Nama aku Fareisha (bukan nama sebenar) aku baru je berkahwin dengan suami aku selama 4 bulan. Kami berdua berasal dari kampung yang sama. Tapi kami menjadi anak perantau di Johor atas sebab bekerja.
Okay aku start dari sebelum aku kahwin.. tapi aku memang dah kenal dah dengan family mertua aku ni.
Sebelum aku kahwin dengan laki aku ni, nama diberi Khai. Mak dia ni dah siap soal aku dah aku ni tak nak kerja ke? But time tu aku baru je habis diploma. Aku masih tercari cari kerja lagi masa tu.
Setelah setahun jugak aku menggangur then aku dapat kerja di Johor. Jadinya kami LDR la kejap ni citer belum kahwin tau.
Kadang si Khai ni datang la jenguk aku kat perantauan tu. Masa tu takde masalah apa apa lagi.
Selang beberapa bulan dia pulak dapat kerja kat Johor jugak tapi lain Company la. Dah beberapa bulan kitorang dah kerja so kami decide untuk tunang. So kami pun tunang.
Cerita dia start kat sini, aku dijemput berbuka puasa kat rumah family members Khai iaitu rumah ayah saudara dia. Yela dah orang ajak berbuka kat rumah takkan la aku ni tak bawak buah tangan pape kan. Aku pun beli lah roti john.
Btw time tu tengah hujung bulan dan kitorang dah bayar depo rumah untuk kami sewa waktu dah kawin nanti.
Si Khai tu memang buat tak tahu je tapi aku ni masih ada common sense lagi la bawak itu ini untuk family members dia. Mak aku dah didik kita gitu.
Kitorang pun berbuka la dah siap makan solat semua sembang la dengan family members dia. Tetiba Mak si Khai ni call. Bukan call biasa ye siap video call.
Dia tanya anak dia bawak apa je gi rumah pak sedara dia tu.. buat macam aku tak wujud ye disitu. Sedangkan aku yang beli. Anak kau sikit pun takde common sense plus takde duit pun masa tu.
Dia terus soal ye anak dia bawak apa. Aku geram jela masa tu. Sebaik la si Khai tu jenis berkeras jugak untuk tegur je mak dia tu. Hampir bergaduh jugak la masa tu tapi aku masih sabar..
Okayy pastuuu aku dah kawin dengan dia.. sepanjang aku kawin dengan dia aku takde la sibuk nak tengok bank dia tolak tolak apa kan.
Tapi bila aku terdetik nak check transaction bank dia, banyak ye hutang Aeon yang bapak mertua aku ni guna nama bank laki aku untuk beli barang rumah such as TV, mesin basuh dan lain lain. Aku tahu tu bapak mertua aku punya kerja..
Kami sewa rumah kosong aku tidur atas tilam takde tv takde pape pun. Just bayar rumah sewa yang kosong tu je.
Btw bapak mertua aku ni kerja GOV as Cikgu. Aku ni basic 1.9k je laki aku 2k je. Kami baru je nak hidup weh. Kadang laki aku tu tak cukup duit dia minta la dengan aku mujur la aku ni ada jugak saving.
Bulan ni memang sesak tapi bapak mertua aku selamber je cakap korang ni enjoy sangat tu yang duit tak cukup. Aku menyirap gila.
So why not enjoy pun kita guna duit hasil kita kerja bukan suruh orang tanggung hutang kita.
Tapi laki aku dah berkeras suruh bapak mertua sambung la bayar hutang tu bukan kami yang guna.
Dia tetap cari salah kami sebab sewa rumah mahal la hidup enjoy padahal kita mampu je. Even kami susah pun family mertua tak pernah tolong pun. Yang banyak tolong tu family aku.
Mak aku sangat memahami kita baru nk bina hidup dia faham susah macam mana. Family mertua aku ni memang suka ambil hak orang pun.
Aku memang takkan redha satu sen pun duit yang family mertua aku mengambil kesempatan dari aku.
Cukup sampai sini je aku cerita.. Semoga TV mesin basuh kau guna tu cepat rosakk. Byee..
– Fareisha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit