Family Pengotor

Hai. Terima kasih kerana siarkan confession ini. Saya Miss A (Allergic). Saya berusia lewat 20-an.

Sejak PKP 1.0 saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjalankan Perniagaan secara online dan tinggal bersama keluarga.

Sejak saya berumur 13 tahun saya ditempatkan di sekolah berasrama penuh.

Jadi, sejak usia 13 tahun sehingga 28tahun saya hanya tinggal bersama keluarga jika cuti semester atau cuti Public Holiday saja (sewaktu bekerja).

Jadi, tempoh untuk saya tinggal bersama keluarga tidak lah lama. Kali ni pertama kali saya tinggal dengan keluarga sendiri dengan jangka masa yang lama iaitu 2 tahun.

Dan secara jujurnya saya boleh beri tahu yang Keluarga saya ni PENGOTOR sangat. Saya bersyukur bila saya berjauhan dengan keluarga.

Saya bersama rakan yang pembersih. Jadi dari situ saya boleh “train” sikap ini untuk dibawa ke keluarga. Tetapi malang ya, sikap ini di anggap “pelik” oleh keluarga saya sendiri.

Saya akan cerita kan secara terperinci keadaan keluarga saya yang pengotor.

1. SAMPAH LAMPIN BAYI TAK DIBUANG KE LUAR RUMAH

OK. Saya ada seorang anak buah. Anak buah saya dahulunya bergantung pada LAMPIN. (faham-faham saja lah bila baby pakai LAMPIN mesti ada najisnya kan).

Jadi kakak saya hanya buang LAMPIN BABY Ke dalam mini bakul SAMPAH di balcony (luar bilik saya) berhari-hari.

Jadi saya hari-hari terbau najis even dari luar balcony. Bila di Tanya “HANG LAH BUANG KAT LUAR RUMAH!”.

Kakak saya ni selain pengotor dia juga pemalas. Tinggalkan sampah untuk dibuang oleh orang lain. Alasan yang diberi, aku sibuk la (padahal online business saja pun kan).

2. AYAH SAYA KALAU KE TANDAS MESTI TAK TUTUP PINTU BILIK AIR

Bayangkan tandas di dalam dapur (mostly rumah landed tandas ada di ruangan dapur kan) dan bila nak ke dapur, terpandang ayah yang sedang mencangkung untuk melepaskan HAJAT.

Bila ditegur, alah buat-buat biasa saja lah. Nak buat macamana, tandas ada kat dapur. (sis memang sakit hati dengan keadaan sebegitu)

3. AYAH SELALU BUANG LENDIR HINGUS KE DALAM BILIK AIR TANPA BASUH

Ayah saya selalu bersin. Jadi lendir hingus dibuang saja ke lantai bilik air tanpa jirus. Kemudian lap TANGAN dengan tuala kecil dan letak di atas meja makan. Korang rasa?

4. SLIPER DALAM RUMAH PAKAI SAMPAI KE RUANGAN TANDAS.

Ye. Sis tahu semua masing-masing tak nak la dijangkiti kuman. Tapi Korang boleh bayangkan tak kalau Korang nampak family Korang pakai sliper dari bilik tidur, dapur, ruangan solat dan seterusnya ke jamban?

Apa salahnya pakai sliper JAMBAN tak dikongsi ke ruangan lain. Bila di Tanya, Eleh hang pun berkaki ayam saja ke jamban.

Saya seriously dah FED UP tinggal dengan family sendiri. Saya tak sabar nak menyewa ke rumah lain.

Korang tolong doakan segala urusan saya dipermudahkan. Semoga nanti saya akan bertemu orang-orang yang pembersih tak macam FAMILY saya sendiri.

Sejujurnya saya bersyukur dari usia 13tahun belajar berdikari tak tinggal di bawah ketiak mak bapak. Kalau tak, mesti saya akan jadi seperti Mereka juga.

Korang boleh tak Korang bagi idea macamana nak tegur keluarga sebegini. Saya dilemma.

Yang benar,

– Miss Allergic (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *