Hai. Aku saja nak share dekat sini pasal jerih perih kerja di farmasi komuniti. Aku taktaula kalau business lain pun menghadapi masalah yang sama.
Sebenarnya aku dah cukup buntu dan m**** nak kerja dalam bidang ni. Tapi tula nak kerja bidang lain, takde kekosongan lagi buat masa ni.
Sorryla kalau artikel ni susunan dia caca merba macam takde arah. Aku tulis apa yang spontan keluar je.
Dulu aku excited la jugak masuk bidang retail ni walaupun aku bukanlah into business sangat.
Tapi sejak akhir-akhir ni aku rasa stress berganda dengan kehadiran chain pharmacy yang banyak. War price, compare price lagi.
Aku kerja dekat IP (independent pharmacy). Jadi kebanyakan makcik pakcik yang datang beli nak compare harga dengan chain pharmacy.
Makcik tak boleh tau compare harga IP dengan harga chain. Takkan sama. Cost yang kami dapat pun harga jual dia. Dah tu macam mana nak untung?
Belum masuk sale yang semakin lama semakin merudum.
Bila sale merudum, duit nak pusing modal pun tak dapat bila banyak harga barang terpaksa ikut harga customer sebab nak sales. Akibatnya banyakla hutang dengan supplier.
Bila dah berhutang dengan supplier, bila barang habis nak order baru pun tak dapat. Belum masuk gaji staf lagi. Ditambah pulak dengan harga ubat yang bakal meningkat lagi dan lagi.
Disclaimer: aku pekerja je bukan owner tau. Ni sudut pandang aku sebagai pekerja.
Secara jujurnya aku rasa IP dekat Malaysia ni macam takde masa depan, career progress pun macam nampak suram. Siapa yang hati kental okla kot nak tambah ilmu sana sini.
Sebab farmasi komuniti kat Malaysia ni aku rasa mostly business oriented. Sikit-sikit kejar sale. Bukan patient oriented.
Aku lebih suka bagi apa yang customer perlu instead of kejar sale. Tapi tula kadang kita suggest benda yang bagus, harga pulak kayangan, orang pun tak nak beli.
Nasihat aku kepada adik-adik yang nak ambik bidang farmasi, kalau betul-betul minat teruskanlah.
Sebab pada aku tak rugi pun belajar farmasi ni. InsyaAllah banyak ilmu yang boleh dapat. At least kalau nak beli ubat, kita tau cara makan, function dia.
Kalau minat hospital, aku nasihatkan stay la dekat hospital. Jangan masuk retail.
Siapa yang minat business, suka nak explore sana sini nak bina networking bagai, silakanlah join retail.
Ingat ya, hospital dengan retail ni jauh beza tau setting dia. Jadi buatlah pilihan dengan baik.
Sekian luahan..
– Cempaka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit