Salam. Aku mulakan nukilan ini dengan penuh nada kemaafan jika ada yang aku tulis ni membangkitkan rasa marah, ataupun berbunyi sombong, benci dan riak. Aku mengaku aku sedang menulis ikut emosi, dan aku tak kisah kalau dikecam atau dibenci kerana apa yang aku tulis ni, tapi aku sangat2 berharap orang yang tak setuju dengan apa yang aku tulis ni duduk sekejap, pandang ke luar, dan ambil apa yang aku cakap ni dengan minda yang penuh terbuka. Tolonglah give this the benefit of a doubt.
Rata2 keluarga aku semuanya syukur dikurniakan kesihatan yang secukupnya. Kami tidak merokok dan sering bersenam, jaga makan dan banyak ambil supplements dan multivitamin. Mak aku ada bisnes sendiri jual kain pasang, telekung, jubah tudung dan alhamdulillah bisnes dia maju, it went so well sampai she made even more than enough money as a single mom.
Tapi langit tak selalunya cerah. Masa aku tahun pertama diploma, aku dapat berita mak sakit. Kami pun pergi ke hospital untuk check up dan akhirnya diagnosis mak ialah breast cancer, tapi stage 2. Cancer tu early stage tapi masih boleh diselamatkan dengan kemoterapi dan mastectomy (breast removal). Tetapi keluarga aku ni agak keberatan untuk buat kemoterapi dan radioterapi dengan alasan itu semua racun untuk badan dan sebenarnya lebih memudaratkan. Take note hospital yang sarankan kemo ni hospital kerajaan yang paling besar kat ibu negara kita ni, dan sudah tentulah banyak specialist kat sana. Jadi apa yang keluarga aku buat? Bawak mak aku pergi buat rawatan tradisional.
Okay, kalau rawatan tradisional yang bermaksud makan herba2 ke, I am not against it. Tapi apa yang makcik aku sarankan ialah bawak jumpa perubatan ‘alternatif’. Makcik aku ni aku tak tau dia dapat idea dari mana, tapi dia sangat2 yakin yang mak aku ni kena santau, dan alasan dia 1. Adik beradik mak aku dan keturunan dia tak ada yang sakit kanser, 2. Kanser ni datang tiba2 tanpa sebab, 3. Keluarga aku amalkan gaya hidup sihat, 4. Kanser ni cuma datang bila bisnes mak aku dah berkembang. Oleh kerana makcik ni betul2 beria, kami pun berjumpalah dengan ‘ustaz’ tu.
Mengikut ‘scan’ yang dia jalankan, mak aku ni (katanyalah) terkena buatan orang yang dengki dengan bisnes dia. Dia kata mak aku ada perubahan emosi dan itu tanda2 nya, padahal mak aku sedang menopaus dan dah tentu hormon dan emosi dia akan bercelaru. Dan kata ustaz tu lagi santau yang dia hantar tu boleh dibuang tapi kena buat ‘rawatan ulangan’ dekat tempat rawatan tu lah, bersama dengan produk2 dia. Kat sini aku dah sangsi sikit, tapi aku tak tahu nak kata lebih2. Aku dan kakak aku cadangkan kat mak supaya kita buat je rawatan yang hospital sarankan, dan sambil2 tu bolehlah buat rawatan alternatif.
Makcik aku yakin dengan idea santau ni dan betul2 yakinkan mak aku yang perubatan alternatif ni boleh cure cancer tu tanpa kemoterapi, berdasarkan testimoni yang dia baca. Aku dan kakak memang tentang habis, sebab doktor sendiri dah cakap tumor tu boleh dibuang dengan surgeri dan stage ni sangat tinggi survival rate, elok kita rawat dari awal. Disebabkan aku dan kakak masing2 sedang belajar, kami tak dapat menemani mak setiap masa. Jadi makciklah yang jaga mak. Kami memang serba salah, tapi mak insist untuk kami fokus belajar dan tak risaukan rawatan dia.
Akhirnya mak aku setuju buat rawatan alternatif tanpa rawatan medical. Jadi dia ulang alik ke pusat rawatan tu sambil menghabiskan duit beli produk2 yang dijual macam madu, air, kismis, kurma, dan macam2 lagi lah. Aku pernah pergi ikut mak tengok rawatan apa yang mereka buat. Rupanya ramai ‘pesakit’ akan duduk di kerusi macam lawn chair yang boleh baringkan tu dekat satu ruang besar, lepas tu ‘ustaz’ tu akan seolah2 ambik wayar cucuk kat tangan (macam tengah cucuk darah kat tangan untuk derma darah) dan tolak imaginary trolley kehulu kehilir dan tekan2 butang imaginasi macam tengah start mesin dialisis. Katanya memang mesin dialisis, untuk cuci ‘darah kotor’ dalam badan. Mesin tu orang yang terbukak hijab je boleh nampak. Dan lepas semua orang dicucuk, akan ada sekumpulan orang duduk di corner dan baca bacaan ayat apa aku tak pasti ramai2 macam doa selamat la kiranya. Session tu ambil masa satu jam, dan akhir sesi mak diberi segelas air untuk dikumur dan buang untuk ‘cuci sisa kotoran’ dalam badan dan segelas lagi air doa untuk diminum. Lepas tu of course ada air penawar lah apa semua untuk dibawa balik.
My first thought bila nampak ni? I thought diorang semua gila. Aku fikir apalah hina sangat teknologi medik moden sekarang sampai orang sanggup ketepikan itu, untuk benda macam ni? Aku solat, aku percaya benda ghaib, tapi benda macam ni tak termasuk akal untuk aku fahami. Bila aku balik kampus, aku menangis memikirkan kanser yang semakin agresif dan mak aku decide untuk tak buat surgery atau rawatan medik langsung untuk tanganinya. Mak aku teruskan sesi ni dalam masa lebih kurang setahun. Masa aku cuti, aku balik jumpa mak merayu untuk dia pergi kemo. Bukannya family aku takda duit untuk tanggung rawatan, and kat hospital kerajaan kot. Makcik kata aku nak seksa mak aku sendiri sebab kemo tu racun, dan badan mak aku lemah kena santau jadi takkan survive racun kemo tu. Banyak kali aku dan kakak merayu untuk mak pergi hospital, tapi makcik aku halang, dan mak aku yang jenis orangnya lurus bendul, terikut ikut makcik aku yang degil.
Suffice to say, mak aku meninggal dunia sebelum aku sempat habis diploma. Kanser tu merebak dengan aggressif dan merebak ke organ2 penting. Aku dan kakak kini anak yatim piatu. Aku dah penat menangis sebelum mak tinggalkan kami sampailah akhirnya aku terima panggilan makcik mengatakan mak dah kritikal di hospital. Doktor ada tanya family tak pernah hantar langsung untuk rawatan hospital ke since kanser mak aku dikesan awal dan boleh dicontain, dan mak aku dalam keadaan kesihatan yang cukup baik untuk go through kemo and surgeri. Aku diam. Aku dah tak rasa apa2 dah masa tu. I saw her death coming fast dari awal lagi disebabkan ignorance makcik aku yang tak sanggup cuba a medically proven method untuk contain cancer tu. Aku tahu ajal maut ditangan tuhan, tapi kalau betul lah ajal mak aku ditakdirkan kerana kanser, at least aku berharap mak boleh hidup lama sikit dan nampak aku grad dan berjaya. Aku tak mintak mak aku untuk hidup selama-lamanya, just long enough for her to spent time with us lepas kami belajar.
Lepas tu aku dan kakak jadi benci dengan makcik. Kami tak berhubung langsung dan yang paling kesal, makcik tak minta maaf langsung. Aku dan kakak tak salahkan makcik aku ataupun ustaz tu for killing our mom, aku cuma rasa sangat sedih sebab ego dia yang terlalu tinggi dan rasa dia je betul, dia je lagi pandai dari doktor, sampaikan terkesan kepada keluarga kami. Yang paling sedih? Dia cakap orang yang hantar santau tu yang bunuh mak, bukan kanser tu. Dan katanya dia akan cari orang tu sampai dapat dan balas balik apa yang dia dah buat. Sejujurnya, aku pun tak tahu apa yang nak dipercayai.
Pesanan aku kepada orang yang ada kanser dan dikesan dari awal, tolong, TOLONGLAH pergi buat rawatan medikal. Kalau kau nak buat rawatan alternatif sambilan tu buatlah, tapi janganlah disregard rawatan hospital 100% hanya kerana cakap2 orang atau testimoni facebook sahaja. Ada sebab kenapa hospital kerajaan sendiri praktiskan kaedah surgeri, kemo dan radioterapi sebagai rawatan. Diorang dah belajar jadi doktor bertahun2. Penyakit yang memang ada dalam kamus diorang. Janganlah ketepikan langsung medical opinion. Dan tolong jangan terlalu obses dengan rawatan alternatif sampai kau dah tak boleh fikir jalan lain. Aku merayu sangat. Jangan bunuh orang lain atau diri sendiri dengan pemikiran tu. Please.
– Keajaiban perubatan alternatif
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit