Family Toksik II

Untuk Part I, (https://iiumc.com/family-toksik/).

Hi, kembali lagi bersama saya, Eva si gadis sedih… hahaha.

Sebelum tu, aku nak ucapkan terima kasih kepada yang bagi komen membina. Tak lupa juga pada yang menyalahkan diriku. Tapi aku terima, no worries.

Sebenarnya, aku ada terbaca beberapa komen macam:

“Kau yang sign up, kaulah bayar.”

“Terminate je semua tu.”

Okay, mari aku jelaskan sedikit.

Wifi tu memang atas nama aku. Aku sendiri yang pasang sebab niat aku cuma satu, iaitu nak buat video call dengan parents.

Dulu, mereka tak ada wifi. Bila call, line selalu hilang, biasalah kawasan kampung. Tapi, lepas je aku resign, sorang pun tak video call aku lagi… hahaha.

Abang aku ada juga bantu bayar wifi tu, tapi aku faham lah, dia pun ada komitmen sendiri — anak, isteri dan sebagainya.

Tapi yang aku tak boleh hadam sejak aku resign, parents aku sanggup beli data seorang RM60, jadi RM120 sebulan. Sedangkan dorang duduk kat rumah je. Kenapa tak guna duit tu bayar wifi saja?

Lagi satu, untuk terminate wifi tu, aku kena bayar tunggakan dulu. Aku tak ada duit, macam mana nak terminate?

Janganlah cakap aku bodoh. Aku tahu semua tu. Cuma realitinya sekarang aku tak mampu nak bayar tunggakan tu.

Untuk Coway pula, tahun ni bayar terakhir. Lagipun bukan atas nama aku tapi atas nama ayah. Tapi aku pelik, dah ada Coway tapi masih beli air mineral berkotak-kotak. Kan lebih baik duit tu guna untuk bayar Coway saja?

Tapi tak apalah. Sekarang aku dah dapat kerja, jadi aku akan guna duit gaji tu untuk selesaikan tunggakan wifi. Lepas habis bayar, aku akan terminate terus.

Oh ya, aku dulu pilih sambung belajar jauh sebab masa duduk dengan parents, setiap kali gaji masuk aku cuma dapat RM100. Baki semua mereka ambil.

Sejak belajar jauh dan tinggal jauh aku rasa lebih tenang, tak stress, tak sakit hati.

Tak apa, aku dah block semua sebab aku tak nak tengok kehidupan dorang yang banyak kebohongan.

Doakan aku semoga murah rezeki, dan dapat maafkan dorang.

Tu saja. Sekian..

– Eva (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *