Family Toxic

Assalamualaikum w.b.t. Hai warga IIUM Confession, saya E, seorang anak PEREMPUAN dan hari ni saya nak ceritakan tentang keluarga saya yang toxic dan patriarchy.

Meh saya nak ceritakan mengenai saya. Saya berumur 25 tahun, masih single dan tinggal bersama ibu bapa saya di utara.

Saya ni boleh dikatakan degil dan selalu persoalkan sesuatu yang saya rasa salah dan tak betul. Saya juga bukan jenis yang baran tetapi kalau saya dah naik angin, memang bergegar satu rumah.

Saya jenis tak nak bergaduh tapi kalau dicabar, boleh jadi gaduh even dengan abang sendiri.

Saya lahir dalam keluarga yang boleh dikatakan agak besar, mempunyai ramai adik beradik.

Saya masih ingat, semasa saya masih kanak-kanak, saya dan adik-beradik perempuan selalu dikerah melakukan kerja² rumah termasuk kerja luar rumah.

Adik beradik lelaki saya bebas keluar merayap dan seingat saya, jarang anak² lelaki Mak saya tolong bantu melakukan kerja rumah.

Sedikit sebanyak saya menyalahkan ayah saya dalam hal ini kerana saya tak pernah nampak ayah saya menjadi tauladan dlm membantu mak saya melakukan kerja rumah.

Ayah saya tidak pernah melakukan kerja² rumah sejak saya kecil sehingga dewasa dan hanya buat kerja luar² rumah bila ada kepentingan sahaja. Contohnya, Hari Raya, Majlis Kahwin etc.

Adik beradik kami ramai tapi hanya mengharapkan kaum perempuan sahaja untuk melakukan semua kerja.

Mak saya walaupun dia mengeluh penat buat kerja rumah di samping bekerja tapi dia tak pernah ajar anak² lelaki buat keje rumah.

Saya pernah terfikir, alangkah best ya kalau saya dilahirkan sebagai lelaki sebab saya rasa tidak adil apabila semua kerja perempuan kena lakukan termasuklah kerja² luar rumah.

Sekarang bila dah dewasa, saya pernah persoalkan kepada mak saya sebab saya geram kenapa semua kerja rumah perempuan kena lakukan termasuklah cat² rumah even jantan² dalam rumah tu tengah sedap² tido.

Jawapan mak saya tu buat saya tersentap dan terasa hati sebab mak saya seolah² mendoakan benda yang buruk kepada anaknya.

Dia berkata, nanti kau dah kahwin, kau akan jumpa lelaki yang pemalas sebab kononnya saya malas nak kemas rumah dan selalu persoalkan benda ini.

Kononnya saya mengelat daripada nak buat kerja rumah dan selalu bagi alasan bila saya persoalkan kenapa lelaki tak perlu buat kerja rumah.

Tapi siapa je yang tak rasa fed up nak kena buat kerja rumah untuk 6 orang. Masak pun tidak, basuh pinggan mangkuk pun tidak, kemas rumah pun tidak.

Hatta 1 gelas pun hanya tinggal atas meja sebab malas nak basuh. Hanya mengharapkan orang perempuan je buat kerja rumah.

Sekarang ni di dalam rumah ni hanya ada 6 orang sahaja termasuk parent saya. (ada 2 orang perempuan sahaja di rumah sekarang).

Adik beradik saya yang lain kebanyakannya tinggal di perantauan. Saya tak salahkan mereka nak tinggal jauh sebab kalau saya mempunyai pekerjaan yang tetap dan berani, saya pun nak tinggal jauh² daripada keluarga saya.

Saya nak balik pada hari raya sahaja sebab bila saya tinggal di rumah, semua aib saya diceritakan oleh mak saya kepada jiran² kami, kawan² mak dan saudara mara. Bila saya tinggal jauh, aib saya tersimpan rapi.

Saya hairan dengan Mak saya, dia juga seorang yang terlalu merendah diri tanpa dia sedar sebenarnya dia telah membuka aib anak²nya.

Contohnya bila kawan mak saya tanya saya kerja apa, mak saya jawab laa saya kerja kilang sahaja.Kawan mak saya puji laa, mesti rajin kerja ni atau kerja rajin², mana tahu naik pangkat. Tapi jawapan kepada soalan tu sangat menghina.

Mak saya jawab, “Ermrmm berapa sen sgt lah dpt drpd kerja kilang tu” atau “Bukannya rajin sangat duk rumah, tahu tidur je”.

Jawapan mak saya tu sangat melukakan hati saya dan hati adik-beradik saya yang lain sebab kami pernah mengalaminya. Boleh relate to each other.

Terutamanya kakak Saya sebab dia anak perempuan sulung, dia sangat memendam tentang hal ini.

Saya pernah terdengar mak saya bercerita kepada kawan² yang lain mengenai aib adik beradik saya yang dia rasakan sebenarnya jawapan dia tu merendah diri.

Sebab tu selepas saya tamat belajar sampai sekarang, saya tak suka bertegur sapa dengan kawan² mak sebab saya tak tahu aib apa lagi yang pernah mak saya ceritakan kepada kawan² nya.

Lagipun saya sedar, saya takde kerja tetap yang boleh membanggakan ibu bapa saya dan saya pun bukannya perfect sgt tapi sebagai manusia biasa, saya rasa malu bila mak cik² tu tahu aib saya.

Banyak lagi sifat toxic yang ada dalam diri keluarga saya antaranya ialah suka mengongkong, suka menyibuk, manusia terpaling betul etc.

Nantikan part kedua saya mengenai family mengongkong dan sikap ambil tahu jikalau ramai yang boleh relate dengan situasi saya.

Lepas tu saya akan ceritakan part terakhir yang menjadi PUNCA kenapa saya buat confession ni iaitu LELAKI TERPALING BETUL. 

Maafkan saya kalau jalan cerita ni sukar difahami. Saya akan cuba untuk perbaiki lagi.

– Emelda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *