Asalamualikum semua. Aku adalah seorang isteri dan ibu kepada 3 orang cahaya mata.
Perkahwinanku akan berganjak ke usia 13 tahun pada tahun ini. Aku menulis ni sekadar nak berkongsi pengalaman hidup aku dalam alam perkahwinan.
13 tahun yang lalu, di usia 23 tahun, aku mengajak suamiku, yang juga ketiaka itu berusia 23 tahun untuk berkahwin. Ya, aku yang mengajak dia bernikah.
Dia hanya mengajak aku bercinta, tapi aku dengan yakin mengajak dia bernikah. Kerana ketika itu aku hanya mahu menghalalkan hubungan.
Ketika kami bernikah, aku tidak bekerja, dan suamiku bekerja di sebuah kilang dengan gaji RM900 sebulan.
Aku dan suamiku berkahwin tanpa ada apa2 perancangan, tapi mungkin sebab niat kami nak halalkan hubungan, urusan kami di permudahkan.
Fasa 1- 5 tahun perkahwinan. Seminggu selepas di kahwinkan, aku mendapat tawaran bekerja di kilang tempat suami aku bekerja, dan suami aku di naikkan pangkat sebagai assistant team leader.
Gaji yang di tawarkan pada aku RM1400 dan suami aku di naikkan gaji sebanyak RM1200.
Pendapatan kami bertambah dalam masa seminggu pernikahan. Kami menumpang di rumah ibubapaku. Dan sebelum berkahwin lagi, suamiku membeli sebuah kereta kancil secondhand.
3 bulan selepas berkahwin, aku mendapat tawaran kursus di sebuah agensi kerajaan. Suami memberi keizinan kepada ku untuk pergi.
Selepas tamat kursus, aku di tawarkan untuk bekerja di agensi ini. Dengan gaji RM1700 sebulan.
Tahun ke 2 perkahwinan, aku di sahkan mengadung, dengan kereta kancil suamiku, aku berulang alik ke tempat kerja yang jaraknya 50km dari rumah ibubapaku.
Disebabkan sarat mengadung, aku mengambil keputusan untuk membeli sebuah kereta yang lebih selesa, dan itu lah harta pertama yang aku beli.
Tahun ke 3 perkahwinan, aku di sahkan mengadung anak ke 2, dan ditukarkan ke tempat kerja yang lebih dekat. Aku juga mendapat tawaran untuk tinggal di kuartes berhampiran tempat kerjaku yang baru.
Tahun ke 4 perkahwinan, suamiku ditawarkan bekerja di kilang yang lebih besar dengan gaji yang lebih baik. Aku juga di sahkan megandung anak ke 3.
Tahun ke 5 perkahwinan, rumahtangga kami agak kelam kabut. Anak2 kecil memerlukan kami mengeluarkan belanja yang agak banyak.
Pampers, susu, pengasuh, sewa rumah, loan kereta, asb loan, loan aeon (suami aku guna untuk beli peralatan letrik rumah) Personal loan (aku terjebak sebab terpengaruh dengan kawan2 yang buat, tapi aku guna untuk beli tanah di kg).
Keadaan emosi aku juga tidak menentu, kami berdua selalu bergaduh atas sebab2 yang kecil seperti dia tak tolong tengokan anak, aku lebih penat, dia lebih penat, aku masak tak sedap, dia tak beli barang basah.
Banyak kali juga aku menagis seorang diri, suamiku ketika itu rajin ke masjid. Mungkin untuk tenangkan diri,
Aku pulak marah dia sebab pegi masjid lama2, sebab aku susah nak solat bila dia tak ada, jadi aku solat lambat sebab dia ke masjid. Anak2 semua kecil2, tak boleh nak tinggal.
Tahun ke 6 perkahwinan, keadaan makin parah, anak2 semakin aktif dan mudah kena penyakit, setiap bulan mesti demam, mesti ada kecederaan, perbelanjaan bulanan semakin meningkat..
Aku cuba buat bisnes part time, tapi badan penat, mulalah emosi tak stabil, marah suami, suami pun selalu balik lewat buat ot nak tapung komitmen bulanan.
Walaupun begitu, kami tetap menabung dan akan pergi bercuti sekali setahun,
Kami akan plan bercuti 4 hari di mana2 tempat yang belum pernah kami pergi, ambil gambar family kecil kami sekeping dan letak dalam album gambar. Gambar2 lain simpan dalam sosial media.
Dalam kekalutan meneruskan hidup berumahtangga.. Akhirnya kami mencapai usia tahun ke 10 perkahwinan, tahun di mana negara kita di serang wabak covid 19.
Waktu itu, kerajaan umum pengambilan kwsp di benarkan, aku dan suamiku membuat kira2, dan kami membuat pengeluaran tersebut, dengan duit itu, aku lunaskan personal loan aku, aku lunaskan loan kereta aku, aku terminate asb loan, aku lunaskan hutang aeon kredit.
Anak2 tidak lagi pergi ke transit, tidak lagi ada kos pengankutan, kami bebas hutang! Cuma perlu bayar sewa kuartes.
Dengan slip gaji yang “bersih”, kami bawak slip gaji kami ke bank untuk membeli rumah. Mungkin kerana waktu pendamik, pihak bank memudahkan urusan kami.
Kami layak membuat pinjaman perumahan 400k. Maka bermula pula episod kami memcari rumah idaman. Aku ketika itu banyak bertanya pada orang2 yang berpengalaman membeli rumah.
Ramai yang memberikan pandangan supaya aku mencari rumah yang berhampiran tempat kerja isteri (aku), rumah berhampiran sekolah anak, dan membeli rumah yang berharga separuh dari nilai kelayakan sebenar kita..
Bank kata aku dan suami layak beli rumah 400k, jadi kami patut beli yang harga 200k sahaja, supaya tidak terbeban.
Dengan hanya bermotosikal, aku dan suami berpusing2 disekitar kawasan perumahan berhampiran tempat kerjaku, nak di jadikan rezeki kami, ada sebuah rumah yang nak di jual, aku dan suami terus berhubung dengan pemilik rumah tersebut.
Rumah tersebut di jual dengan harga 250k. Selepas berbincang, kami setuju membeli rumah itu.
Urusan jual beli dan pertukaran nama mengambil masa 1 tahun lebih untuk diselesaikan, namun, pemilik terus memberi kami kunci selepas kami setuju untuk membeli rumah tersebut.
Jadi kami tinggal dirumah itu secara percuma lebih kurang setahun lebih.
Kini, aku dan suami cuma ada 1 komitmen, iaitu bayaran rumah. Kereta aku masih kereta yang sama 11 tahun lepas, kini aku dan suami jarang menggunakan kereta, kami lebih banyak menaiki motosikal,
Hubungan kami bertambah erat, anak2 sudah boleh membantu aku membuat kerja rumah, belanja untuk mereka tidaklah sebanyak ketika mereka bayi, gaji aku dan suami pun sudah meningkat.
Sekarang aku berada di fasa 13 tahun perkahwinan, fasa di mana segalanya agak tenang, dari segi wang dan emosi.
Kepada pasangan2 yang sedang melalui fasa2 awal perkahwinan, sabar, teruskan berbuat baik kepada pasangan, masa2 getir itu akan berlalu dengan masa.
Doakan yang baik, maka, yang baik2 akan mengiringi hidup kita.
– Isteri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit