Assalamualaikum wbt semua. Ramai yang membuat confession menyatakan dalam dilema mengenai masalah pengurusan kewangan terutamanya apabila melibatkan keluarga dan paling utama ibu bapa.
Saya ingin memberi satu contoh kisah benar. A, seorang jururawat kerajaan, tinggal di kuarters tempat kerja. Telah mempunyai pinjaman peribadi yang diambil untuk membantu keluarga. Rumah keluarganya terbakar beberapa tahun yang lalu dan sejak itu, satu keluarga besarnya menetap bersama dengan dia di kuarters itu.
Keluarga besar maksud saya abangnya, isteri dan anak, adik-adiknya dan ibu bapanya. Dia telah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak. Ayahnya mengalami penyakit saraf yang memerlukan penjagaan rapi. Ayahnya tidak mampu berdiri, berjalan dan menguruskan diri sendiri. Alhamdulillah ayahnya masih mampu berkomunikasi dengan baik.
Perbelanjaan boleh dikatakan ditanggung oleh A. Saya merasa sedikit emo sebab adik-adik dia yang telah tamat belajar tidak bekerja dan yang paling best, bila ayahnya sakit dan sebaiknya dimasukkan ke hospital, adik-adik lelaki yang sihat tubuh badan itu menolak untuk menjaga ayah di hospital. Saya pulak rasa nak lempang diorang.
Si A berkata kepada doktor yang merawat, “Maaf doktor, saya oncall tambahan suami saya pulang ke kampung. Jika dah habis oncall dan suami saya ada saya tiada masalah untuk menjaga ayah di hospital”.
Saya jadi geram kenapa orang yang berkorban kewangan itu yang juga paling banyak berkorban tenaga dan masa. Alhamdulillah ada keluarga yang bagus, adik beradik saling memberi dan berbahagi, ada yang berkorban tenaga, ada yag berkorban duit. Sama-sama berkorban. Saya juga pernah bertemu dengan satu keluarga yang mempunyai 9 beradik. MasyaAllah, anak-anak berebut nak derma buah pinggang untuk kidney transplant untuk ibu mereka.
Tips saya kepada anda semua supaya tidak menjadi lilin yang membakar dirinya.
1. Buat baik berpada-pada.
Islam mengajar kita untuk mentaati ibu bapa. Jika ibu dan bapa dalam kesusahan terutamanya, banyak ganjaran jika kita memberi kemudahan kepada mereka. TAPI, tidak bermakna kita perlu menanggung satu keluarga. Jika saya berada di tempat A, geram saya ingin menghalau adik-adik yang umpama biawak hidup. Eh, tapi A bukanlah muslim sebenarnya tapi dia sangat bagus.
2. Jadi bijak dan belajar berkata TIDAK.
Duit boleh menjadi punca perbalahan. Duit yang dipinjam tidak dibayar. Ada yang diisytihar bankrap disebabkan jual beli kereta dengan ahli keluarga atau jadi penjamin kepada pinjaman adik-adik. Pinjaman bank yang dibuat untuk perniagaan si ayah atau adik beradik tidak menjadi. Ada yang bergaduh disebabkan harta pusaka.
Berkenaan pinjaman/menjadi penjamin, lihat kepada perkara ini:
– Siapa yang ingin meminjam? Adakah orang itu orang terdekat yang dipercayai? Kemampuan mereka untuk membayar balik? Kemampuan kita jika duit itu tidak dibayar langsung. Dalam Islam, hutang memerlukan perjanjian yang jelas. Itu yang sepatutnya.
Teknologi zaman sekarang akad hutang boleh dibuat melalui whatsapp dan screenshot. Done! Untuk pinjaman yang lebih banyak saya cadangkan perlu ada surat perjanjian yang jelas, hitam putih dengan tandatangan, kad pengenalan, saksi dan sebagainya.
Adakah saya terlibat dengan hutang? Ya. Saya bermain kutu. Dan ia melibatkan jumlah yang banyak. Saya hanya ada 1 group kutu dan hanya dengan orang yang sangat saya percayai.
Kakak saya pernah meminta saya jadi penjamin kepada pinjamannya. Alhamdulillah ibu bapa saya terus membuat keputusan untuk saya sebelum saya membuat keputusan. Mereka memberitahu kakak saya, saya tidak boleh jadi penjamin kerana komitmen saya sudah banyak. Sebenarnya kami sangat meragui kemampuannya untuk membayar balik. Lebih baik berkecil hati sekarang dari bergaduh besar akan datang.
Saya juga pernah offer adik saya untuk ditanggung pembelajarannya oleh saya. Pada zaman sekarang dengan biasiswa tidak sebanyak yang ditawarkan pada waktu dahulu. Saya berkata kepada adik saya, jika dia berminat untuk menjadi pilot saya bersedia menanggungnya belajar. Bukan sedikit harga yang dibayar tapi saya sanggup. Bagi saya pendidikan adalah pelaburan terbaik.
Cuma saya katakan padanya, ada dua keadaan, pertamanya kerana saya juga sedang menyambung pelajaran, kita berdua akan sakit sedikit mungkin perlu mengikat perut sebab bajet yang terhad. Kedua, dia perlu membayar balik kepada saya selepas habis belajar. This sounds familiar right?
Saya percaya ramai juga yang buat seperti saya. Tapi pastikan anda juga bersedia jika pelaburan ini merugikan. Jika mereka tak lepas dalam pengajian mereka atau mereka mengalami burn out atau depression ketika pengajian. Are you capable to face the risk? Ending kisah saya, adik saya tidak berminat dan menyambung diploma dalam kursus lain yang dibiayai (pinjaman boleh ubah) oleh kerajaan negeri.
3. Hidup di bawah kemampuan dan tabung kecemasan.
Gaji saya sekarang dalam 6-7 ribu. Saya hanya memandu kereta Myvi tahun 2013. Saya memberi RM 500 kepada ibu bapa saya sebulan. Terpulang jika orang ingin mengatakan sikit tapi saya juga menyimpan untuk persediaan haji mereka. Saya teringin untuk menunaikan umrah, insyaaAllah saya akan membawa ibu bapa saya.
Sebenarnya duit untuk umrah sudah pun cukup Alhamdulillah tapi masa tidak mengizinkan lagi tahun ini. Saya juga perlu bersedia untuk masa akan datang, jika ibu bapa saya tidak lagi sihat atau memerlukan pembedahan segera saya perlu menyediakan tabung untuk kesihatan mereka.
Saya tidak mengambil insurans untuk mereka kerana jumlah insurans yang perlu dibayar untuk usia mereka adalah terlalu tinggi dan bagi saya tidak berbaloi. Jika saya bekerja jauh dan berhenti kerja bukanlah satu tindakan yang bijak, saya perlu mempunyai satu dana untuk penjagaan mereka termasuk menggaji jururawat peribadi atau jika ada adik beradik yang bersedia berkhidmat, dia perlu dibayar secukupnya.
Alhamdulillah ibu bapa saya pun bukan mengada-ngada. Sofa di rumah saya sudah 6 tahun dan ibu tak pernah minta ditukar. Alhamdulillah masih elok. Kami tiada istilah tukar perabot baru setiap kali nak raya, anak naik gaji atau naik pangkat. Alhamdulillah mak ayah, you guys are awesome! Tapi jika kadang-kadang mereka membuat permintaan yang kurang perlu, saya akan berkata tidak. Terangkan kepada mereka kenapa.
4. Buatlah pelaburan yang bijak.
Saya bukanlah yang terbaik tapi insyaaAllah saya cuba tambahkan ilmu dari semasa ke semasa. Pelaburan saya pertama adalah pendidikan, saya sedang menyambung pelajaran di peringkat setaraf sarjana. Bezanya course saya jika lulus akan memberikan faedah secara langsung kepada kerjaya saya. Cuma untuk lulus, ya Allah ia adalah satu jalan yang panjang dan berliku. 4 tahun adalah tempoh paling pendek. Doakan saya.
Saya juga membeli rumah untuk tujuan pelaburan. Pelaburan lain saya adalah EPF, PRS (Private retirement scheme). InsyaaAllah saya akan membuat pelaburan dalam ASB dalam masa terdekat. Sama ada saya membuat ASB financing atau tidak masih dalam pertimbangan kerana ia akan menambahkan komitmen saya.
Timbul sedikit kerisauan saya kerana saya juga sedang menyambung pelajaran dan bercadang untuk membeli rumah kedua, juga untuk pelaburan. Untuk menjadi pelabur yang bijak, kita perlu sentiasa menuntut ilmu.
Itu sahaja perkongsian dari saya. Allahua’lam.
– Cik F
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit