Assalamualaikum warganet dan para pembaca sekalian. Ini merupakan posting pertama aku dalam IIUM Confession. Harap pihak admin dapatlah siarkan penulisan aku ini.
Aku cuba bawa ke penceritaan yang berlainan dari kisah hal rumahtangga. Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf sekiranya terkasar bahasa, menggunakan bahasa pasar dan ada perkataan-perkataan yang tak disenangi.
Aku adalah seorang lelaki, usia dah nak masuk 40 tahun dari selatan tanah air. Mohon pihak admin sensorkan nama aku ya.
Sebut tentang fasa kehidupan, sudah tentu semua orang ada fasa kehidupan masing-masing. Melalui fasa kehidupan inilah kita menimba ilmu pengetahuan, pengalaman dan semakin matang.
Sejak kebelakangan ini aku lebih banyak berfikir tentang kehidupan, kedamaian, silaturrahim dan kasih sayang.
Untuk posting ini aku akan banyak flashback tentang fasa kehidupan aku. Mungkin ada persamaan dengan orang lain dan sebaliknya. Ia mengimbau kenangan kita, kesedaran kita tentang perjalanan hidup kita. Aku akan bahagikan ia mengikut peringkat umur.
Umur 4 hingga 6 tahun. Ini peringkat umur kanak-kanak di mana ada yang masih ingat dan mungkin tak ingat langsung. Semasa di umur ini, tak banyak perkara yang aku dapat ingat.
Tapi ada jugalah kenangan yang tak lupa, banyak bermain dengan sepupu-sepapat, jiran-jiran sebaya. Zaman tu tiada gadget. Kebanyakan permainan adalah buatan sendiri. Kreatif kanak-kanak zaman 70’an – 80’an kan. Dapat melihat mak kita basuh baju di anak sungai/parit.
Walaupun serba kekurangan tapi kami bahagia zaman itu. Bila melihat zaman sekarang, aku sebagai ayah kadang stress juga tengok anak-anak asik menghadap TV, Tab, dan Phone sahaja.
Kenapa permainan tradisional era kita pupus? Adakah faktor perkembangan teknologi? Aku terkilan juga, aku sendiri tak dapat ketengahkan permainan ini, atleast untuk anak aku rasa pengalaman itu. Gagalkah aku? Gagalkah kita?
Fasa sekolah rendah (umur 7 hingga 12 tahun). Banyak memori tercipta di fasa ini. Sel-sel otak semakin berhubung dan berkembang, namun kekanak-kanakan tetap ada. Perasaan jakun pun menebal.
Kalau ingat balik, inilah zaman yang paling best sekali. Pergi sekolah naik basikal, basikal pancit, pimpin sejauh 5km untuk sampai ke rumah. Tiada masalah.
Hari Merdeka sangat meriah, pasang bendera negara di basikal masing-masing. Konvoi ramai-ramai dengan rakan-rakan sekampung. Ada sahaja destinasi nak dituju.
Era ini, kita pun dah mula ada perasaan, di sekolah, kita suka orang itu, kita suka orang ini. Padahal umur baru berapa tahun sahaja, sunat pun belum lagi.. haha. Tapi takdalah nak meluahkan perasaan yang ada itu pada orang yang kita suka, kecil lagi dan tak berani, kita simpan sahaja di hati.
Balik sekolah je, mulalah berkeliaran terus, pergi mancing, pasang jerat burung, tangkap ayam hutan, masuk kebun cari air kelapa, main guli, main rondes dan macam-macam lagi. Kadang bila ingat dan terkenang balik, kelakar, suka, sedih, gembira pun ada. Itulah memori, indah sekali.
Zaman sekolah menengah (umur 13 hingga 17 tahun). Zaman cintan-cintun bagi golongan remaja. Tiada lagi penggunaan HP, masih menggunakan telefon awam untuk bergayut. Banyak caralah bagi golongan lelaki tika ini nak curi line, kan.. hahaha.
Cinta, pelajaran, permainan, kita tetap dapat membezakannya. Aku, walaupun ramai sahaja peminat dan dijadikan bahan gurauan, saling dikenenkan dengan seseorang, tapi tak ambil cakna pun. Tak pernah bercinta pun zaman ini. Bohonglah kalau tak pernah suka seseorang.
Pernah, dan apa yang jadi? Aku menyesal, sebab tak manfaatkan waktu itu. Itulah pengalaman dan kenangan yang berharga. Baik Melayu, dan bangsa lain ada sahaja yang pernah suka dan meluahkan. Ni tulis pun sambil senyum.. hahaha.
Kenangan berlalu, bestkan. Tapi yang ruginya kau tak manfaatkan. Yang terbaca, bercintalah, layanlah ke arah positif, jangan negatif, sesungguhnya ini waktu anda menimba pengalaman berharga. Ingat balik, ya memang aku menyesal sebab aku tak manfaatkan waktu itu.
Aku tak pernah ambil peduli cinta wanita-wanita yang pernah datang dan meluahkan perasaan itu kepada ku.. haha. Inilah di mana zaman yang anda akan ingat paling terbanyak kenangan, paling berharga kenangannya.
Ingat lagi, sambutan hari raya aidilfitri dengan rakan sekelas sangat meriah, konvoi dengan rakan sekelas beramai-ramai. Ada sahaja kelas tambahan mesti pergi, seronok berkumpul dengan rakan sekelas. Kita berbual, bergurau, bersuka-ria.
Satu kelas, satu kepala semuanya, kita bersatu. Yang perempuan, tiada pun hasad dengki sesama mereka. Wahai adik-adik, laluilah zaman ini. Ini zaman di mana kau tak boleh nak berpatah balik.
Hari demi hari makin banyak lalu di wall FB, TT dan lain media sosial tentang Gen-Z atau generasi sekarang kurang gemar menyambung pelajaran.
Abang nak pesan terutama kepada ibu bapa dan adik-adik yang membaca posting ini. Galakkan anak-anak kita untuk menyambung pelajaran mereka. Ia penting untuk masa depan mereka, cara mereka berfikir.
Aku ada buat kajian tentang mereka-mereka ini yang tak sambung belajar, cara mereka berfikir adalah singkat, suka menggunakan short-cut. Kita sendiri boleh melihat. Taklah semua, tapi kebanyakkan begitu.
Maaf, panjang pula, aku nak cerita semua terlalu panjang. If ada response positif dari penulisan ini, aku akan sambung lagi part 2. InsyaaAllah..
– MISTER SECRET (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit