Family Toksik

Assalamualaikum dan hi semua.

Sebelum aku mulakan cerita, aku perkenalkan diri. Nama aku Eva, berumur pertengahan 20-an.

Sekarang aku melanjutkan pelajaran di peringkat degree. Aku sudah berkahwin dan sekarang tak bekerja. Oh ya, aku berasal dari Borneo.

Masa aku ambil diploma dulu, aku bekerja sambil belajar. Ada juga aku hulurkan duit belanja untuk parents aku. Tapi duit yang aku bagi tu, dorang bagi adik bongsu aku yang tak bekerja, untuk shopping beli baju seksi-seksi.

Setiap kali mereka video call, atau bila aku rindu dan call mereka, tak kira tengah bulan atau hujung bulan, mereka akan minta duit. Kalau aku tak bagi, mereka jarang tanya khabar aku. Hahaha sedih.

Pernah satu hari tu, time bekerja, aku terkejut sebab ada panggilan bertubi-tubi. Rupanya daripada pihak Coway, sebab bil tertunggak dah 6 bulan.

Aku pelik, sebab aku selalu juga bagi duit, malah bil WiFi pun aku yang bayar. Sedangkan keluarga aku kerap pula bercuti, tapi bil Coway tak berbayar.

Bila aku tanya kenapa tak bayar, mak jawab, “Kesian, dorang banyak benda nak bayar.”

Aku pun terfikir, habis aku tak kesian ke? Masa aku nak sambung belajar, 1 sen pun mereka tak hulur. Aku terpaksa berusaha sendiri.

Selepas aku tamat diploma, aku buat keputusan untuk sambung degree. Waktu ini aku dah berkahwin, sebab itu aku berhenti bekerja.

Sebelum aku resign, aku sempat beritahu keluarga supaya Coway dan WiFi tu minta anak-anak lain pula bayarkan, sebab aku dah tak bekerja.

Nak tahu apa jadi? Tetap juga tak bayar sampai tertunggak. Akhirnya pihak Coway call aku lagi. Aku bagi nombor adik dan kakak aku, tapi bil tetap tidak dilunaskan.

Aku cuba minta adik dan kakak aku kongsi bayar, seorang RM50 pun cukup. Tapi alasan mereka, “Tak ada duit.”

Padahal kat Facebook, aku nampak mereka keluar berjalan dan makan di tempat mahal seperti biasa.

Jujur aku rasa sangat stres… Kenapa ada orang yang sanggup hidup begitu?

Sekarang aku tak bekerja, dorang langsung tak tanya khabar aku. Video call akan terjadi bila aku yang sendiri call. Bukan macam dulu, setiap malam dorang video call tanpa aku minta.

Sekarang dah tak bekerja, aku tak kena pandang langsung wey. Aku sedih.

Last sekali aku block semua sebab aku nampak dorang keluar makan tempat mewah dan bercuti, bil-bil yang tertunggak tak nak bayar.

Ok lah bye. Jumpa lagi kalau aku sedih. Hahahaha.

– Eva (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *