Family Ketagih Hutang

Salam semua. Macam mana nak buat dekat adik beradik ketagih hutang? Aku rasa macam nak lari dari rumah.

Aku tinggal dengan family aku, sorang abang, sorang adik. Semua dah bekerja biasa-biasa. Ayah aku dah tak bekerja, mak aku suri rumah.

BNPL. Aku benci betul benda ni. Hutang mudah ni buatkan aku nak lari dari rumah.

Sejak ada BNPL, adik beradik aku lagi ligat beli macam-macam kehendak pakai BNPL. Beli barang kecik pun nak BNPL.

Kalau bayar sendiri takpe, tapi hampir tiap bulan akan minta ‘pinjam’ dekat aku sebab nak bayar BNPL. Baik adik atau abang..

Mujur mak bapak aku tak berminat nak shopping online. Diaorang suka pegi kedai je.

Aku nak call pun susah sekarang. Selalu tak berangkat. Takut agen hutang call. Dah tu, bayarlah hutang tu.

Masalahnya aku tersepit — aku sampai sesak asyik ‘tolong’ bayarkan, kalau tak tolong, ditariknya muka merajuk, tengok muka aku macam nak kena pukul.

Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Hmm akhirnya aku yang mampus.

Paling bodoh sekali bila abang aku pegi beli slingbag branded sampai RM3k, padahal tak sedar diri gaji sendiri pun cuma separuh dari tu.

Bayaran installment dekat PS. Bila hujung bulan, terhegeh-hegeh minta aku tolong bayarkan. Katanya aku takde komitmen.

Adik aku perempuan, pun sama naik jugak. Beli baju raya, tudung, skincare, makeup sampai beratus-ratus, pakai BNPL. Hujung bulan cari aku.

Panas je aku tengok instagram dia kemain melaram, followers kemain puji cantik, padahal semua hutang.

Aku rasa dah jenuh mak bapak aku nasihatkan dorang berdua, tapi tak makan saman.

Lepastu mak kan, mestilah akhir sekali dia pujuk aku untuk bantu adik beradik. Mak tak suka tengok anak anak mak bergaduh.

Apa yang aku patut buat? Lari dari rumah, putuskan hubungan dengan dorang?

Aku risau hidup aku pulak tak berkat nanti sebab parents aku mesti kecewa kalau aku buat macam tu. Tapi aku tersepit.

– Kamalia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Perkara yg melibatkn ‘hutang’ ni bkn bole buat main2, sbb klaw x byr utang, org bole cari kita hingga ke ‘lubang cacing’.. cuba nasihatkn abg n adik bradik yg lain tu, sbb yg jd tempat diorang nk mintak tolong ialah awak.. buat ‘perjanjian’ bertulis dgn diorang, (taip sendiri pon bule), tentang bila n bgaimana nk slesaikn utang dgn awk.. utk yg ke dpn nt, bagitau siap2 yg diorang kna setel sendiri, klau xde dt, or xde bajet, jgn beli, atau sruh diorang cari “side-income”, utk diorang beli brg2 idaman diorang.. skrg ni ada je part-time job di mall ke, as promoter atau pkerja sambilan.. klaw awk ikutkn sja kerenah diorang yg nk ‘pinjam’ utk bli brg2 online, nt lma2 awk yg “stress”.. org kta, “toke mnyak pon bule bnkrap, klaw kna ‘kikis’ hari2..” so, kna bertindak segera, sbelom awk yg ‘merana’.. wallahu a’lam.

  2. Dik, sayang diri dulu. Awak keje kuat², last² duit tu buat bayar hutang org lain yg dibuat bukan utk keperluan tapi utk kehendak mereka. Kalau sy jadi awak, sy takkan bayarkan hutang mereka. Mereka yg buat hutang, pandai2 la cari jalan bayar. Selagi awak masih byr, selagi itu mereka akan terus buat hutang. Habis hutang lama, diaorg akan buat hutang baru. Percayalah. Awak simpan duit awak dlm bentuk emas. Cari emas public gold, boleh simpan dalam akaun GAP senyap2, bila orang minta, cakap duit awak dah abis guna. At least diaorg tak nampak cash dalam tangan atau akaun bank awak. Dan duit dlm bentuk emas ni lebih sukar dihabiskan. Dah beli emas tu jangan heboh2 pula berapa gram awak ada. Semoga berjaya !

    • Saya setuju dengan cadangan ni. Kena fikir diri sendiri jugak, sampai bila nak hadap dan tanggung hutang orang.

  3. Dulu saya pun kena macam ni, bukan setakat hutang kecil2 tapi hutang kereta sampai 2/3 biji kereta dan juga kena sara kakak dan husband dia(ipar saya), dia tahu gaji saya masuk bila setiap tu dia akan mintak tepat ye alasan anak nak makan takde duit, nak beli susu anak takde duit, saya kesian saya bagi tapi ibarat bagi betis nak peha, sampai satu tahap saya block kakak saya, saya ignore apa mama saya cakap, saya tegaskan itu duit saya hak saya. Bantu? sudah lepas tanggungjawab saya bantu berkali-kali. So setiap kali kakak minta duit saya akan cakap takde duit dan bagi lah alasan apa2, cth macam saya nak amik loan bayar muka kereta(padahal tak pun), saya nak service kereta bulan ni ke, saya kena pakai duit banyak untuk treatment apa2 lah. Orang ni kalau ada common sense dia takkan minta banyak kali. Cukup lah 3 kali minta cakap takde duit, inshaAllah tak mintak dah, yela takkan tak malu kan minta banyak kali?

  4. Hye confessor, bagi saya awak perlu untuk pentingkan diri sendiri…
    Ni baru BNPL , risau nanti pinjam ahlong pula…
    Lagipun adik beradik dah bekerja, pandai beli pandai bayar sendiri…
    Merajuk dorang pun tak lama… nak marah2 pun satu hari nanti akan melekat juga macam koala…

  5. Buar tak tau jer, atau bagi rm50 dah. PAndah beli pandai bayar. Lagi satu owner pun pergi la buat hutang juga so bila diorang mintak duit cakap aku pun banyak hutang nak settlekan.

  6. Awak pun salah ye dalam ni, baik sangat tu sampai naik lemak, kalau sy jadi awak sy akan tipu je kata ada komitmen ke apa ke, ikut la alasan apa pun. Stop bagi!! awak yang ajar diorang sampai jadi ketagih ni. Kata je takde duit sebab awak melabur ke apa sekarang ni. Lepas ni jangan bagi dah tolong lahhhhhh. Kata je takde duit tau tunjuk akaun bank. Dalam hidup ni kena bijak jugak. Senang cite kalau payah sangat beli la apa2 untuk komitmen awak kereta ke rumah ke aset ke apa. Geram betholl!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *