Family Mentua Toksik

Hai semua pembaca. Aku Minah. Umur dah nak masuk 40. Aku dah berkahwin, Alhamdulillah dah 15 tahun kahwin dan ada 4 cahaya mata, semua lelaki.

Masalah aku hadap dah lama, sejak kahwin. Mertua dan ipar toxic. Tak tau la nak describe macam mana keadaan tu.

Mertua aku ada anak 5 anak perempuan dan seorang anak lelaki dan itu la suami aku.

Tapi setiap kali balik hanya aku yang kena urus masak makan untuk semua. Bukan kata weekend je tapi lagi parah bila hari perayaan. Tapi hanya aku je akan ada kat dapur.

Penat gila bila kau seorang je kena masak untuk semua orang, kalau ada sedara mara dan ya kau jugak masih di dapur seorang.

Tapi bila ipar aku kena macam tu dengan family mertua diorang. Benda tu jadi salah. Anak perempuan tu tak boleh dikerah di dapur, tak boleh masak seorang kat dapur.

Boleh kata senang, apa kena kat aku, takde apa masalah dan takde isu. Tapi jangan kena kat ipar2 perempuan aku.

Dan ya suami aku anak lelaki tunggal. Dan ipar aku boleh dikatakan anak perempuan emas agaknya.

Penat dalam situasi suami tak boleh tegur, nasihat apatah lagi marah adik-beradik dia. Pasti akan ada yang back-up. Akhirnya aku lah yang makan hati.

Dan akhir2 ni isu berlawan anak. Ya anak, aku dah cukup redha dan bersyukur dengan rezeki yang aku dapat.

Redha walau aku tiada anak perempuan, dan bersyukur aku akan dapat menantu perempuan yang ramai.

Aku berdoa semoga hari tua aku nanti aku takkan buat macam mana mertua aku buat aku.

Rasa dah cukup lama aku simpan, depan family mertua aku diam terima je tapi kesian suami jadi mangsa dengar keluhan aku.

Husnuzon yang sampai peringkat aku tak boleh nak bersangka baik lagi, aku boleh pendam je. Sampai tahap pedih hulu hati dan migrain tu jadi perkara biasa tiap kali aku balik kampung sana.

Lupa cakap, mak aku masih ada tapi mak aku hanya mampu suruh aku bersabar. Dia sentiasa faham bila aku cakap, ‘mak maaf ya tak dapat balik selalu’.

Sedih aku bila cakap, tapi masa hari cuti terpaksa ikutkan balik kampung mertua juga.

Maaf semua terpaksa baca panjang berjela. Mohon kata-kata motivasi untuk mood aku yang makin merudum. Moga aku sentiasa kuat mengadap kerenah yang pelbagai. Aamiin..

– Minah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *