Assalamualaikum semua.
Aku Cik Bunga Kantan (of course lah bukan nama sebenar). Aku umur 22 tahun. Ada 6 orang Adik beradik. Ada kakak sulong, abang ngah dan aku anak ke 3 serta 3 adik adik. 2 perempuan si bongsu saja lelaki umur 17 tahun spm tahun nih.
Begini cerita nih. Rumit dan aku perlukan pandangan kalian yang arif. Tolong kongsi (share) dan komen story aku nih if being published.
Begini. Mak ayah Aku dah lama bercerai, masa aku darjah 6. Fast forward ayah aku dah lama kahwin lain. Kahwin dengan orang jawa.
So mak aku marah lah. Mak aku bertahan kejap dan fail kan fasakh. Minta cerai kerana tak nak bermadu. Anak2 tinggal dengan ibu manakala ayah of course la tinggal dengan bini baru dia.
Tak tahulah siapa yang benar atau salah. Tapi both my parents saling memburukkan. Si bapa burukkan si ibu. Then si ibu buruk kan si bapa.
Si ibu cakap abah Tak pernah bagi duit cukup sejak kahwin dengan betina tuh.
Si bapa Pula cakap dia dah bagi duit Dalam tangan si ibu tapi ibu boros.
Fast forward. Mak Aku failkan Saman kes tuntutan nafkah anak2 yang tertunggak. RM100k.
Bapak aku gaji rm10k tak masuk ot. Bukan gaji bersih (tak tolak epf, sosco, lain2 ). Bapak kerja swasta oil and gas company.
Since mak aku failkan kes dah masuk 4 kali bapak aku tak mai mahkamah. Waran tangkap kali ke 5 plak keluar. Bapak aku dah jadi biadap dan kurang ajar.
Dia asyik cakap lah seolah2 dunia dia ialah bini baru dia dan 3 orang adik beradik dia. Bapak cakap semua harta pusaka, wasiat dia semua dia letak nama bini dan adik beradik dia kalau jadi apa2. Sebab dia dah anggap anak2 tak boleh percaya. Ya kami 6 orang anak yang tak boleh percaya.
Saya nak tanya pada kalian yang arif.
1) a) Mak duduk rumah dengan anak anak. Rumah ini harta sepencarian. Bapak cakap mak yang fail fasakh mohon cerai jadi tak boleh dapat / tuntut apa2 harta bapa. Bapak asyik suruh mak keluar cari rumah lain. Tapi dalam surat jual beli rumah ada nama mak. Banyak kali notis lelong bank hantar rumah. Sebab bapak tak nak bayar kalau mak duduk sini.
Bapak asyik pujuk aku (anak) suruh mak keluar dari rumah. Bapak cakap bapak yang bayar bank rm800 bulan2. Jadik rumah ni milik bapak dan anak2. Tapi mak ckp gaji bapak time nak beli rumah ni tak lepas so diorang combine slip gaji sampai boleh beli rumah.
Bila mak dah failkan kes tuntutan nafkah. Bapak cakap nak jual rumah ni untuk langsaikan duit tuntutan nafkah nih. Bapak tak nak usik langsung duit epf , tabung haji. Duit epf bapak rm300k something (surat pernah sampai rumah sebab tu tau).
1 ) b) Boleh ke jual rumah harta sepencarian yang ada nama ibu ? Boleh ke tipu tandatangan ibu ? Rumah ni ada tunggakan bil maintenance cecah rm38k.
2) Bapak selalu cakap bini dia yang meniaga kuih muih yang bagi duit. Seolah2 tak nak anak anak minta duit. Bapak cakap bini dia orang kaya tak hadap harta semua nih.
3) Bapak cakap dah buat wasiat, faraid atas nama bini dan adik beradik dia saja.
Adakah rumah harta sepencarian ibu kandung dan bapak, harta ayah, van, tanah, rumah sewa, epf ayah, kwsp ayah, tabung haji ayah semua jadi milik penama yang ayah dah wasiatkan?
Ibu tiri Ada 2 anak perempuan. Masing2 dah kahwin. ada yang dah bercerai. Tapi diorang tinggal di negara diorang.
Ayah setiap Bulan bank in RM1 juta rupiah duit sana ke akaun si mak (ibu tiri).
Yang saya tahu anak tiri tak layak dapat harta bapa.
Bahagian mak (ibu tiri) wajib ke ayah bagi?
Kalau ditakdirkan ayah meninggal. Boleh kah anak2 menuntut, mencabar keputusan faraid, wasiat @ hibah ayah?
4) Mak failkan tuntutan nafkah sebab actually lepas bercerai bapak dikehendaki bagi rm3k sebulan untuk 6 orang anak. Tapi bapak mula2 saja bagi rm1k lebih. Lama kelamaan bagi rm400 @ 500 @ 200 sebulan.
Kami semua anak2 dah dewasa. Tapi ada yang baru habis study tak kerja lagi, ada yang sakit (bipolar disorders dan oku), ada yang kerja tak tetap.
Kami tak minta banyak. Cukuplah hak kami diberi. Cukuplah kami menderita.
Berdosakah mak failkan kes nih? Bapak dah lain sangat. Kalau jumpa pun asyik marah, hina. Seolah2 nanti tua dia tak perlukan kami. Seolah2 kami ni anak2 jahat. Bapak cakap tak percaya anak2.
5) Kalau semua harta bapak nama ibu tiri dan adik beradik bapak. Hutang2 bapak pula nama siapa?
Bapak cuma cakap semua harta nama mak tiri dan adik beradik dia. Tapi bab hutang tak sebut nama diorang plak. Bapak ada banyak hutang bank dan hutang kereta. Semua hutang bapak boleh cecah rm100k lebih. Bapak ada buat pinjaman bank tanpa pengetahuan anak2. Tapi duit tak sampai kepada anak.
6) Bapak hutang hantaran kahwin dengan mak. Wajib ke bapak bayar?
7) Mak tak ada harta. Ada bantuan jkm, zakat, duit orang sedekah.
Sesiapa yang sudi memberi pandangan, nasihat mohon munculkan diri.
– Cik Bunga Kantan
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit