri. Hanya disebabkan kami beharta lebih sikit dari adik beradik yang lain dan mak bapa pon nak juga senang mcm kami. Padahal bukan tak bagi apa saja yg tak bagi. Tapi masih tak puas hati.

    Last sekali sekarang ni wlpn kami duduk dekat dengan inlaw kami banyak buat hal sendiri dan menjauhkan diri even dengan adik beradik suami sbbnya kami dah penat dengan hinaan, abis semua duit dihabiskan untuk mereka, dan fitnah.

    Apa yg sis kena tu mmg lebih kurang mcm kami, cumanya yg bahagian adik bawa perempuan itu takda dalam kisah kami. Tapi bab menghabiskan duit dan nak ikut kami kemana dan saya tak boleh langsung melebihkan mak bapak saya. So kalau apa2 kami buat senyap2 ja dulu-dulu.

    Dan saya bukannya seorg yg suka memarahi mertua dan ditegah suami juga, wlpn saya tak suka saya terpaksa mendiamkan diri hanya meluahkan kepada suami sahaja. Akhirnya, suami sendiri sedar diri dia dipergunakan dari dulu dan dia sendiri yg menjauhkan diri dari keluarga toksik. Saya juga lebih tenang sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *