Family vs Bos Suami

Assalammualaikum aku meluah sekadar untuk minta pendapat dan nasihat. Aku seorang isteri berumur lewat 30 an, mempunyai 3 orang anak berumur 5 tahun, 3 tahun dan 1 tahun. Kehidupan aku alhamdulillah cukup makan pakai walaupun tak mewah.

Aku dan suami dua-dua bekerja. Suami (aku gelarkan manggis) boleh dikatakan rajin menjaga anak, cuma hubungan dengan aku agak hambar. Mungkin kerana usia perkahwinan kami yang sudah menjangkau lebih 5 tahun.

Masalah timbul bila manggis terlalu mengikut telunjuk bos (aku gelarkan durian). Durian seorang bos yang selalu meluangkan masa dengan pekerjanya, bercampur lelaki dan perempuan. Mungkin kerana hubungan dengan isterinya kurang baik.

Anak-anaknya pula dijaga oleh orang lain jadi lagaknya seperti orang bujang. Setiap bulan atau setiap 2 bulan, durian akan mengajak pekerjanya pergi trip berjalan ke serata tempat, dalam dan luar negara. Durian juga akan mengajak manggis dan yang lain-lain lepak bersama lepas habis waktu kerja.

Bagi pihak pekerja, memang benda itu yang ditunggu-tunggu kerana trip tersebut ditaja sepenuhnya oleh durian. Tapi masalahnya bagi aku, setiap kali trip yg memakan masa 3-7 hari, manggis akan tinggalkan aku bersama anak-anak sendiri di rumah.

Aku tiada keluarga lain di sini. Anak-anak aku sedang melasak, lasaknya ya rabbi. Anak aku pernah jatuh katil, jatuh kerusi, terbalikkan pasu bunga dalam rumah dan terjatuh ke atasnya, tersembam di bilik air ketika aku ditinggalkan untuk menjaga anak aku sendiri. Aku cuma tinggalkan kejap untuk pergi ke tandas dan dapur.

Aku juga penat nak hadap anak-anak aku lepas balik kerja. Aku rasa benda ni tak adil, manggis seronok bersama kawan-kawannya sedangkan aku struggle jaga anak di rumah.

Aku seorang yang suka travel. Tapi rezeki aku selepas berkahwin cuma boleh berjalan di dalam negara sahaja. Belum dikurniakan rezeki untuk ke luar negara walaupun aku pernah menyatakan hasrat aku kepada manggis. Tapi manggis mengatakan dia belum mampu untuk membawa aku dan anak-anak ke luar negara.

Pada mulanya aku terima tapi bila manggis selalu join trip syarikat ke luar negara dengan alasan trip itu ditaja, timbul rasa iri aku.

Tentang hubungan hambar aku dengan manggis, sejak anak kedua aku lahir, aku tak pernah ada peluang untuk meluangkan masa berdua dengan manggis. Aku juga dah jarang bersembang dengan manggis, gelak tawa pon makin kurang. Kami seperti housemate sahaja.

Dah banyak kali aku ajak manggis untuk dating bersama tanpa anak untuk cipta love spark tu semula tapi alasan manggis selalu busy dengan kerja. Aku jadi tawar hati. Tapi manggis ada pula masa untuk pergi trip bersama kawan-kawannya.

Aku pula tak ramai kawan selepas berkahwin, cuma ada kawan di tempat kerja. Bila habis kerja, aku menjadi tipikal mak-mak yang hidupnya cuma ada suami dan anak-anak. Aku pernah minta izin dengan manggis untuk travel seorang diri tanpa anak-anak, tapi tak diizinkan dengan alasan bahaya kecuali ada kawan yang boleh teman aku.

Bila aku luahkan, manggis kata isteri kawan-kawannya tiada masalah melepaskan suami masing-masing untuk berjalan dan mula bermasam muka dengan aku.

Manggis cerita dekat aku ada seorang kawannya, teman baik durian, selalu outstation dengan durian dan isteri nya tak pernah menghalang. Balik kerja selalu lewat malam, kemudian sambung lepak lagi. Weekend pon sama melepak lagi. Mungkin isterinya dah kebal. Aku tak rela manggis jadi macam tu.

Tapi dalam masa yang sama, aku juga takut benda ni akan affect kerja dan position manggis dalam company bila aku selalu menghalang manggis melebihkan masa dengan durian.

Adakah aku seorang queen control bila aku menghalang manggis dari join trip dan lepak dan tinggalkan aku dengan anak-anak? Aku ada je bagi manggis buat hobi dia ride basikal setiap minggu dan lepak sekejap-sekejap dengan kawan yang lain. Tak cukup kah benda itu untukmu wahai suami?

Normalkah bagi sesebuah company untuk buat trip setiap bulan tanpa mengajak family masing-masing? Rasionalkah untuk seorang bos mengambil masa cuti pekerjanya melebihi masa dengan family masing-masing?

Aku rasa durian telah mencuri masa manggis dari aku dan anak-anak. Tak masuk lagi bab cemburu seorang isteri bila manggis berjalan-jalan bersama pekerja perempuan bujang yang lain.

Over ke apa yang aku rasa? Mohon pendapat isteri-isteri yang lain..

– Strawberi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *