Hai, ni mungkin kali pertama saya menulis cerita jadi maaf andai salah perkataan or bahasa. Pertama sekali, saya IS, umur awal 20-an, seorang pelajar universiti. Cerita ni mungkin lebih kurang dengan cerita adik yang luahkan pasal family dia.
Saya anak sulung perempuan dalam family di mana lahit dalam family yang agungkan anak lelaki lebih daripada anak perempuan dan jugak lahir dari family yang mak dan ayah hanya fikir kerja setiap masa.
Sejak jadinya kes covid-19, pelajar tak dibenarkan balik ke kampus, masa inilah mulanya stress dan depression dalam diri saya. Walaupun mempunyai mak dan ayah yang boleh dikatakan berpendidikan namum takde sorg pun yang faham jadual saya.
Walaupun tengah kelas dan ada dalam bilik sepanjang hari hadap laptop dari pagi sampai ke petang tetap juga dipanggil anak yang pemalas, tak sedar dek untung.
Semua tugas rumah diserahkan sepenuhnya kepada saya dan mak tidak pernah menyuruh adik beradik lelaki yang lain padahal mereka bukannya ada kerja, hanya main game dan laptop.
Ye walaupun ada masa lapang selama sejam untuk tunggu kelas seterusnya, selalunya akan ada discussion atau saya selesaikan assignment yang tertunggak. Tetapi kadang groupmate selalu perli bilamana saya tak dapat join discussion sebabkan nak uruskan hal rumah.
Dari hal basuh baju, jemur, lipat, memasak dan kemas rumah semuanya saya pikul. Bila masak hanya ala kadar dikatakan pemalas dan makanan tersebuy dibiarkan je tanpa diusik. Apa guna penat lelah saya korbankan masa discussion untuk masak tapi siapa pun tak hargai malah mengutuk.
Bila hujung minggu saya akan bangun lewat sedikit dalam pukul 8 pagi, maka tidak akan ada sarapan yang disediakan oleh mak saya dengan alasan orang bangun lewat takde rezeki padahal saya sangat letih siapkan kerja sampai pukul 2-3 pagi.
Hanya waktu malam sahaja saya ada masa untuk selesaikan semua tu. Sarapan saya pada ketika itu hanyalah mencuci pinggan mereka, adik-adik lelaki bila diminta tolong akan mengadu dekat emak saya kata saya paksa mereka buat kerja yang tugas saya.
Emak akan kata kau tu perempuan buat la cara perempuan, apa susah sangat. Kenapa perlu dibezakan jantina. Allah je yang tahu penatnya saya nak hadap kelas dan family.
Bila hal kelas, selalunya saya tak dapat nak fokus sepenuhnya sebab badan terlalu penat. Tak makan dan tidur 3 hari biasa sampaikan pengsan dalam bilik namun takde siapa pun yang kisah, family hanya tahu mencemuh katakan saya manja, tak tahan bila kena pressure.
Assignment dan task yang lecturer bagi untuk sem ni bagi saya agak berat menyebabkan terpaksa habiskan dulu kerja untuk kekar due date submission task. Hal kesihatan makan semua tolak tepi dulu.
Dari dulu lagi kalau saya sakit, sendiri kena ubati, demam, asthma, migrain saya pegi sendiri klinik. Walaupun family ada dirumah, mereka hanya berikan duit dan pandai-pandai bawa diri ke klinik. Makan pun sendiri buatkan.
Itu bab sakit, bila majlis di sekolah, mereka takkan datang untuk meraikkannya, dan saya hanya datang sorang diri tanpa ditemani walaupun mendapat anugerah pelajar terbaik. Sampaikan bila dah masuk universiti saya jadi mudah bergerak seorang diri, tak perlu harapkan bantuan sesiapa.
Baru-baru ni saya berjaya maintain “dean list” namun ucapan tahniah sekali tak pernah kedengaran, kebanyakkan saya akan kongsi sendiri dalam diari padahal jika adik beradik yang lain semuanya diraikan dengan makan di tempat mewah. Terasa hati tu jangan cakap la sampai rasa dah lali.
Saya jugak ada kawan baik 2 orang, hanya mereka tempat saya hilangkan bosan walaupun terdapat rasa cemburu bila tengok mereka dengan family masing-masing. Alangkah indahnya bila saya pum dapat rasa macam mereka. Tapi saya percaya aturan Allah tu indah.
Cuma sekarang saya harap sangat covid cepat akhir, saya nak balik ke kampus jauh dari family. Sebab dekat kampus saya rasa seolah-olah bebas dari arahan sesiapa dan masa saya lagi teratur.
Doakan saya terus kuat tau hadap online learning dengan hal-hal rumah. Sekian luahan hati.
– IS (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit